Thursday, November 04, 2021

Usul Dakwah

Buku Usul Dakwah susunan Syeikh Dr Abdul Karem Zaidan merupakan antara buku teks yang menjadi silibus untuk peperiksaan perkhidmatan awam Pegawai Hal Ehwal Islam kerajaan Negeri Pahang. Selain daripada kitab Matla' Badrain dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang.
Alhamdulillah, saya antara yang agak beruntung kerana lulus awal peperiksaan tersebut. Ada yang sampai beberapa kali terpaksa ulang semula mengambil peperiksaan.

Buku pertama saya cetakan Pustaka Salam kemudiannya dipinjam secara berterusan dan berantaian oleh mereka yang akan menduduki peperiksaan sehinggalah tidak dapat dikesan dan dijejaki oleh tuannya.

Buku berikutnya cetakan Pustaka Fajar mengandungi dua jilid. Malangnya jilid kedua juga hilang dari simpanan. Terpaksalah saya membeli semula jilid kedua. Jadilah jilid pertama cetakan tahun 2007 dan jilid kedua cetakan tahun 2018.

Untuk mendapatkan ilmu selain daripada berguru ialah melalui kitab/ buku-buku. Malang jika para asatizah miskin khazanah buku. Berasa kedekut untuk membeli buku. Tetapi tiada masalah untuk berhabis duit kepada perkara lain seperti makeup kenderaan, sering bertukar sport rim kereta (hanya contoh dan tidak tuju kepada sesiapa).

Bayangkan, Jika untuk menduduki peperiksaan pun tiada buku sendiri. Bagaimana dengan buku-buku lain yang tiada dalam silibus ?




*Gambar buku, kelihatan ada beza antara jilid 1&2. Serta slip keputusan peperiksaan Perkhidmatan Awam SUK Pahang.

#Usuldakwah #PermaiMenulis #Daie #buku #kitab #baca #perkhidmatanawam

No comments: