Petang tadi, saya singgah ke kantin hoshas,
hajatnya untuk makan malam. Tambahan pula hari hujan, senang makan siap-siap
sebelum meneruskan perjalanan.
Tengok pada lauk pauk, hanya tinggal saki
baki dua tiga jenis lauk tengahari tadi. Walaupun saki baki lauk sahaja (saya
tak teringat nak tangkap gambar) namun masih ramai yang melihat-lihat menu yang
dipamerkan. Ada yang meneruskan hasrat mereka dengan membeli lauk-lauk
tersebut. Saya memutuskan untuk tidak jadi makan di situ.
Setiap hari kantin tersebut menjadi
tumpuan. Bukan sahaja pelawat dan pesakit, termasuk juga staf hoshas. Saya rasa
jualan harian mau cecah ribuan ringgit.
Namun servis yang kurang memuaskan termasuk
hidangan lauk untuk makan tengahari sahaja memang mengecewakan.
Saya percaya rata-rata yang makan di situ
bukanlah disebabkan tempat ‘feveret’ mereka, tetapi kerana tiada pilihan lain
atau kata lainnya terpaksa makan di situ.
Staf hoshas yang sibuk dan ada kekangan
waktu untuk makan di luar, waris pesakit yang tidak boleh lama meninggalkan
pesakit menyebabkan mereka dengan redha makan di kantin.
Saya rasa para staf hoshas yang hampir
setiap hari membeli makanan di situ, boleh mengemukakan cadangan mahupun
pandangan terhadap perkhidmatan tender sekarang. Sama ada memuaskan atau tidak
kepada pihak pengurusan. Harapnya pihak pengurusan mengambil berat perkara ini.
Tetapi tak tau lah kalau mereka berpuas hati, saya je yang tak berpuas hati (belum cecah 20 kali makan di kantin hoshas). Maafkan saya ye.
Sudah pasti apabila tender dibuka, ramai kontraktor
makanan yang mengambil bahagian. Maka yang dapat sepatutnya yang terbaik. Bukan
kerana disebabkan isu yang lain seperti kroni dan lainnya. Jika tidak memuaskan
alamatnya, tamat tempoh kontrak, tak merasa lah awak lepas ni. Tetapi kalau
dapat juga, ada something wrong yang perlu diambil berat oleh semua pihak.
Cadangan saya, supaya makanan bukan hanya
menu tengahari sahaja. Tetapi dipanjangkan sampai ke malam. Sebagaimana
Hospital yang berpenghuni siang dan malam, Dr dan Misi yang bertugas sepanjang
masa.
Jika semua syarikat yang masuk tender tidak
mampu. Cadangan seposen saya, ambil sahaja tender kedai mamak yang buka 24 jam tu.
Berniaga di kantin bukan semata-mata untuk
tokey dapat untung, pentadbiran dapat kemasukan. Atau pun sama seperti
berniaga di premis kedai makan yang
lain.
Akan tetapi lebih utama dan kelainannya ialah dapat
membantu mereka (client) yang memerlukan dan dalam kesusahan. Besar ganjarannya
bagi mereka yang ingat akan akhirat.
Saya contohkan Pasaraya Giant. Pihak pengurusan nak
jaga, tarik dan pegang pelanggan. Jadi mereka mensyaratkan supaya peniaga-peniaga kiosk, kedai
makan di dalam Giant untuk membuka dan menjalankan perniagaan pada setiap hari
sehingga waktu malam.
Jika ada peniaga tersebut yang tidak
berminat dengan syarat tersebut, tak perlu lah awal-awal dahulu depa beria nak
minta berniaga di dalam pasaraya Giant.
Hari ini di ruang legar Hoshas ada dibuka
beberapa gerai jualan. Ada yang menjual pakaian, wallet, jam tangan dan
lain-lain. Bagi saya itu hanyalah aksesori (tahsiniyat). Bukannya keutamaan
(aula) berbanding isu tempat nak makan yang lebih diperlukan.
Saya berdoa semoga kantin dan tempat
menjamu selera di Hoshas semakin memuaskan hati semua pelanggan.
Akhirnya malam ini saya makan malam di Kuantan. huhu.
#PermaiMenulis
No comments:
Post a Comment