Friday, August 25, 2017

Sumbangan Masjid Prihatin


Menyampaikan sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti UTM dan UPM.
Semoga mereka berjaya dalam pelajaran.

Geng Mengaji Subuh


Geng mengaji Subuh, waktunya betul-betul selesai bersalaman selepas solat dan berwirid. Semoga istiqamah.
Nak cari masa untuk buat kelas mengaji tu yang agak bermasalah. 
Sebelum ini saya pernah cuba buat selepas solat isyak. Tetapi tak bertahan lama kerana suasana tersebut tak berapa diamalkan di sini. Huhu.
Buat masa ini kelas mengaji selepas asar masih bertahan dan satu hari diperuntukkan untuk kelas hafazan.
Saya rasakan selepas subuh antara waktu terbaik untuk belajar dan buat kelas.
Pengalaman ulama silam yang telah memulakan pengajian dan kelas mereka se awal selepas solat subuh.
Jom..
Kita akan rasakan suatu kelainan.


Thursday, August 24, 2017

Guna Mushaf Rasm Uthmani

Tip hafazan. Guna mushaf 'resam' (tulisan) Uthmani yang sama. Jangan asyik bertukar mushaf. 
Elakkan dari menghafaz dengan menggunakan 'buku' yang menyusun surah-surah pilihan dengan tidak mengikut susunan kedudukan baris-baris kalimah seperti dalam mushaf Uthmani.
Jika sama letak ayat seperti dalam mushaf Uthmani, tidak mengapa. 


Bukan Rasm Uthmani

Bukan Rasm Uthmani dan susun atur ayat berbeza dengan Mushaf Rasm Uthmani


Sebutan Huruf Dhod




Huruf ض (dhod) antara huruf yang sering orang tersalah sebut. Nak pula huruf dhod tak ada penggunaannya dalam bahasa melayu. Ke ada?
Salah sebut kerana tidak mengetahui teknik sebutan huruf.
Setiap huruf mempunyai makhraj (tempat keluar) yang berbeza.
Untuk sebut huruf dhod, tekan (angkat) bahagian tepi lidah sama ada kiri atau kanan ke sepanjang gigi geraham atas.
Selain itu, sebutan huruf dhod juga ada unsur memanjangkan makhrajnya.
Bagaimanakah unsur memanjangkan makhraj?
Guru saya mengajar kepada kami dengan memberi contoh layar kapal. Bayangkan rupa layar kapal yang angin tengah bertiup.
Guru saya yang lain pula memberi contoh kepada kami dengan mengibaratkan cangkul.
Bayangkan pergerakan cangkul ketika sedang mencangkul tanah.
Huhu...
Pengibaratan yang memang rare..contoh yang berkait dengan alam dan kehidupan. Tiada dalam kitab.haha.
Praktikalnya, kena sebut berulang-berulang dan berdepan (musyafahah) dengan guru.

Monday, August 21, 2017

Masuk Kampung Orang Asli





Berkesempatan masuk kampung orang Asal di pos Sindrot. Kampung Bukit Kenit namanya.
Sempena dengan perasmian surau dan beberapa penduduk kampung memeluk Islam. Alhamdulillah.
Program yang turut dijayakan oleh pelajar Kuipsas dan Petama.
Kata seorang pelajar Kuipsas : beliau dah kali ke 6 masuk kampung. Katanya : terbuka pada sesiapa yang berminat dan yang paling penting bukan terpaksa, tetapi keinginan dari lubuk hati.
Lihat pelajar Petama dan tenaga pengajarnya, menggamit kenangan ketika saya di Maahad tahfiz yang bersebelahan dengan Petama. Jika berkesempatan saya nukilkan cerita bersama Petama.
Walaupun berasa gembira dengan kemudahan surau dan pengislaman saudara baru.
Seharusnya saya dan kita semua merasa bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi pengisian khususnya kepada saudara baru secara berterusan. Bukan hanya bermusim dalam program-program yang bersifat tahunan sahaja.

Semoga kita semua istiqamah dan bersemangat menjalankan kerja ini.
Kerja tinggalan para Rasul dan Sahabat.

Friday, August 18, 2017

Tip Penganjur ceramah


Bila nak jemput penceramah atau pengkuliah. Selain persiapan seperti poster, banner, buat jamuan makan. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah ‘stage’ tempat persembahan (meja kuliah).

Pastikan meja dalam keadaan bersih dan kemas. Tak perlu letak pelbagai aksesori seperti bunga yang akan menyemakkan ruang di atas meja.

Letak segelas kosong yang bersih. Kadang-kadang gelas dah berhabuk. Sebotol air mineral yang telah dilonggarkan penutupnya. Kalau ketat sangat puas pula penceramah nak buka.
Letak juga sekotak tisu di atas meja.

Kerusi juga pastikan selesa. Sebaiknya kerusi berlengan yang boleh pusing kiri dan kanan. Paling penting pastikan adjustable naik turun kerusi dalam keadaan baik.

Letakkan kipas yang tidak berbunyi terlalu kuat untuk keselesaan penceramah. Lagi baik jika ada portable aircond atau aircooler. Aircooler yang heavy duty lagi terbaik.
Keselasaan penceramah sangat perlu diberi perhatian.

Sebab apa, terdapat penganjur ceramah yang terlepas pandang perkara ini. Asyik tumpu pada persiapan jamuan dan jemputan sampai terlupa pada perkara yang saya sebutkan.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil


Thursday, August 10, 2017

Taklimat Petugas program Santai Dhuha UAI

Ustaz Azhar Idrus, figur yang tak perlu diperkenalkan lagi. Tua, muda, besar, kecik, laki, perempuan, Sebahagian besarnya kenal beliau.
Insya-Allah UAI dijadualkan akan berkuliah di daerah Lipis pada 12 dan 13 Ogos ini. Dan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke daerah ini. 
Daerah-daerah lain dalam Pahang UAI dah pernah turun sebelum daripada ini.
Almaklumlah kali pertama nak berkunjung. Persediaan tuan rumah lain macam. Macam orang nak menerima menantu kali pertama lagaknya. Huhu.
Beberapa kali siri Mesyuarat diadakan.
Pagi tadi diadakan sesi taklimat untuk petugas yang terlibat dengan program Santai Dhuha.
Semoga usaha kita semua dipermudahkan dan diberkati.
Buat member-member semua.. Moh kite ke program UAI di Daerah Lipis 12 dan 13 Ogos. Tak lama dah.






Wednesday, August 02, 2017

Warna Warni Mushaf al-Quran

Mushaf al-Quran zaman sekarang semakin menarik. Terdapat inovasi dari segi kekemasan, kecantikan dan juga untuk memudahkan pembaca membaca al-Quran dengan betul.

Jika dahulu, mushaf al-Quran se warna sahaja kertasnya. Kini terdapat mushaf yang kalimah dan hurufnya diwarna-warnakan dengan tujuan dan maksudnya yang tertentu.
Sekarang di pasaran, terdapat mushaf tajwid. Huruf-huruf diwarnakan dengan warna-warna yang berbeza mengikut hukum tajwid.

Ada juga mushaf Wakaf dan Ibtida’. Kalimah-kalimah dalam mushaf tersebut diwarnakan dengan warna-warna tertentu untuk tempat wakaf dan ibtida’.

Sangat baik untuk kita menggunakan mushhaf-mushaf tersebut sebagai panduan.
Cuma harganya lebih tinggi dari mushaf yang biasa pelajar sekolah gunakan. Saya panggil mushaf kertas kuning. Femes mushaf tu. Semasa sekolah, Saya menggunakan mushaf kertas kuning tu la sehingga khatam.

Sekarang kebanyakan yang mengaji dengan saya sudah menggunakan mushaf tajwid ataupun mushaf Wakaf dan Ibtida’. Tak suruh pun beli.. huhu, tetapi kebanyakannya sudah ada kesedaran yang lebih baik berbanding zaman sebelum ini.
Cuma kekadang ada masalahnya.

Seperti, pembaca yang biasa dengan mushaf wakaf & Ibtida’ , jadikan cerita mushafnya tertinggal. Jadi gunalah mushaf wakaf kat masjid. Andaikan mushaf wakaf di masjid tu mushaf kertas kuning ter..haha. Jem krem dan celaru habis dia baca. Sebab sebelum ini dah selesa atau manja dengan panduan dan pedoman yang diberikan dalam mushaf berwarna.

Kenapa boleh jadi begitu ?
Pokok utamanya kita kena tahu dan belajar konsep atau kaedah bacaan yang asal. Penguasaan ilmu tajwid sangat penting.  Bila telah menguasai ilmu tajwid, tukar lah mana-mana mushaf pun, insya-Allah tak de masalah.

Jom belajar Mengaji..

#PermaiMenulis

#PermaiMengaji
#CatatanImamKecil

Tuesday, August 01, 2017

Tip nak lancar baca al-Quran


Bagaimana hendak  lancar mengaji.
Antara tipnya ialah banyakkan mengulang.
Sebelum membaca di hadapan guru. Ulang dulu.
Berapa kali nak ulang ?
Sekali, dua kali, tiga kali ?
Saya katakan..
Ulang sehingga kita berasa lancar dan puas hati.
Kalau 10 kali baru puas hati, haa.. 10 kali lah kita ulang.
Setiap orang tak sama tahapnya.

Jika mampu, setelah ulang baca secara sendirian. Baca pula di hadapan orang lain seperti rakan.
Final..
Barulah baca di hadapan guru.

Isu mengulang ini remeh dan mudah amat. Tetapi saya perhatikan terdapat segelintir yang tak mengamalkannya.
Datang kelas mengaji, buka Quran, sibuk pulak..ralit dengar kawan baca.
Sampai giliran dia barulah terkial-kial baca.

Kalau kelas budak sekolah, guru boleh buat borang mengulang. Kalau dah kelas dewasa,,mencabar sikit benda-benda teknikal ini.


Sama juga, kalau kita dengar pak khatib menyampaikan khutbah hari jumaat. Ada khatib yang lancar je membaca. Tetapi ada juga yang merangkak-rangkak membaca mengalahkan budak darjah satu baca.
Kesnya sama juga. Sebab tak ulang baca. Naik mimbar barulah buka buku teks khutbah.
Kata Tan Sri Syeikh Ismail, Imam Besar Masjid Negara kepada kami. Beliau sebelum naik ke mimbar, berulang-ulang kali baca teks tersebut.
Imam besar Masjid Negara pun mengulang baca. Tak kan lah kita yang imam kampung ni je lebih hebat dari Imam Masjid Negara?


#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil

Kenapa Punch Card ?


...
Masuk kerja ada tempat kena punch card. Waktu masuk dan keluar. 
Itupun ada yang 'tipu', minta kawan tolong punch kan.

Ada tempat kerja yang tulis di buku kedatangan. Datang isi buku.
Nak tipu rumit sikit, sebab penyelia boleh cam kalau tulisan lain. 
Tapi tak banyak dah kompeni yang guna buku, oldskol.

Kompeni yang canggih dan banyak modal, guna thump print. Datang kerja thump, balik pun thump. Tak boleh nak wakil ke orang. Tak kan nk kerat ibu jari.
Tapi tak tau la. Kalau pro boleh tipu lagi kat sistem.

Kalau ikut nafsu. Ramai yang tak semangat nak datang kerja. Kalau boleh kerja 2 hari cuti 5 hari.
Kerana terpaksa je. Culas kang kena buang kerja. Tak de kerja maksudnya tak de duit.

Tempat kerja ana unik. Punch card xde, thump jauh sekali, tulis kat buku pun takde. 
Orang yang bermain dengan teori ilmu pengurusan akan kata tak bersistem. Dan pengurusan tak kemas.

Itulah uniknya. Hanya kami yang tahu corak dan rentaknya. Kerana tempat kerja kami yang tidak sama dengan orang lain.

Kami masih dan kena tepat hadir mengikut masa-masa yang berbeza-beza  ke tempat kerja. Jarang sangat berlaku kelewatan. Nak tau ?.. Jom kerja di tempat seperti kami.

Dasar utama yang perlu kita tekankan. Soal amanah dan integriti. Kita yang ditaklifkan akan dipertanggungjawabkan dengan amanah tersebut. 
Jika di dunia masih boleh lepas. Kat akhirat ?

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil