Zaman sekarang kemudahan untuk komunikasi sangat senang. Tetapi ramai yang tidak menghargainya. 
Contohnya, penyampaian info dan kemaskini maklumat hanya dalam group whatsup. Tetapi ada yang hanya "seen" , itu pun mujur. Lebih parah tak seen group, tetapi  aktif je  di media sosial yang umum. 
Berbeza zaman dahulu, ada yang sampai kena cari di rumah untuk menyampaikan maklumat. 
Saya terkenang semasa zaman belajar di Shoubra. Zaman "henpon" tiada kemudahan internet. Apabila ada program persatuan, kami berjalan kaki dari rumah ke rumah pelajar Malaysia mengetuk pintu mengedarkan iklan makluman program. Jaraknya bukanlah suatu yang dekat. Tetapi begitulah bersungguhnya penganjur. 
*
Ps: gambar beduk di Masjid Saidina Ali Kampung Bukit Genting Jerantut.
#PermaiMenulis #aktif #komunikasi #cergas #berkerjauntukIslam



 
No comments:
Post a Comment