Tabiat manusia boleh berubah-ubah mengikut
perkembangan masa dan zaman. Kalau dahulu orang suka mengarang tulisan
panjang-panjang, Para ulama silam menyusun buku sampai berjilid-jilid tebalnya.
Pelajar sekolah menjadikan menulis sebagai salah satu hobi. Orang boleh
menulis berkajang-kajang surat . Mereka yang ingin menambah kenalan
boleh menyertai ruangan sahabat pena dalam mana-mana majalah. Kini suasana
sepertinya sudah berubah.
Orang sekarang lebih suka yang
ringkas-ringkas dan cepat. Tulisan pun di ringkas-ringkaskan, tak perlu belajar
tulisan trengkas, boleh reka sendiri.
Bagi saya, tak kisahlah nak tulis panjang
atau pendek, tetapi yang penting kena membudayakan budaya menulis di kalangan
kita semua.
Pelajar sekolah menulis, pelajar IPT
menulis, orang dewasa baik apa pun pekerjaannya juga menulis. Mungkin bagi
pelajar sekolah dan IPT memang perkara biasa pelajarnya menulis, cuma budaya
tersebut mula menurun apabila tidak lagi bergelar pelajar secara formal.
Program-program kuliah agama di masjid cukup
banyak di negara kita, cuma pengkuliahnya sahaja yang membawa buku, ada pun
para pendengarnya lebih selesa menjadi pendengar sahaja. Walaupun banyak kali
pengkuliah memberi kiasan atau pun memberi cadangan kepada anak murid tetapi
sangat sukar untuk mengatasi masalah ini.
Ada juga pihak masjid dan surau
menyediakan kitab-kitab yang menjadi teks pengkuliah, macam ‘buku Yasin’ yang
dibaca malam jumaat. Agaknya kalau ‘buku Yasin’ tidak disediakan ada
kemungkinan para Jemaah membawa sendiri dari rumah ? atau tetap bersahaja tidak
membawanya.
Sebenarnya untuk menulis sekarang tidak
perlu sentiasa membawa buku dan pena. Perkembangan teknologi sangat memudahkan
kita. Kita boleh menulis di gadjet sama ada smart phone atau tablet dan
lain-lain.
Tulisan yang ditulis juga boleh disimpan
untuk tatapan peribadi atau pun dikongsi kepada orang lain. Jika dahulu ruang yang ada sangat terhad, hanya di buku,
majalah dan akhbar itu pun didominasi oleh kebanyakan mereka yang memang pekerjaannya sebagai
penulis. Kini siapa sahaja mampu untuk berkongsi penulisan mereka. Kongsi
sahaja di aplikasi media sosial alam maya, tulis di blog, FB, Group Whatsapp
dan lain-lain lagi.
Tulisan yang baik insyaa Allah akan
menjadi jariah buat si penulis. Tulisan akan terus dapat ditatap walaupun
penulisnya sudah lama meninggal dunia, walaupun sudah berusia ratusan tahun,
namun hasil tulisan masih terus dapat dinikmati. Lihat sahaja kitab-kitab karya
ulama-ulama silam yang tebal berjilid-jilid masih terus dapat dibaca sehingga
sekarang.
Sedar tak sedar, tahun baru 2016 telah
menjengah. Saya masih belum ‘post’ sebarang tulisan untuk tahun 2016 di blog
ini. Mutakhir ini era blog sudah semakin pudar setelah munculnya Facebook yang
telah mencipta suatu fanomena baru sehingga menenggelamkan media sosial yang
lain seperti My Space dan Friendster.
Ketika saya memulakan membuat blog ini
dahulu, ketika itu saya berada dalam ‘biah’ (suasana) semua orang buat blog.
Semua hendak digelar sebagai blogger dan mempunyai blog peribadi.
Ketika itu saya belum mempunyai laptop,
boleh dikira beberapa orang sahaja di kalangan sahabat kami yang mempunyai
laptop. Kebanyakan dari kami hanya membeli Komputer (PC) dan di rumah saya
tiada line telefon dan internet. Untuk akses internet , saya beserta sahabat serumah
(ahli bayt) perlu ke ‘cyber cafe’. Untuk
‘update’ blog, saya biasanya menaip di komputer
rumah, kemudian ‘save’ dalam ‘pen drive’ untuk dibawa ke CC dan update
blog di CC. Namun saya masih dapat update blog.
Kini saya tidak perlu lagi pergi ke CC,
tidak perlu lagi ‘save’ dalam ‘pen drive’ kerana line internet yang semakin
meluas berada di sekeliling saya. Sepatutnya blog saya semakin kencang?
Walaupun sudah ramai blogger yang telah
bersara dari dunia blog, dan kini aktif di Facebook dan Instagram, namun saya
tetap cuba untuk tidak mematikan blog ini, kerana ia telah menjadi sebahagian
dari nostalgia dari kehidupan saya, bagaimana saya pernah bersusah berjalan
kaki berkilo-kilo meter dari rumah ke CC suatu ketika dahulu, tak kan
senang-senang saya mahu melupakan blog ini.
Saya bukanlah pandai menulis seperti
kebanyakan penulis hebat dan profesional, tetapi saya tetap akan menulis dengan
cara dan rentak saya, bukan hanya untuk pembaca tetapi juga untuk kepuasan saya
sendiri.
Doakan supaya saya istiqamah menulis dan
blog ini sentiasa aktif.
Insyaa Allah.
2 comments:
Doakan saya juga :)
Insyaa Allah, sama-sama berdoa..
Post a Comment