Tuesday, December 15, 2020

Imam Busiri dan Abul Abbas al-Mursi




Siri Travel Mesir (2019) :
Maqam Imam Busiri dan Abul Abbas Mursi terletak berhampiran dii daerah Anfushi di Iskandariah. Imam al-Busiri pengarang puisi terkenal yang memuji Nabi Muhammad ﷺ iaitu Qasidah Al-Burdah Busiri.
Antara baitnya : مَوْلايَ صَلِّ وَسَلِّـمْ دَائِمـاً أَبـَـدًا عَلى حَبِيْبِـكَ خَيْــرِ الْخَلْقِ كُلِّهِـمِ
Imam Busiri dilahirkan pada hari Selasa awal bulan Syawal pada tahun 608H di desa Busiri- atau Abu- Sir, yang terletak di daerah Bani Suwif, Mesir. Ibnu Hajar al-Haythami berpendapat bahawa Imam al-Busiri meninggal dunia pada 694 H. Manakala al-Suyuti pula berpendapat bahawa beliau meninggal pada 695 H. Al-Maqrizi berpendapat bahawa beliau meninggal dunia pada 697 H. Al-Safadi murid kepada Imam al-Busiri- menyebut bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 696 atau 697 H.

Imam Abu Al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al Mursi dilahirkan di Murcia, Spain pada tahun 1219 M dalam keluarga pedagang yang kaya. Selepas Andalusia jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1242 M, beliau dan keluarganya berpindah ke Tunisia namun hanya beliau seorang yang sempat sampai ke Tunisia. Di Tunisia Abul Abbas Al- Mursi bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas Tarikat As Syaziliah. Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria dan mengajar di situ. Selepas Imam Abu Al Hasan As Syazili meninggal dunia, beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As Syaziliah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi. Semoga dengan Ziarah ke maqam para ulama', salafussaleh dapat membangkitkan semangat untuk mencontohi dan mengikut jejak langkah mereka dan seterusnya mengingatkan kita kepada kematian.

No comments: