Tuesday, December 21, 2021

Banjir surut di Lipis

Alhamdulillah banjir sudah surut di Lipis. Malam ini kehadiran jemaah Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis hampir pulih seperti kebiasaan.
Beberapa hari semasa banjir sedang melanda dan ramai yang terkandas untuk hadir berjemaah di Masjid. Solat berjemaah 5 waktu tetap dapat dilaksanakan walaupun dengan bilangan yang kecil.
Saya "cover" semua waktu memandangkan sahabat pegawai masjid yang lain juga terkandas untuk hadir ke masjid dek banjir. Kerana itu juga, capaian saya sangat terhad. Hanya lingkungan dalam radar kawasan masjid sahaja. Tak dapatlah bebas nak menjenguk sahabat yang lain.
Begitulah yang berlaku setiap kali tibanya musim banjir.
Tambahan pula kali ini, saya juga perlu memindah keluar barang di kuarters yang didiami ke bilik sementara kerana isu keselamatan. Kuarters yang saya duduki sudah tidak selamat lagi. Tak pasal "demeh" kalau keluar "paper" imam lipis tertimbus dalam tanah runtuh.
Namun ketika ini, situsi semakin memburuk di Temerloh dan Mentakab. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Jangan terlupa untuk terus berdoa kepada Yang Maha Kuasa.



*Gambar kenangan, Cik Nik restoran Kuzah menunggu waktu solat ketika jemaah yang lain terkandas.

#PermaiMenulis #DakwahAnakMuda #Masjid #imamMasjid #banjir #banjir2021 #pahang #lipis #doayangbaikbaik

No comments: