Kelas mengaji al-Quran sesi petang yang terakhir untuk tahun 2019. Selepas ini cuti kerana saya akan terlibat dengan program-program pembangunan pelajar dan remaja sepanjang cuti sekolah.
Waktu petang kebanyakan di kalangan kita mengisi pelbagai aktiviti yang bersifat "outdoor".
Ada yang mengisinya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian. Ada yang beriadah, bersukan, memancing, shoping dan pelbagai lagi.
Tidak salah aktiviti apa pun selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Cuma, jangan sampai kerana beria buat aktiviti outdoor sehinggakan waktu maghrib tidak diberi perhatian. Inikan pula waktu solat masuk awal.
Semalam 5-10 minit lagi waktu maghrib nak masuk, saya lalu di hadapan SKWI, kelihatan kaum wanita masih rancak berzumba. Pelik juga ibu bapa atau suami mereka tak kisah ke?
Kalau saya yang jadi Guru Besar di situ, lama dah 'halau' kerah semua balik rumah masing-masing.
Tak pasal pentadbir sekolah dapat saham sekali nanti.
Kita masih ingat lagi, orang-orang tua dulu pesan suruh balik rumah sebelum senja. Balik rumah mandi dan bersiap untuk solat maghrib dan makan malam. Budak-budak akan berjalan kaki bersama-sama ke rumah tok guru untuk belajar mengaji. Adakah budaya itu semakin pupus menjelang tahun wawasan 2020.
Jom baiki amal dan iman.
#PermaiMenulis #GengPermai #Mengaji #maghrib #solat #cuti #sekolah
No comments:
Post a Comment