Kami mengambil kesempatan berziarah ke kubur Tuan guru Peramu yang kembali ke rahmatullah pada tahun 1977.
Beliau dilaporkan sebagai Dato' Orang Kaya Bahaman pahlawan Semantan yang menyembunyikan identitinya. Semoga Allah merahmati beliau.Sempena bulan kemerdekaan, marilah kita sama-sama menghayati perjuangan mereka yang terdahulu dalam usaha memerdekakan negara daripada kuasa asing.
Hayatinya dengan kita mengambil pengiktibaran.
Kini, kitalah yang wajib menjaga negara kita.
Jangan hanya sekadar hebat berslogan, megah berbaju tema bendera Malaysia tetapi tindak tanduk sebenar menggadaikan bahkan menjual negara.
#PermaiMenulis #PermaiDihati #PermaiMerdeka #MalaysiaPrihatin #Merdeka2020
No comments:
Post a Comment