بسمالله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين، ولا عدوان
الا على الظالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وخاتم النبيين
وعلى اله واصحابه اجمعين .
Di
majlis yang mulia ini, kami merafa’kan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, Tuhan
Pencipta Alam ,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang
Engkau kurniakan kepada kami, dapat kami berkumpul di Dataran Orang Kaya Haji
untuk menjayakan Majlis Perasmian Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017 yang
dirasmikan oleh : Yang
Berhormat, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Kami
memohon pada–Mu Ya Allah,agar
kami semua, menjadi warga yang sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu
sepanjang masa.Denganrahmat-MuYaAllah,Engkaupeliharalah tradisi warisan kami
turun temurun, yang sangat bernilai dari hilang dan hanya menjadi kenangan dan
catatan sejarah.
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحومما ،
وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما.
Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan kami ini sebagaiperhimpunan
yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami sebagai perpisahan yang terpelihara
dari sebarang bala bencana dan kemaksiatan.
ربنا اتنا في الدنيا حسنة، وفي الاخرة حسنة، وقنا عذاب النار. وصلى الله
على سيدنا محمد، وعلى اله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
Ustaz ada laptop? Berulang kali soalan itu
ditanya kepada saya.
Saya hanya membalas dengan anggukan kepala.
Rasanya tak perlu untuk saya syarah panjang kepada si penanya. Saya faham dari
maksud si penanya yang menyangka saya (baca digelar Ustaz @ Imam kampong) yang
buta it.
Pada kesempatan ini ingin saya kisahkan
sedikit kehidupan saya bersama alam komputer. Sekadar bercerita dan rujukan
buat kenangan saya di masa hadapan.
Saya mula dekat dengan komputer ketika ayah
saya membeli sebuah PC (Personal Computer) sekitar tahun 1992-1993. Saya masih
ingat game yang popular ketika itu Prince of Persia (rujuk : https://youtu.be/_zyQ_OVyhNE ). Antara
perisian yang ada Profesional Write (PW) dan Lotus 123. Disket yang digunakan
bersaiz besar dan tiada lagi pemacu CD.
Game Prince Of Persia yang popular ketika tahun 90an
Saya mula mengikuti kelas komputer ketika
tingkatan 1 dan 2 di SMA Al-Khairiah. Memang pelajar tingkatan 1 dan 2 wajib
mengikuti kelas tersebut. Semasa tingkatan 1 silibusnya Profesional Write (PW)
dan tingkatan 2 Lotus 123. Ketika itu Sekolah kami masih menggunakan komputer
lama, hanya terdapatsebuah dua komputer
baru yang ada windows 3.1 . Hujung tahun semasa di tingkatan 2barulah sekolah mempunyai beberapa unit
komputer yang mempunyai Windows 95 (windows terbaru ketika itu) . Komputer
tersebut diletakkan di bilik IT (saya dah lupa namanya yang khas). Ketika itu
hanya pelajar tingkatan 6 yang menguasai
bilik IT tersebut. Kami yang kecil-kecil hanya melihat dengan berdiri di
belakang meraka. Huhu.
Ketika itu, ayah saya telah membeli
sebuahkomputer yang menggunakan Windows
95. Komputer tersebut ada tempat untuk memainkan CD, cuma internet belum ada
lagi. Game solitaire sangat popular.
Fasa berikutnya menceritakan saya mula
memiliki komputer sendiri..yeah..
Kurang dari 4 bulan ketika saya tiba di
Mesir saya telah membeli sebuah komputer terpakai dari senior yang dijualnya
dengan harga$200 Dollar. Ketika itu
menggunakan perisian Windows XP. Tak sampai setahun, saya menjual komputer
tersebut kepada rakan yang lain dengan harga $150 Dolar. Saya pula telah
membeli komputer yang lain. Style ketika itu beli komponen di kedai-kedai yang
berlainan setelah servey kedai mana yang jual paling murah. Motherboard kedai lain,
ram kedai lain, processor kedai lain, begitulah.. balik rumah pasang sendiri.
Ketika di Mesir juga saya pernah menggunakan processor jenama Intel Celeron,
Pentium 4, dan akhirnya berhijrah ke AMD.
Ketika tahun akhir saya telah membeli
laptop pertama saya, beli di Madinah Nasr. Jenama Fujitsu Siemens, intel core 2
duo paling latest ketika itu.
Ketika di Malaysia, laptop tersebut
mengalami kerosakan. Saya dimaklumkan oleh yang pakar dalam bidang tersebut
(kedai jual dan baiki komputer) untuk baikijenama tersebut kena oder dari Singapura dan kosnya tinggi. Maksudnya
tak berbaloi untuk dibaiki. Jadi jasad laptop tersebut saya simpan je di rumah.
Tak lama selepas itu, saya bagi laptop tersebut kepada sahabat saya di
Terengganu yang juga menggunakan jenama yang sama untuk diambil mana-mana
aksesori dan komponen yang masih elok.
Seterusnya saya memakai netbook (laptop
kecil) jenama Lenovo. Saya minta sahabat saya Ustaz Zainuddin carikan sebuah
laptop yang bersaiz kecil dan ringan kerana sebelum ini laptop Fujitsu saya
agak berat. Harga ketika itu masih mahal jika hendak dibandingkan dengan
sekarang. Boleh dikatakan saya antara generasi awal yang menggunakan Netbook
kerana bila pergi ke mana-mana orang akan tertarik dengan Netbook saya.
Kebanyakannya tertarik dengan saiznya dan tidak pernah jumpa selain saya yang
menggunakannya. Ketika menggunakan Netbook tersebut, saya pernah menukar papan
kekunci dan screen kerana mengalami kerosakan. Setelah beberapa tahun
menggunakannya akhirnya Netbook tersebut rosak teruk, orang di kedai servis
kata tak berbaloi untuk baiki dan disyorkan untuk saya membeli yang baru.
Selepas itu saya memilihlaptop jenama Macbook Air yang bersaiz nipis
dan jika dipikul masih ringan. Pernah mengalami kerosakan motherboard akibat
secawan air kopi tumpah di atas keyboard dan saya telah menggantikannya. Kini
saya telah menggunakannya selama 5 tahun.
Begitulah secebis kisah saya bersama
komputer dan laptop sebagai jawapan kepada soalan Ustaz ada laptop?
Alhamdulillah, hari ini berlangsung upacara pra penyerahan dari pihak kontraktor-JKR kepada pihak Pejabat Agama dan Masjid Daerah. Memang mencabar kerja baik pulih masjid ini. Beberapa orang Project Manager silih bertukar, bila tukar manager bertukar juga la para pekerjanya. Akhirnya siap juga. Walaupun masih belum siap sepenuhnya, tetapi kini masjid telah dapat beroperasi semula seperti sediakala.
Masa masjid tutup, ramai yang sibok bertanya bila masjid buka. sekarang masjid dah buka. Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid.
#catatanimamkecil
#PermaiDiHati
#MasjidDaerah
#MasjidSultanMahmud
Kelihatan Najwa, Datin Norma, TA Afzan, TA Juwariah, AF Qadhi, JB Hanif
Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid
Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual
nasik lemak seringgit. Tapikawasan
tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.
Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak
lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.
Selepas bersarapan yang dibelanja oleh
seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke
tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun
ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi
gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah akhirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.
Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak
dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak
seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan
bilis goreng pun ada weh. Tabik la padaBrader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga
rezeki mereka melimpah ruah.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik
lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai
MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi.
Lewat..tak merasa lah demeh.
‘Jangan Monyet’ – antara dialog dalam kartun Sang Kancil terbitan Lembaga Filem Negara. Siri kartun pendek era tahun 80-90an. Saya biasa tengok masa zaman sekolah rendah dahulu. Semua dijemput tengok kartun tersebut di YouTube.
Berkaitan larangan Sang kancil pada monyet. Konsep Arahan, Dengar dan taat perlu diaplikasikan. Biasanya apa yang dilarang yang itu kita nak buat.
Hikayat Sang Kancil yang cuba hendak menyatukan pelbagai jenis haiwan yang berbeza. Singa dan harimau boleh berkawan dengan kambing. Akhirnya beberapa ketika Sang kancil berjaya menyatukan semua haiwan. Point Ukhwah dan kesatuan boleh kita tekankan di sini.
Menurut kisah hikayat tersebut, haiwan hidup dalam keadaan aman damai dan sesama haiwan yang lain wujud perasaan kasih sayang dan ‘kebinatangan’ (baca kemanusiaan).
Inikan pula manusia yang dikurniakan akal dan agama. Tentulah sepatutnya lebih hebat dari haiwan.
Rumah merupakan suatu keperluan untuk
manusia.Ia bukannya perkara yang boleh
dianggap remeh tetapi perlu dipandang serius terutamanya di pihak pemerintah.
Dewasa ini isu gelandangan semakin ketara
di Negara kita. Mereka yang menjadi gelandangan sudah pastibukannya mahu menjalani kehidupan sebegitu.
Namun keadaan memaksa untuk mereka berbuat demikian. Sewa rumah yang semakin
tinggi di tambah dengan harga barang keperluan yang sudah pasti sentiasa
menaik.
Golongan muda kini terdesak mencari rumah
sendiri. Namun lebih kasihan ada di kalangan penduduk Negara kita yang telah
puluhan tahun menyewa rumah orang dek kerana tidak mampu untuk membeli rumah
sendiri.
Berbanding zaman dahulu, walaupun susah
tetapi ketika itu mereka masih mempunyai tanah untuk dibuat rumah sendiri.
Biarpun rumah yang dibina ala-ala pondok namun masih beruntung kerana mempunyai
tempat berteduh sendiri.
Tanah-tanahbanyak yang telah dibuka, dijadikan taman-taman perumahan. Namun apabila
melihatkepada harga jualannya,
kebanyakan dari orang kita terutamanya bangsa melayu dan bumiputeratidak mampu untuk membelinya. Pemaju pula
lebih berminat membina rumah kategori mewah berbanding rumah kos murah.
Memang zaman kini lebih mencabar. Walaupun
pihak kerajaan ada menyediakan alternatifseperti rumah PPRT, Rumah Prima dan sebagainya namun ianya masih belum
menyeluruh dan sangat terhad. Orang yang memohon terlalu ramai dan sudah pasti
bukan semua yang terpilih. Lebih malang mereka yang sepatutnya layak tetapi
tidak dapat disebabkan birokrasi dan kronisme yang masih diamalkan di Negara
kita.Akhirnya kelompok-kelompok
tertentu sahaja yang terpilih.
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam
menangani isu rumah yang semakin kritikal terutamanya pihak yang memerintah.
Tangani isu ini berpandukan nilai Agama dan kemanusiaan bukan hanya kerana
meraih sokongan politik atau mendapat keuntungan dari projek perumahan yang
dijalankan. Percayalah atas nama agama dan kemanusiaan isu ini akan dapat
diselesaikan dengan harmoni.
Ziarah mahabbah bersama mangsa banjir di Taman Fah Choon, Kuala Lipis. Sebanyak 21 buah rumah yang terlibat . Kami Menyampaikan sedikit sumbangan dari jemaah Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis. Semoga mereka semua tabah dengan ujian yang menimpa.
Meronda selepas musibah banjir tahun 2017 surut. Laluan ini yang berdepan dengan Sungai Pahang. Tok Mengkarak antara tokoh ulama silam berasal dari daerah ini. Di sini juga terletaknya tasik terbesar di Malaysia (tak termasuk tasik kenyir, kategori lain dah). YAA Ketua Hakim Syar'ie Pahang sekarang berasal dari sini dan memakai laqob Al-Birry.