Tuesday, March 31, 2020

Sumbangan makanan ketika covid19


Musim ini, ada orang yang kelihatan susah, tetapi bercakap besar. Sehingga pemberi bantuan berasa tak perlu beri, tetapi kerana mengenangkan ahli keluarga mereka yang lain, maka beri jugalah.

Ada orang yang kelihatan senang, tetapi bila tiba sumbangan dan bantuan. Dia dululah yang beria hendakkan bantuan.

Ada orang yang sebenarnya memang susah, tetapi bertahan berdikari segan hendak meminta-minta.

Begitulah antara ragam manusia.

Semasa inilah pentingnya data dan maklumat penduduk. Seharusnya ketua kampung dan penghulu memainkan peranan dengan berkesan.

Masih kedapatan cerita mereka yang mengadu tidak dapat bantuan walaupun mereka susah.

Hari ini, ada yang bertemu kami, memohon bantuan untuk beli beras. Katanya duit dalam poket ada RM 5 sahaja. Dapat "topap" untuk beli beras yang 5kg pun jadilah katanya. Kalau ikut segan, memanglah. Tetapi dah terpaksa.
Semoga bantuan dan sumbangan dapat diagihkan dengan seadilnya tanpa sentimen kroni dan sebagainya.

Insya-Allah, teruskan berdoa.

#PermaiMenulis #GengPermai #covid19 #stayhome #pkp #makan #beras #sabar #doa

No comments: