Beberapa tahun lepas, tanah runtuh menimpa rumah kami, kuarters masjid Sultan Mahmud. Dinding rumah yang diduduki oleh Bilal Zarimi runtuh ditimpa bukit. Rumah saya masih boleh diduduki walaupun apabila buka tingkap terus nampak tanah rapat ke tingkap seperti dinding.
Peruntukan baik pulih mohon dengan Jabatan masih tak dapat. Bilal terpaksa berhijrah ke kuarters Bukit Kerani. Saya kekal di situ.
Cuma antara masalahnya apabila hujan lebat, laluan air tersekat menyebabkan air masuk ke dalam rumah saya. Dah seperti banjir kilat. Bila cerita ke orang lain semua akan pelik, sebab rumah di atas bukit, macam mana pula boleh banjir.
Kalau hidupan lain memang ada, ular, biawak, tikus, katak menumpang sama di rumah saya. Kerana tanah bukit terus bersambung dengan rumah.
Akhirnya, Qadhi memutuskan untuk mengupah orang mengorek tanah secara kampung. Kami bayar beransur-ansur.
Tukang korek tanah siap sebut lagi, tak sesuai dah imam tinggal di situ. Mungkin jika saya menjadi pegawai channel lain seperti PTD, JD atau selainnya mudah nak dapat peruntukan berbanding sebagai imam yang menjaga rumah Tuhan.
Bertabah dan bersabarlah. Selepas hujan turun cahaya pelangi bersinar cukup indah.
#PermaiMenulis #kuarters #imam
No comments:
Post a Comment