Tuesday, October 22, 2019

Tingkatan 6 merupakan ‘marhalah’ terakhir di peringkat sekolah. Zaman dahulu peluang memasuki tingkatan 6 tak mudah seperti sekarang. Ibaratnya sebelah kaki telah memasuki Universiti. Bukannya ada lambakan pusat pengajian yang menawarkan di peringkat persijilan, diploma, asasi dan matrikulasi. 

Peperiksaan yang ditawarkan di peringkat tingkatan 6 adalah STPM dan STAM. Keduanya berstatus sijil tinggi yang setaraf dengan Diploma. 

Tingkatan 6 pula ada  6 rendah dan 6 atas. Saya tidak tahu sejarahnya, kenapa hanya sampai 6, tak letak 6 rendah ialah 6 sahaja dan 6 atas digantikan dengan tingkatan 7. Mungkin kerana 6 rendah sesi kelasnya bermula agak lewat. 

Sekarang aliran STPM telah menggunakan sistem Semester seperti amalan di IPT. Mungkin sesuai dengan perkembangan arus pendidikan semasa dan sebagai galakan para pelajar untuk memasuki tingkatan 6.

Aliran STAM pula telah disingkatkan kepada setahun sahaja. Tiada lagi tingkatan 6 rendah dan 6 atas. 
Bayangkan lepasan STAM hanya setahun, tetapi tarafnya sama dengan diploma yang memakan masa hampir 3 tahun.
Sebab itu STAM menjadi pilihan kebanyakan pelajar sebagai wasilah untuk memasuki ke peringkat menara gading.

Semalam bermulanya peperiksaan bertulis bagi calon STAM. Saya doakan supaya semua calon dapat menjawab dengan baik dan mendapat natijah yang terbaik.

Sedikit kisah,  saya bukanlah lepasan STAM. Semasa itu kelas masih lagi 2 tahun, SMAN Pahang belum lagi menjalankan kelas STAM setahun. Tingkatan 6 bagi pelajar SMAN hanya ada dua iaitu di Kulliah Pekan dan di SMA Al-Khairiah Temerloh. Kulliah mempunyai aliran  STAM dan STPM manakala di Al-Khairiah hanya STPM. Saya mendapat surat tawaran menyambung di Kulliah dalam aliran STPM. Tetapi pada hari pendaftaran dengan surat tawaran Kulliah saya mendaftar masuk tingkatan 6 di SMA Al-Khairiah.”huhu”

Saya hanya sempat menjadi pelajar tingkatan 6 rendah  beberapa bulan sahaja sebelum ‘berhenti sekolah’ kerana memasuki Maahad Tahfiz Masjid Negeri Pahang (sekarang Maahad Tahfiz Negeri Pahang MTNP).
Walaupun sekejap ‘transit’ di tingkatan 6 rendah namun pelbagai aktiviti dan program telah kami jayakan. Seperti program Rakan Budaya Belajar (RBB) yang menghimpunkan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah-sekolah menengah sekitar Temerloh seperti SMKT, Abs, Seri Bahagia.

Saya sertakan gambar kenangan semasa berada di tingkatan 6 rendah SMA Al-Khairiah. Mujur ambil gambar awal, kalau hujung tahun baru nak bergambar alamatnya tiadalah saya gambar kenangan. 
# Guru Kelas Cikgu Sofian kini telah tiada :( Meninggal dunia tahun 2018. Semoga Allah rahmati roh beliau. 



#PermaiMenulis #GengPermai #STAM #STPM #SMAN #TingkatanEnam #Sekolah

No comments: