Monday, November 13, 2017

Menempah pakaian di Raub


Hari ini saya ke bandar Raub dengan hanya satu tujuan iaitu untuk menempah baju. Kenapa perlu ke Raub ? Best sangat ke tailor di sana ?
Raub pun mujur berbanding sebelum ini terpaksa menempah jauh di Kuantan dan Pekan.
Ceritanya begini..
Setiap tahun kami Pegawai Masjid JAIP akan mendapat peruntukan membuat pakaian rasmi.
Jangan tak tau.. Kami pun ada pakaian rasmi.
Pakaian rasmi kami adalah seperti berikut :
1.     Jubah hitam (jubah kot)
2.     Kopiah Merah berlilit putih (Style Azhari)
3.     Stokin Hitam
Kenangan semasa perasmian Masjid Kampung Gua 

 Selain warna hitam,  Jubah rasmi masjid kami juga berwarna krim.

Imam Masjid Daerah dalam Negeri Pahang.

Isunya. Tak semua kedai menjahit pakaian yang boleh dan menerima untuk menjahit pakaian kami ini. Itu yang tahun-tahun sebelum ini sampai ke Kuantan dan Pekan kami pergi menempah.

Tahun ini, Daerah Lipis join sekali daerah Raub menempah di sebuah kedai Tailor di Raub. Di Daerah Lipis, tak berjumpa pula Tailor yang boleh terima waran peruntukan ini.
Jika puas hati, tahun depan boleh buat lagi di situ. Jika tak, kami meneruskan misi pencarian kedai yang lain.

Hasrat kami kalau dapat kedai yang berdekatan lebih berbaloi. Mungkin kalian ada yang boleh menjahit dan menerima tempahan pakaian rasmi kami ?


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil

Sunday, November 12, 2017

Sup yang sedap


Sup utara

Bila saya tak selera makan, biasanya saya memilih untuk berlaukkan sup.
Sama ada sup campur, sup perut atau sup tulang.
Kebanyakan kedai makan masakan panas didominasi oleh tukang masak dari Thai.
Ada beza jika sup dibuat oleh chef dari Thai. Rasanya agak masam dan pedas. 
Pernah sahabat kami menegur pada waiter pasal sup yang masam tersebut.
Sup yang agak popular juga berjenamakan Sup Utara.
Saya lebih berminat dengan sup utara kerana rasanya tidak masam dan tidak pedas. Jika nak pedas kita bole 'ejas' sendiri dengan sambal yang turut disertakan. 
Selain itu sup yang tersedap bagi saya, sup 'kawarik' (kaki kambing). Susah nak dapat di sini. Tempoh masaknya yang lama. Hasilnya rasa sup memang kaw. Fuh.



Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER


#sup

Saturday, November 11, 2017

Hobi membaca komik


Membaca komik merupakan kegemaran saya. Mungkin kerana saya membesar dalam zaman kegemilangan komik Hongkong dan Jepun.
Bolehlah jika nak kategorikan saya antara pembaca tegar komik semenjak sekolah rendah.
Saya membaca Komik-komik nipis yang dipasarkan secara mingguan seperti Alam Perwira, Dewata Raya, Pedang Setiawan, Senjata Misteri, Juara Kembar, Pendekar Laut, Raja Rimba. Dll.
Komik keluaran Comic House yang keluar secara bulanan seperti Mutiara Naga, Misteri Naga, Slam Dunk, Penyiasat Remaja, dll.
Belum dicampur dengan 'majalah' Ujang dan Apo lagi.
Namun seingat saya, antara komik terawal yang saya baca dan beli ketika di sekolah rendah lagi ialah Kungfu Boy dan Jenaka Q.
Membaca komik tidak sama dengan baca novel. Komik tidak sesuai menggunakan ayat karangan berjela-jela. Itu dah jadi novel.
Walaupun penggunaan ayat dalam komik lebih ringkas, kadangkala ianya lebih mudah difahami dan sampai kepada pembaca. 
Lebih menarik, ada komik yang tak banyak menggunakan dialog. Cukup dengan lukisan kartun sahaja mampu memberi humor kepada pembaca. Antaranya ialah komik Jenaka Q. Sebuah komik lagenda yang diterbitkan sejak saya belum lahir lagi.
Siapa ada koleksi dan peminat Master Q ?




Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER
#PermaiMenulis

Malaysia negara maju

Apakah nilaian Kemajuan sesebuah negara ? Masing-masing ada pandangan dan kpi tersendiri. Ada yang kata kita telah maju. Ada yang berpandangan kita masih menuju ke arah negara maju.
Setiap orang ada pandangan. Bagi saya selagi jalan raya bertampal dan bertepek. Pagi tepek tar, petang dah berlubang semula. Selama itu kita masih tak maju. 
Saya tak paksa kalian untuk bersetuju dengan saya. 

Friday, November 10, 2017

Kerjaya Penjahat

Siapa kata nak jadi penjahat senang?
Kena mesyuarat, brainstorm beria. Supaya projek dan misi gelap depa berjaya.
Kena beria juga bincang sebab tak belajar kat sekolah. Nak google pun puas juga nak cari tip-tip untuk menjadi penjahat.
Walaupun kita nampak susah. Mungkin bagi depa senang. Lebih senang jadi penjahat dari jadi cikgu atau pun chef. Dan hasilnya lumayan berbanding bisnes MLM.
Namun..Pepatah menyatakan sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Yang nasib baik, dunia terlepas hukuman. Tetapi akhirat jangan buat main-main. Tiada yang akan terlepas dari perhitungan Tuhan.

Karpet Masjid bersih ?

Lantai ruang solat Masjid biasanya berhamparkan karpet (permaidani). Dah jadi macam wajib pulak.
Memang cantik. Tetapi antara isu yang berkaitan ialah masalah untuk membersihkan karpet.
Kebanyakan hanya menggunakan vacum. Kadangkala penyapu lidi turut digunakan. 
Tetapi tidak dibasuh.
Bayangkan, ratusan kaki yang memijak. Sudah tentu meninggalkan kotoran. 
Ibarat baju kita tidak dibasuh, hanya disapu (gosok-gosok) atau 'vakum' pada baju tersebut. 
Memang ada syarikat perkhidmatan mencuci karpet masjid. Depa basuh siap syampu. Tetapi harganya pun boleh tahan. Masjid kami dalam Rm 2 ribu untuk sekali cuci. 
Dengan kos sebegitu, saya rasa tiada masjid yang sanggup menggunakan servis syarikat pencuci karpet secara rutin mingguan mahu pun bulanan. Jika setahun sekali pun mujur.

Antara cadangan penyelesaian :
1. Beli sendiri mesin pencuci.
2. Memperuntukkan sejumlah besar semata-2 untuk projek basuh/bersih karpet. Mungkin basuh dengan lebih kerap dengan syarikat pencuci.
3. Ahli jemaah berinsiatif membawa sejadah sendiri. Hampar atas karpet yang bertahun-tahun tidak dibasuh.
4. Ganti karpet dengan lantai jubin marmar.

Mungkin kalian ada cadangan yang lebih baik ? Lontarkan.

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Tuesday, November 07, 2017

Makan di Kantin HOSHAS sangat sedap ?

Petang tadi, saya singgah ke kantin hoshas, hajatnya untuk makan malam. Tambahan pula hari hujan, senang makan siap-siap sebelum meneruskan perjalanan.
Tengok pada lauk pauk, hanya tinggal saki baki dua tiga jenis lauk tengahari tadi. Walaupun saki baki lauk sahaja (saya tak teringat nak tangkap gambar) namun masih ramai yang melihat-lihat menu yang dipamerkan. Ada yang meneruskan hasrat mereka dengan membeli lauk-lauk tersebut. Saya memutuskan untuk tidak jadi makan di situ.
Setiap hari kantin tersebut menjadi tumpuan. Bukan sahaja pelawat dan pesakit, termasuk juga staf hoshas. Saya rasa jualan harian mau cecah ribuan ringgit.
Namun servis yang kurang memuaskan termasuk hidangan lauk untuk makan tengahari sahaja memang mengecewakan.
Saya percaya rata-rata yang makan di situ bukanlah disebabkan tempat ‘feveret’ mereka, tetapi kerana tiada pilihan lain atau kata lainnya terpaksa makan di situ.
Staf hoshas yang sibuk dan ada kekangan waktu untuk makan di luar, waris pesakit yang tidak boleh lama meninggalkan pesakit menyebabkan mereka dengan redha makan di kantin.

Saya rasa para staf hoshas yang hampir setiap hari membeli makanan di situ, boleh mengemukakan cadangan mahupun pandangan terhadap perkhidmatan tender sekarang. Sama ada memuaskan atau tidak kepada pihak pengurusan. Harapnya pihak pengurusan mengambil berat perkara ini. Tetapi tak tau lah kalau mereka berpuas hati, saya je yang tak berpuas hati (belum cecah 20 kali makan di kantin hoshas). Maafkan saya ye.

Sudah pasti apabila tender dibuka, ramai kontraktor makanan yang mengambil bahagian. Maka yang dapat sepatutnya yang terbaik. Bukan kerana disebabkan isu yang lain seperti kroni dan lainnya. Jika tidak memuaskan alamatnya, tamat tempoh kontrak, tak merasa lah awak lepas ni. Tetapi kalau dapat juga, ada something wrong yang perlu diambil berat oleh semua pihak.

Cadangan saya, supaya makanan bukan hanya menu tengahari sahaja. Tetapi dipanjangkan sampai ke malam. Sebagaimana Hospital yang berpenghuni siang dan malam, Dr dan Misi yang bertugas sepanjang masa.
Jika semua syarikat yang masuk tender tidak mampu. Cadangan seposen saya, ambil sahaja tender kedai mamak yang buka 24 jam tu.
Berniaga di kantin bukan semata-mata untuk tokey dapat untung, pentadbiran dapat kemasukan. Atau pun sama seperti berniaga  di premis kedai makan yang lain.
Akan tetapi lebih utama dan kelainannya  ialah  dapat membantu mereka (client) yang memerlukan dan dalam kesusahan. Besar ganjarannya bagi mereka yang ingat akan akhirat.
Saya contohkan Pasaraya Giant. Pihak pengurusan  nak jaga, tarik dan pegang pelanggan. Jadi mereka mensyaratkan supaya peniaga-peniaga kiosk, kedai makan di dalam Giant untuk membuka dan menjalankan perniagaan pada setiap hari sehingga waktu malam.
Jika ada peniaga tersebut yang tidak berminat dengan syarat tersebut, tak perlu lah awal-awal dahulu depa beria nak minta berniaga di dalam pasaraya Giant. 

Hari ini di ruang legar Hoshas ada dibuka beberapa gerai jualan. Ada yang menjual pakaian, wallet, jam tangan dan lain-lain. Bagi saya itu hanyalah aksesori (tahsiniyat). Bukannya keutamaan (aula) berbanding isu tempat nak makan yang lebih diperlukan.


Saya berdoa semoga kantin dan tempat menjamu selera di Hoshas semakin memuaskan hati semua pelanggan.

Akhirnya malam ini saya makan malam di Kuantan. huhu.


#PermaiMenulis

Monday, November 06, 2017

Layanan Pejabat Pos semakin merosot ?


Pergi ke pejabat pos. Kaunter semakin jumud. Mungkin staf semakin sedikit. Ada seorang pakcik (orang asal) menunggu nombor gilirannya. Sampai gilirannya, pergi ke kaunter, orang kaunter kabo salah ambil nombor. Minta ambil semula nombor. Ambil semula nombor dan tunggu semula nombor baru dipanggil. Dah la dah tunggu lama nombor yang salah tersebut.
Saya yang melihat suasana tersebut pun berasa tak puas hati dan kasihan kepada pakcik tersebut.
Kena ada staf yang duduk di hadapan sebagai bahagian penerangan yang tolong uruskan pengambilan nombor dan pertanyaan kerana bukan semua orang mahir mende alah tersebut.

Maafkan saya jika geng pejabat pos terasa.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Saturday, November 04, 2017

Atas dan bawah


Dari atas turun ke bawah.
Adalah berbeza dengan dari bawah naik ke atas.
Ada yang suka turun ke bawah.
Dan ada yang suka naik ke atas.
Namun ada yang sebaliknya. 
Jom naik ke atas.
Jom turun ke bawah.



Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Friday, November 03, 2017

Bantal untuk selesa


Bila nak berbaring dan tidur.
Rata-rata di kalangan kita perlukan bantal untuk selesa.
Kita mahukan tidur yang berkualiti. Untuk mendapatkan kesegaran mental dan fizikal.
Insya-Allah ibadah tip top, amal-amal yang lain juga mantap.



Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiPicture 
#PermaiMenulis



Thursday, November 02, 2017

Banyak dapat panggilan spam ?

Kalian sering mendapat panggilan dari nombor-nombor yang tidak dikenali ?
Hampir setiap hari saya mendapat call dari pelbagai jenis nombor.
Ada masa saya try angkat.
Selalunya depa menawarkan insuran, takaful dan pinjaman.
Cara paling mudah, tak payah layan panggilan-panggilan dari nombor tidak dikenali. 
Tetapi tak kena juga. Mana tahu ada panggilan-panggilan penting dan berkaitan urusan kerja.
Susah hidup dibuatnya. Dalam 'Dilema' nak angkat ke tidak. 

Maka saya mencadangkan untuk kalian install apps trucaller.  Percuma sahaja dalam Google Play ada, App store pun ada. Tak rugi space henpon untuk install mende alah ni.






 Panggilan pagi ni, bila install apps Trucaller, terus keluar title Top Spammer. Memang tak angkat lah.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#trucaller
#spam

Mahu Jalan Lurus

Kita mahu jalan yang lurus.
Namun jalan bengkang bengkok tetap ada.
Kita mahukan kesenangan.
Namun kepayahan sering menjengah.
Begitulah kehidupan.

Tabiat Kambing

Memang dah namanya kambing. Tak suka mandi.haha.
Bila hujan pandai cari tempat berteduh.
Menariknya si kecil pun baik je ikut sama.
Kalau ikut tabiat bebudak. Masa ni la sedap nak main dan mandi hujan. Dasar kambing.

Wednesday, November 01, 2017

Mencari Jalan Pulang



Mencari jalan pulang.
Moga ada sinar di hujung.

Keluar dari gelap pekat.
Menuju cahaya berkat.

Isi Waktu malam.

Malam waktu beristirehat.
Namun ada yang bergiat aktif.
Hebat mengalahkan sang burung pungguk.
Masyhur dengan kerja underground.
Katanya Syurga malam.
Atau Kupu-kupu malam.

Tetapi di sisi yang lain.
Ada yang mengisi malam.
Akrab dengan Tuhan.
Qiamullail beribadah.
Gigih melawan nafsu.
Tanpa manusia sedar.

Kita di mana ?

#Capen