Tuesday, September 25, 2018

Bukan baju kot biasa

Bila sebut baju kot. Saya rasa tak perlu nak hurai panjang berkenaan rupa bentuk baju tersebut. Zaman sekarang pelajar sekolah pun dah ada baju kot sendiri.
Berbeza dengan saya, sepanjang bersekolah tidak pernah merasa memakai kot.
Kot pertama saya ditempah di kedai Summer Man di Mega Mall Kuantan. Lebih kurang dua minggu sebelum saya terbang ke Mesir. Baju kot berwarna biru gelap  yang dibayar oleh  Yayasan Pahang untuk pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Pahang.
Sempatlah saya menaiki kapal terbang bergaya dengan baju kot tersebut.
Bila pula saya ada baju kot yang seterusnya ?
Saya tidak bercadang untuk bercerita di sini. Ianya hanyalah kisah yang biasa sahaja.

Kali ini saya ingin mengetengahkan jenis baju kot yang mungkin agak istimewa dan unik.
Kerana bukan semua orang yang memakainya. Hanya insan terpilih sahaja yang bertuah menyarung baju tersebut.
Para doktor dan yang berkaitan dengan agensi kesihatan seperti farmasi  akan memakai baju kot putih. Kotnya ada yang labuh sampai ke lutut. Cuma doktor veteran atau pakar biasanya akan memakai baju biasa sahaja. Doktor pelatih yang dilihat istiqamah memakai baju kot ini.

Selain itu…
Baju jubah kot yang biasanya akan dipakai oleh Mufti, Qadhi dan Imam.
Setiap tahun, saya mendapat peruntukan kewangan dari Jabatan Agama untuk membuat jubah. Tahun ini RM 300 untuk seorang pegawai masjid negeri dan daerah dalam negeri Pahang.
Jubah kot boleh tahan juga harganya. Jubah kot sebelum ini saya buat di kedai Camaroz Kuantan, harganya mencecah RM 500. Terpaksa tambah duit poket sendiri, huhu.
Untuk tahun ini, saya masih mencari-cari kedai ‘tailor” yang boleh membuat jubah kot tanpa perlu menambah duit sendiri.
Masalah lain lagi, bukannya semua tukang jahit mahir untuk membuat jubah kot. Ada yang buat terlalu ‘fix’, sampai tak boleh nak bawa dalam solat. Kerana dalam solat ada banyak pergerakan seperti rukuk dan sujud, bukannya hanya berdiri tegak.

Saya merasa bertuah kerana berpeluang menyarungkan jubah kot tersebut. Semampu yang boleh saya akan menyarungkannya. Saya kagum melihat Sahibul Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang sentiasa berjubah rasmi di mana-mana majlis.


 Ketika perasmian Masjid Tanah Putih, Pekan 

 Perasmian Masjid Kampung Gua, Lipis

 Bersama Imam Rasul, Masjid Padang Tengku 


Para Imam Masjid Daerah Pahang bersama YH Dato' Pengarah JAIP (2018)

 Menyampaikan cenderamata kenangan dari para Imam kepada YH Dato' Pengarah JAIP (2018)

Imam Masjid Negeri &  Daerah (2015)

Link






#PermaiMenulis #jubah #imam #rasmi #kot #CatatanImamKecil

 




No comments: