Thursday, November 14, 2024

Majlis Menghafaz Al-Quran








Majlis Menghafaz Al-Quran Negeri Pahang 1446H/2024 di Swisbel Tanjung Lumpur.
30 peserta keseluruhan bagi kategori 1-30 juz, 1-20 juz dan 1-10 juz.
Hari ini majlis penutupannya. Boleh saksikan di Live FB Jabatan Agama Islam Pahang.

Kita yang al-faqir, dapat berkhidmat dan berada dalam majlis yang dipenuhi dengan penghafaz al-Quran pun suatu anugerah.

Imam Ibnul Jazari dalam matan Toyyibah al-Nashr menyebut :

فَالْإِنْسَانُ لَيْسَ يَشْرُفُ
إِلَّا بِمَا يَحْفَظُهُ وَيَعْرِفُ

Manusia tidak akan mulia,
kecuali dengan ilmu yang dihafaz dan diketahui.

لِذَاكَ كَانَ حَامِلُو الْقُرْآنِ
أَشْرَفَ الْأُمَّةِ أُولِي الْإِحْسَانِ

Kerana itu, para penghafaz al-Quran,
merupakan golongan yang paling mulia dalam umat ini, yang memiliki kebaikan.

وَإِنَّهُمْ فِي النَّاسِ أَهْلُ اللهِ
وَإِنَّ رَبَّنَا بِهِمْ يُبَاهِي

Mereka adalah Ahli Allah di kalangan manusia,
dan sesungguhnya Tuhan kita membanggakan mereka (di hadapan para malaikat).

#MajlisHafazAlQuran
#AlQuran
#Tahfiz
#MediaJaip
#PermaiMenulis

Saturday, September 28, 2024

Nak Jalan Mudah

Bila hendak jadi hebat, tetapi...
Nak jalan mudah, tak nak bersusah payah dan tak nak fikir masalah.
Kalau boleh semua perkara orang lain tolong setelkan.

"Tertarik dengan sebidang tanah yang lawa molek. Nak la beli tanah tu, tak bayar lagi dah kecoh minta owner pastikan clearkan semua semak samun, sekali dengan pagar kasi lawa."

"Bila dah jadi tuan tanah, tapi tak jaga maintenance, jadi belukar semula la tanah tersebut.
Pastu bising ke owner lama, sebab tanah yang dia beli dah jadi hutan."

"Kebetulan pula owner lama usahakan tempat yang lain, yang dia ni iri hati pulak tengok tempat itu."

Bukan mudah untuk mudah. Dalam liku kehidupan, tetap akan ada cabaran dan tribulasinya.







#MediaJaip
#PermaiMenulis
#AkademiDuat
#Badar
#Dakwah

Tuesday, August 06, 2024

Bahagian Dakwah JAIP

En. Saha, pernah di Bahagian Dakwah JAIP era tahun 80-90an.
Ceritanya, dulu antara job Bahagian Dakwah menggelek (mencetak) teks khutbah jumaat dengan mesin gelek.
Sempat lagi beliau memberi pesanan dan nasihat kepada kami selaku orang baharu.


#mediajaip
#jaip
#dakwah
#PermaiMenulis

Bahagian Dakwah JAIP

En. Saha, pernah di Bahagian Dakwah JAIP era tahun 80-90an.
Ceritanya, dulu antara job Bahagian Dakwah menggelek (mencetak) teks khutbah jumaat dengan mesin gelek.
Sempat lagi beliau memberi pesanan dan nasihat kepada kami selaku orang baharu.


#mediajaip
#jaip
#dakwah
#PermaiMenulis