Wednesday, August 02, 2017

Warna Warni Mushaf al-Quran

Mushaf al-Quran zaman sekarang semakin menarik. Terdapat inovasi dari segi kekemasan, kecantikan dan juga untuk memudahkan pembaca membaca al-Quran dengan betul.

Jika dahulu, mushaf al-Quran se warna sahaja kertasnya. Kini terdapat mushaf yang kalimah dan hurufnya diwarna-warnakan dengan tujuan dan maksudnya yang tertentu.
Sekarang di pasaran, terdapat mushaf tajwid. Huruf-huruf diwarnakan dengan warna-warna yang berbeza mengikut hukum tajwid.

Ada juga mushaf Wakaf dan Ibtida’. Kalimah-kalimah dalam mushaf tersebut diwarnakan dengan warna-warna tertentu untuk tempat wakaf dan ibtida’.

Sangat baik untuk kita menggunakan mushhaf-mushaf tersebut sebagai panduan.
Cuma harganya lebih tinggi dari mushaf yang biasa pelajar sekolah gunakan. Saya panggil mushaf kertas kuning. Femes mushaf tu. Semasa sekolah, Saya menggunakan mushaf kertas kuning tu la sehingga khatam.

Sekarang kebanyakan yang mengaji dengan saya sudah menggunakan mushaf tajwid ataupun mushaf Wakaf dan Ibtida’. Tak suruh pun beli.. huhu, tetapi kebanyakannya sudah ada kesedaran yang lebih baik berbanding zaman sebelum ini.
Cuma kekadang ada masalahnya.

Seperti, pembaca yang biasa dengan mushaf wakaf & Ibtida’ , jadikan cerita mushafnya tertinggal. Jadi gunalah mushaf wakaf kat masjid. Andaikan mushaf wakaf di masjid tu mushaf kertas kuning ter..haha. Jem krem dan celaru habis dia baca. Sebab sebelum ini dah selesa atau manja dengan panduan dan pedoman yang diberikan dalam mushaf berwarna.

Kenapa boleh jadi begitu ?
Pokok utamanya kita kena tahu dan belajar konsep atau kaedah bacaan yang asal. Penguasaan ilmu tajwid sangat penting.  Bila telah menguasai ilmu tajwid, tukar lah mana-mana mushaf pun, insya-Allah tak de masalah.

Jom belajar Mengaji..

#PermaiMenulis

#PermaiMengaji
#CatatanImamKecil

No comments: