Rasa macam cepat betul bulan Disember. Cuti sekolah dah nak habis ?
Saya percaya para pelajar mengisi cuti mereka dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi yang aktiviti hanya tidur je masih belum terlambat untuk menyusun cuti yang masih berbaki.
Kali ini saya ingin mencadangkan untuk menghafaz surah-surah atau ayat-ayat pilihan dari Al-Quran. Boleh menghafaz di rumah sahaja. Tetapi kalau ada program yang dianjurkan berdekatan dengan tempat kalian, jangan lepaskan peluang untuk sertai.
Alhamdulillah pada 11-14 Disember yang lalu seramai 154 orang pelajar telah menyertai program Jom Bercuti Di Masjid (CUTI-CUTI MASJID 2017) yang diadakan di Masjid Daerah Lipis.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah slot hafazan. Para peserta dibimbing untuk menghafaz surah al-Kahfi dan Surah Al-A'la.
Insya-Allah menghafaz Al-Quran tidak merugikan bahkan akan mencergaskan lagi minda di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Saya sertakan link persembahan bacaan hafazan para peserta :
https://youtu.be/bpuoiTA57IU
https://youtu.be/ETw92_56DD0
Jom Join
Channel Telegram : https://t.me/joinchat/ArivqgvDWERAMSkK9PPWng
Group FB : https://www.facebook.com/groups/permaicare.mengaji/
#PermaiMenulis
#PermaiMengaji
#CutiCutiMasjid
No comments:
Post a Comment