Thursday, January 19, 2023

Hujan

Dua pagi kehujanan semasa menuju ke opis.
Masih bersyukur kenderaan beratap.
Bagi yang kenderaannya memang hanya motorsikal, nak tak nak tetap perlu ke tempat kerja atau sekolah.
Mungkin ada tempat kerja yang consider boleh lewat kalau hujan lebat. Tapi kalau hujan lebat berterusan sepanjang hari ?
Macam mana pula ye ?
Sebenarnya kebanyakan daripada kita masih berada dalam zon selesa. Itu yang bila hujan je pun, guna alasan hujan untuk lewat dan sebagainya.
Saya berbasikal semasa sekolah dahulu di SMA Al-Khairiah ketika tingkatan 1-3.
Tingkatan 1-2 bersekolah sesi petang. Ada waktu yang hampir setiap petang hujan. Redah je, sebab hala balik ke rumah. Buku dan songkok memang lunyai.
Semasa sekolah tingkatan 3 sesi pagi, hujan masa pagi yang tak tahannya. Nak tak nak tetap pergi juga ke sekolah.
Kenangan paling tidak dilupakan, hari pertama pendaftaran dan sesi persekolahan tingkatan 1, dah berbasikal meredah hujan. 
Pelajar baru yang lain hampir semua pergi berhantar dengan family masing-masing. 
Saya pula tiada siapa nak hantar, ayah semasa itu di UTM Skudai. 

Pengalaman lalu lah yang mendewasakan kita. Banyak pengalaman, insya-Allah akan membentuk jati diri kita. 
Maka, orang muda ciptalah pengalaman sebanyaknya. Ketika muda inilah. Jangan menanti hari tua nanti. 



#PermaiMenulis #hujan

No comments: