Singgah berhenti solat di sebuah
masjid. Ada seorang pemuda beria menyapa saya. Ketika itu dia
berada jauh dari saya, tetapi gaya sapanya seolah-olah saya merupakan kenalan rapat yang sudah lama
tidak berjumpa.
Rupanya ada hajat. Nak meminta sedikit duit.
Cuma yang tak boleh tahan skrip ceritanya. Bukan hendak buruk sangka. Tetapi
pengalaman kerjaya saya sangat berkait rapat dengan kes seperti ini.
Katanya : “ bukan nak minta tolong hantar,
tetapi nak duit tambang, sikit je. Baru sekejap tadi ada kawan telefon ajak
tolong dia kerja dekat sekian-sekian.”
Kes seperti ini sangat kerap. Dan tempat
kejadian biasanya di masjid. Kenapa ?
Mungkin kerana masjid merupakan tempat
orang baik-baik berkunjung. Tentu hati pemurah dan suka bersedekah tanpa banyak
soal.
Kenapa mereka tidak segan meminta-minta ?
Kadangkala usia masih muda, sihat tubuh
badan. Mampu bekerja mencari rezeki.
Rasa
saya,
Kita masih jauh dengan Islam. Bukan hanya
sekadar didikan fardhu ain seperti belajar solat dan mengaji. Tetapi lebih menyeluruh
lagi.
Sistem pendidikan kita mesti berteraskan
Islam. Bermula seawal usia persekolahan sehinggalah ke peringkat Universiti.
Bukan hanya terbatas kepada sekolah agama
sahaja. Adakah pelajar sekolah agama sahaja yang layak masuk syurga ?
Sebab mereka belajar agama dan dapat
melaksanakan suruhan agama ?
Yang sebenarnya, kita semua mesti faham agama.
Apabila semua manusia faham agama,
masyarakat akan dapat hidup dalam persekitaran yang sangat harmoni.
Kes-kes jenayah, golongan gelandangan,
peminta sedekah dan pelbagai isu lagi dapat diselesaikan dengan Islam.
Zaman silam ketika era kegemilangan
Islam yang ditadbir oleh Amirul Mukminin
khalifah telah membuktikannya.
Kita pernah baca ketika zaman Khalifah Umar
Abdul Aziz menguruskan negara, menjadikan rakyatnya kaya dan tiada yang layak
menerima zakat.
Percayalah.
#PermaiMenulis #IslamWayOfLife
#IslamCaraHidup #CatatanImamKecil #rasa
No comments:
Post a Comment