Wednesday, April 25, 2018

Sejarah dan lupa

Dunia bergerak dengan laju. Lebih terasa di zaman mutakhir. Antara petanda kecil hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 'Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, setahun dirasa seperti sebulan. Dan sebulan dirasa seperti seminggu. Dan seminggu dirasa seperti sehari. Dan sehari dirasa seperti sejam. Dan sejam dirasa seperti satu petikan api' (Riwayat Tirmizi)

Hari semalam yang telah meninggalkan kita telah menjadi sejarah.
Namun dalam menghadapi hari mendatang yang geraknya begitu cepat jangan kita melupakan hari dan masa silam yang telah menjadi sejarah.

Sangat penting untuk kita belajar dan menguasai sejarah. Al-Quran yang diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad SAW banyak menceritakan kisah-kisah umat terdahulu.
Kenapa ?

Supaya kita dapat belajar dan mengambil iktibar dari mereka yang terdahulu. Kita tidak menurut jejak  kesalahan dan khilaf mereka.

Namun hakikatnya manusia memang mudah lupa. Adakah disebabkan sifat pelupa tersebut menjadikan manusia tidak nampak mana yang baik, mana yang  salah. Mana yang mengikut petunjuk AL-Quran dan mana yang berasaskan hawa nafsu semata-mata.

Para ulama silam mempunyai daya ingatan yang menakjubkan. Mampu menghafaz al-Quran dan ribuan hadis. Maka, Saya tidak mahu menjadi manusia yang pelupa. Semoga saya bersama dengan mereka yang kuat ingatan seperti ingatan para salafussaleh yang menakjubkan.



#PermaiMenulis #SalamKu #CatatanImamKecil #Capen #lupa #ingat

Jalinan Ukhuwah bersama saudara muslim


Perbincangan untuk mengadakan program Jalinan Ukhuwah bersama saudara muslim (saudara baru) anjuran Perkim Lipis yang akan diadakan pada 27 April 2018 (Jumaat), jam 3 petang di perkarangan Masjid Sultan Mahmud.
Kami sangat mengalukan para dermawan yang berminat untuk menyumbang sekampit beras 5kg untuk menjayakan program ini.
Kami perlu 45 kampit beras untuk 45 buah keluarga saudara muslim di daerah Lipis. 

Sekian terima kasih.


#Perkim #CatatanImamKecil #Ukhuwah


Monday, April 23, 2018

Orang pelik di masjid

Hari ini saya berkuliah maghrib di sebuah surau. Kelihatan seorang ahli jemaah 'pelik'. Duduk di saf hujung paling depan, tidak memandang langsung ke meja kuliah. Nak kata berzikir dia sibuk main hp.
Peliknya, ketika solat isyak. Kelibatnya tiada.
Begitulah antara ragam-ragam pelik 'jemaah' masjid dan surau.
Sepanjang saya menjadi pegawai Masjid Sultan Mahmud, macam-macam ragam dah jumpa...

Sunday, April 22, 2018

Ada masa seorang jua

Memang kamu kuat dan berani. Boleh sentiasa berseorangan. Akan tetapi ada masa-masa yang tertentu, kamu perlukan peneman.
Kadangkala betapa susahnya mencari peneman di kalangan kenalan. Ketika itu terbayang di fikiran kamu kalam : Bukan senang mencari Kawan yang sanggup bersenang dan bersusah bersama.

#PermaiMenulis #ukhuwah #teman #CatatanImamKecil #capen

Tuan rumah melarikan diri

Awak datang dari jauh. Tapi 'tuan rumah' tak datang menyambut.
Macam kedatangan awak tidak dialukan. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Saya pernah ada pengalaman tersebut.
Namun saya ada juga pengalaman sebaliknya. Sahabat yang beria datang menyambut sampai sanggup mengambil cuti.

Saturday, April 21, 2018

Mengaji tak Ikhlas ?

Sudah beberapa tahun lamanya saya memimpin bacaan al-Quran setiap pagi jumaat di JKR Lipis. Jurutera daerah sudah bersilih ganti. Ada beberapa Jurutera yang istiqamah bersama program tersebut. Dan ada yang tidak pernah turut serta. 
Bagi Staf pula, kehadiran naik dan turun. saya perasan muka-muka yang sentiasa ada. Ada yang jarang sekali.
Tetapi Kehadiran kelas bertambah minggu ni. Rupanya ada bos baru turut sama.
Patutlah.


Friday, April 20, 2018

Driver Kereta api yang mengaji

Berhadapan dengan Masjid Sultan Mahmud, letaknya stesen kereta api Kuala Lipis. Biasanya sementara menunggu trip yang seterusnya beberapa orang driver kereta api akan berjemaah di masjid. 
Terdapat juga mereka yang join group talaqi Al-Quran selepas solat subuh. 
Begitulah mereka yang bijak mengambil ruang dan peluang. Berjemaah sambil mengaji. 
Bagaimana pula dengan kita yang banyak masa melepak di rumah. Kena berasa malu dengan driver jarak jauh ni.


Tuesday, April 17, 2018

Kunjungan Integrated Islamic School Shah Alam (IISA)

Kami sangat mengalukan kehadiran para guru dan pelajar Integrated Islamic School Shah Alam (IISA) singgah solat dan makan tengah hari di Masjid Daerah Lipis.
Rombongan sebanyak 3 buah bas akan menuju ke Negeri Kelantan. Semoga program mereka dipermudahkan. 






 Para Guru IISA dihidangkan menu Gulai Ikan patin tempoyak 





Program Jejak Ulama


#PermaiMenulis #IISA #makan #masjid #lipis #CatatanImamKecil

Monday, April 09, 2018

Syarah Matan Imam As-Syatibi (10)

Syarah Matan Imam As-Syatibi (10)
Sesungguhnya al-Quran itu merupakan kitab yang dipercayai,
Dan boleh memberi syafaat,
Dan al-Quran adalah kitab yang terkaya, 
Tidak akan menjadi fakir bersama al-Quran,
Dan al-Quran akan memperkenankan apa yang dihajati dan dipinta. 


Kerjaya meminta sedekah

Singgah berhenti solat di sebuah masjid.  Ada seorang  pemuda beria menyapa saya. Ketika itu dia berada jauh dari saya, tetapi gaya sapanya seolah-olah  saya merupakan kenalan rapat yang sudah lama tidak berjumpa.

Rupanya ada hajat. Nak meminta sedikit duit. Cuma yang tak boleh tahan skrip ceritanya. Bukan hendak buruk sangka. Tetapi pengalaman kerjaya saya sangat berkait rapat dengan kes seperti ini.

Katanya : “ bukan nak minta tolong hantar, tetapi nak duit tambang, sikit je. Baru sekejap tadi ada kawan telefon ajak tolong dia kerja dekat sekian-sekian.”

Kes seperti ini sangat kerap. Dan tempat kejadian biasanya di masjid. Kenapa ?

Mungkin kerana masjid merupakan tempat orang baik-baik berkunjung. Tentu hati pemurah dan suka bersedekah tanpa banyak soal.

Kenapa mereka tidak segan meminta-minta ?
Kadangkala usia masih muda, sihat tubuh badan. Mampu bekerja mencari rezeki.

Rasa  saya,
Kita masih jauh dengan Islam. Bukan hanya sekadar didikan fardhu ain seperti belajar solat dan mengaji. Tetapi lebih menyeluruh lagi.
Sistem pendidikan kita mesti berteraskan Islam. Bermula seawal usia persekolahan sehinggalah ke peringkat Universiti.
Bukan hanya terbatas kepada sekolah agama sahaja. Adakah pelajar sekolah agama sahaja yang layak masuk syurga ?
Sebab mereka belajar agama dan dapat melaksanakan suruhan agama ?
Yang sebenarnya, kita semua mesti faham agama.
Apabila semua manusia faham agama, masyarakat akan dapat hidup dalam persekitaran yang sangat harmoni.
Kes-kes jenayah, golongan gelandangan, peminta sedekah dan pelbagai isu lagi dapat diselesaikan dengan Islam.
Zaman silam ketika era kegemilangan Islam  yang ditadbir oleh Amirul Mukminin khalifah telah membuktikannya.
Kita pernah baca ketika zaman Khalifah Umar Abdul Aziz menguruskan negara, menjadikan rakyatnya kaya dan tiada yang layak menerima zakat.
Percayalah.

#PermaiMenulis #IslamWayOfLife #IslamCaraHidup #CatatanImamKecil #rasa


Wednesday, April 04, 2018

Buku zaman sekarang

Zaman kini, kitab-kitab ada dalam versi paparan elektronik seperti pdf. Hanya perlu bawa laptop, external hard disc, kad memori atau pen drive. 
Satu 'alat' dan ringan tapi merangkumi dalamnya ribuan kitab.
Namun, kitab-kitab asal versi buku dan kertas jangan dilupakan. Ada aura dan keasliannya.

ps : Bualan hari ini :
S : Sekarang mudah, tak perlu nak bawa kitab banyak-banyak . Hanya bawa external hard disc sahaja.
C : ouh.. ya
C : Berat la.. kan.
S : Krik


#PermaiMenulis #kitab #santai #capen

Tulisan Jawi baru dan lama

Walaupun tulisan jawi melalui pelbagai reformasi dan pembaharuan. Ada sahaja kaedah dan ejaan terkini. Namun saya lebih banyak membaca tulisan jawi lama. 
Adakah tulisan jawi lama yang terkandung dalam kitab-kitab jawi (kitab kuning) perlu dimurnikan supaya selaras dengan ejaan jawi terkini ?
Atau ejaan terkini perlu kembali kepada ejaan lama yang ditulis di dalam kitab dan sehingga kini dibaca dengan meluas. Saya rasa pembacanya lebih meluas dari buku jawi ejaan baru.

Jika kita membaca buku ejaan rumi. Tak jumpa dah buku ejaan rumi tahun 50-60an dahulu dijual di kedai buku seperti Popular dan Mbs.
Ada pandangan yang menyatakan ejaan jawi lama lebih asli berbanding yang baru.
Apa pun, baik ejaan baru mahupun lama, jangan buta jawi. Tak malu mengaku rakyat Malaysia kalau tulisan warisan sendiri pun jahil. Lepas tu berlagak semangat patriotik. Malu dengan rakyat Jepun dan Rusia je.


Tuesday, April 03, 2018

Kopi Arab di Ar-Rawsha


Singgah minum kopi di Ar-Rawsha.
Kopi style arab.
Secawan RM 5.
Tapi kecil sangat cawannya.
Semakin kecil cawan, itulah pakar peminum kopi. Ye ke?
Haha.

Damailah Ustaz Zabadin


Petang tadi Al-Fadhil Ustaz Zabadin@Zabudin telah kembali ke Rahmatullah. Beliau merupakan tenaga pengkuliah Maghrib di Masjid Daerah Lipis sejak sekian lama. 
Semasa hayatnya beliau sangat konsisten hadir menyampaikan kuliah walaupun jarak dari kampungnya ke bandar Lipis agak jauh.
Diceritakan, dahulunya datang berkuliah hanya menaiki motorsikal honda sebelum menaiki kereta terpakai yang sudah berusia.

Ada masanya beliau tidak dapat hadir berkuliah, pasti beliau akan menelefon saya memaklumkan keuzurannya. Itupun disebabkan hujan yang terlampau lebat dan pokok tumbang menghalang laluannya keluar dari kampung. 
Bukannya alasan lain seperti pergi bercuti, menunaikan umrah, terlupa dan lain-lain.

Semasa mudanya, Beliau pernah berkelana dan bekerja di Mekah. Kadangkala dalam kuliahnya ada diselitkan pengalaman tersebut.
Pernah beberapa kali, saya kebetulan singgah solat maghrib di surau/masjid yang berbetulan merupakan hari beliau berkuliah di situ. Saya disuanya menjadi imam, walaupun saya tidak 'berpakaian imam seperti berjubah, berkain sarung' ketika itu. Hanya bertshirt dan berseluar slack. Pelik orang kampung tengok "ntah sape" yang naik jadi imam.
Dua minggu sudah, isteri beliau call saya memaklumkan yang Ustaz Zabadin demam dan tidak dapat hadir berkuliah. Seminggu kemudian beliau dimasukkan ke hospital. Dan petang tadi, selamat kembali menemui Sang Pencipta. Damailah ustaz Zabadin. 


Monday, April 02, 2018

Makan Tapai

Tapai berbungkus daun getah. Hidangan pagi di Cafe Masjid.

Jangan lupa asal usul.
Sampai tak kenal makanan tradisi.
Paling kurang kenal nama. Walau tak pernah merasa.
Boleh buat misi merasa makanan tradisi.
Asyik nak mencuba makanan jepun dan orang puteh sampai terabai makanan nenek moyang.."huhu".

Makanan Rohani

Manusia (termasuk saya) sanggup travel jauh untuk mencari makanan sedap. 
Sering cuti hujung minggu, geng bikers berkonvoi ratusan Kilometer semata-mata untuk makan di kedai yang menawarkan menu istimewa seperti lemang dan gulai ikan sungai. 
Begitulah kita..
Sangat memberi perhatian untuk makanan jasmani bagi meneruskan kehidupan.
Bagaimana dengan makanan rohani ?
Pencarian untuk makanan rohani sehebat mencari kedai makan ikan sungai juga kah? 

Kerana Makanan jasmani boleh travel ratusan kilo.
Masjid tempat makanan rohani yang beberapa langkah dari rumah liat nak pergi. 
Hmm.