Sunday, August 21, 2022

Qadhi Syed Abdul Rahman Benyahya

Singgah di Ulu Jempul. Jumpa pula buku rare. Menariknya disusun oleh mantan Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan pada tahun 1975, iaitu Syeikh Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Benyahya.

Kami kongsikan biodatanya :

Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Benyahya merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang tahun 2021.

Beliau pernah melanjutkan pendidikan di Singapura dan Hadhramaut, Yaman serta memulakan kerjaya sebagai seorang guru, sebelum bertugas sebagai Qadhi di Raub sekitar 1960-an.
Syed Abdul Rahman kemudiannya dilantik sebagai Qadhi di Kuantan dan berkhidmat sebagai Qadhi Besar Pahang bermula 1976 hingga 1982.

Syed Abdul Rahman turut aktif dalam penulisan buku agama dan kitab antaranya Qiraah Mufidah (buku mengenal huruf al-Quran dengan mudah) dan Kitab Ilmu Faraid (Harta Pusaka), selain pernah dilantik sebagai guru agama kepada bakal haji semasa dalam kapal menuju ke Mekah pada 1970, serta menjadi Hakim Tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau yang dilahirkan pada 1923 di Pekan meninggal dunia pada 1991, pada usia 68 tahun.






#tokoh
#ulama
#kitab
#jaip
#qadhi
#PermaiMenulis

No comments: