Thursday, February 14, 2019

Eyra Hazali Tekad Bertudung


Ketika Emma Maembong memilih untuk tidak bertudung. Lain halnya dengan Eyra Hazali yang membuat keputusan untuk bertudung.
Sebelum Emma Maembong, sudah ada artis lain yang bertindak sedemikian. Tahun lepas antaranya  Sara Ali, Zila Seeron, Uqasha Senrose.

Alhamdulillah, masih ramai artis yang masih kekal istiqamah bertudung.
Namun ada yang dilihat kadangkala agak goyah dan membimbangkan. Seperti Neelofa, Fathia Latif.

Cabaran bagi golongan artis dan sesiapa pun yang berhijrah ke arah yang lebih baik sangat mencabar. Selain mereka memerlukan jati diri yang kuat. Tentunya Syaitan tidak berhenti-henti menghasut dan melemahkan mereka.

Beberapa cadangan dalam memastikan kita semua kekal istiqamah terutama mereka yang baru berhijrah : 

-  +Pilih rakan karib yang baik-baik. Dalam isu ini, pilih best friend yang bertudung dan berperangai baik, seperti tidak bersosial di kelab malam.
Memang akan ada kata-kata sindiran seperti ustazah segera, ustazah jadian, nak kawan dengan ahli syurga sahaja, alim ‘taik’ kucing dan macam-macam lagi. Pedulikan itu semua, rakan karib yang baik akan melindungi dan memberi kekuatan.
Jika artis yang mempunyai PA, atau SU. Tentunya mereka sangat akrab, ajak mereka sama-sama berhijrah atau tukar staf yang boleh membimbing kita ke jalan yang baik. Takut apanya!, Kita yang bayar gaji mereka.

-    +Bagi artis yang mempunyai Fan Club, jika perlu reshuffle struktur dan proses operasi fan club, lakukan. Jangan biarkan peminat memusnahkan hijrah kita. Kebiasaannya peminat akan gembira dan menyokong hijrah yang dilakukan. Tetapi apabila terlampau fanatik, apabila artis melakukan kesalahan atau dalam isu kembali tidak bertudung. Peminat terutamanya hardcore dalam Fan Club akan merestui, redha dan membenarkan tindakan tersebut.  Sepatutnya Fan Club juga mampu menjadi benteng untuk memastikan artis pujaan mereka kekal istiqamah. Artis tiada aura tanpa peminat. Jika majoriti ahli  fan club sendiri boikot, rasanya artis tersebut akan memikir banyak kali juga.
-  +Artis-artis yang telah ‘lama’  berhijrah perlu segera mendampingi artis yang baru berhijrah, termasuk mereka yang dilihat berjinak-jinak ke arah kebaikan. Mereka perlukan sokongan dan kekuatan.
-    +Kena sertai program-program keagamaan yang berkala seperti Usrah, kelas mengaji, kelas fardhu ain. Jika tidak, akan mudah “hanyut”. Sebaiknya artis lama atau rakan-rakan mempelawa dan sentiasa ajak mereka yang baru untuk bersama dalam program-program tersebut.

 Akhirnya, sama-sama kita saling mendoakan supaya Istiqamah di atas jalan Islam. Ayuh! Terus bekerja menyeru manusia kepada kebaikan. Semoga semakin ramai manusia yang kembali ke jalan yang benar.


#PermaiMenulis #hijrah #istiqamah #doa

No comments: