Sunday, May 13, 2018

Selak masjid yang selalu rosak

Inipun sejenis 'vandalisme'. Saya perhatikan kebanyakan selak pintu tandas masjid dan surau selalu rosak. 
Masjid Sultan Mahmud dalam setahun beberapa kali tukar selak baru. 
Nak kata pengguna tak mahir menggunakan selak macam tak logik. Tak kan la pintu tandas di rumah masing-masing tiada selak?


Singgah di sebuah masjid. Puas hati ajk masjid pasang selak besi yang bersaiz besar. 
Kalau tercabut juga. Manusia baka gorilla agaknya yang buat.
Selain pasang selak besi yang besar dan kuat. Siapa ada cadangan lain ?


Saturday, May 12, 2018

Raya sebelum Ramadan

Pertandingan Musabaqah tilawah al-Quran dan hafazan al-Quran peringkat antarabangsa tahun 2018 telah selesai. Pemenangnya juga telah diketahui. 
Dari dulu lagi, program ini diadakan sebelum Ramadan menjelang. 
Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun kali ini sambutan dan perhatian yang diberikan terhadap program ini agak suram disebabkan aura pilihan raya umum.
Masalahnya sekarang PRU dah selesai, tapi aura rayanya masih hangat. Jangan 'raya' sebelum Ramadan ni memadamkan aura Ramadan 'udah le'

Friday, May 11, 2018

Beria nak hilangkan dakwat di jari

Semalam, pejabat tutup sebab dapat cuti kelepasan am selama dua hari. Makanya ada yang dapat himpun cuti sampai seminggu, rezeki dek PRU.
Kerana pejabat dan pegawai kerajaan yang lain bercuti. Ada yang berjumpa saya meminta cop pengesahan. Minta cop pengesahan tiada masalah. Yang datang meminta duit, memang masalah. YB kena bagi sedikit 'paty cash' kepada "kome" untuk disalurkan pada rakyat yang memerlukan. 
Seorang yang meminta cop pengesahan, melihat tangan saya masih bercalit dakwat hitam. Katanya tangan dia dah 'clear', basuh guna Clorox sambil menunjukkan tangannya. 
Saya kata kepadanya, "biar hilang sendiri, nak tengok berapa hari baru hilang". 
Jika semua manusia patuh pada agama, ada integriti dan moral. Tak perlu pun nak calit tangan dengan dakwat. 
Tambahan zaman serba moden, boleh fikirkan kaedah lain seperti thumb print atau imbas mata ke. Barulah menuju negara maju.
Amacam ?

Thursday, May 10, 2018

Wajah manusia Sebelum PRU dan Selepas PRU

Sebelum ni suka makan nasi.
Tak suka makan mee.
Nampak mee je rasa loya.
Tapi sekarang ni citarasa terus berubah serta merta.
Cari mee pula, tak nak nasi. Orang sua nasi pun buat-buat cari mee juga.

Begitulah yang saya perhatikan pada media-media perdana seperti Tv3. Sebelum PRU puji pemerintah, tolong kempen, siap burukkan pihak lawan.
Setelah keputusan PRU yang mengejutkan. 
Geng media terus 'swing', puji pemerintah baru pula.
Kebanyakan ig dan fb orang-orang popular seperti selebriti dan ahli perniagaan masing-masing up gambar bersama Tun Dr Mahathir. Siap sertakan macam-macam pujian lagi. 
Walhal sehari sebelum tu beria bergambar dengan baju dan bendera parti warna lain.

Inilah kehidupan. Ada putaran rodanya. 
Begitu juga dengan ragam manusia.
Perwatakan dan sikap boleh serta merta berubah. Sama ada ikhlas atau 'wajah plastik' 
Wallahua'lam.

Namun, walau apa yang berlaku.
Sama ada suka mee atau nasi, 
Makan tetap kena makan.
Begitu juga, walau siapa yang memerintah.
Pemerintah wajib mendaulatkan Islam.
Pasakkan dalam keyakinan bahawa Islam adalah segalanya. 
Hidup kita adalah kerana Islam. Bukan selainnya.
Inilah pegangan generasi awal Islam.

Menunggu Keputusan Pilihanraya 14

Pilihan raya secara tak langsung merupakan medan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Sahabat sekolah rendah, teman permainan masa kecil. Ada juga yang turun semula ke sekolah lama tempat belajar dahulu. 
Sambil beratur menunggu giliran mendengar bunyi loceng terimbau saat menunggu bunyi loceng masa rehat dan waktu balik.

Sekarang, saat ini saya dan kamu semua tengah menunggu keputusan PRU 14. Banyak kejutan kali ini. 

Tuesday, May 08, 2018

Pesan Mufti Pahang dalam mengundi PRU

Esok hari mengundi. Saya petik teks khutbah jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang menyebut "supaya semua warga negara yang cukup umur WAJIB keluar mengundi. Dan HARAM jika tidak menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.
Begitu juga pemimpin yang dipilih mestilah seorang yang taat kepada Allah dan RasulNya. Beriman, menjaga solat, sentiasa takut kepada Allah dalam segala tindak tanduk, sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, tidak mengkhianati amanah, tidak menipu, tidak mementingkan diri, menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar dan banyak lagi."



Ini kerana masih kedapatan mereka yang tidak menghiraukan pilihan raya.
Ada yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Ada yang telah berdaftar tetapi tidak mahu mengundi dengan alasan jauh, hari bekerja dan macam-macam alasan lagi.

Ada pula yang kononnya ingin berwatak suci dengan berpendapat politik itu kotor. 
Sedangkan Islam bukan hanya berkisar soal solat, puasa, tahlil sahaja. 
Tetapi Islam yang syumul adalah way of life. Termasuk amalan yang kecil seperti adab dan doa tidur, adab dan doa masuk tandas. Sehinggalah perkara yang besar seperti pemerintahan, undang-undang, bentuk negara, sistem kewangan.

Sebenarnya, menjadi warganegara yang baik dengan keluar mengundi, kerana telah melaksanakan tanggungjawab. Lari dari tanggungjawab bukanlah sikap yang terpuji.
Nak pula parti-parti, dan calon-calon yang bertanding telah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPR. 
Maka mengundi calon pilihan masing-masing tidak menjadi kesalahan dalam sistem demokrasi. Dan tiada siapa yang boleh mengugut.

Semoga kita semua mendapat hidayah. Jadilah orang yang bertakwa. Dan pilihlah calon yang bertakwa.
Selamat mengundi.

Monday, May 07, 2018

Carilah Ilmu

Ilmu perlu sentiasa dicari. Zaman sekarang cukup mudah untuk mendapatkannya. Dengan ilmu, kehidupan manusia akan lebih terarah. 
Namun ilmu tersebut perlu dipandu dengan panduan wahyu. Tidak boleh terlalu bebas hanya didasari dengan pemikiran manusia semata-mata. 
Sebab itu muncul pelbagai aliran pemikiran yang menyesatkan seperti sekular dan liberal. Kesan dari bebas dari panduan Al-Quran dan hadis. 

Sunday, May 06, 2018

Bilik gerakan boleh pergi, tapi surau ?

Musim PRU, ada yang sanggup berhujan berpanas berkubu di bilik gerakan Parti memasing. Tak campur berjaga malam lagi.
Tetapi..
Kalau masjid dan surau tak pergi..
Hmm..
Rumah Allah jangan dibiar sepi. Kelak merana di alam sana.

Saturday, May 05, 2018

hati-hati Pasang bendera

Sekarang musim hujan.
Banyak bendera parti yang terjatuh.
Nak pula banyak bendera yang dinaikkan rapat dengan jalan raya.
Boleh jadi bahaya jika time jatuh ada motor kereta yang lalu.
Maka, hati-hati buat pemasang dan pengguna jalan raya.
Jangan kerana semangat sangat orang lain menerima akibatnya.

Friday, May 04, 2018

Jejak Kaki ke Pesta Buku Antarabangsa tahun 2018


 Suatu masa nanti, mungkin saya akan beli koleksi buku ini.

Saya mengenali PBAKL semenjak sekolah rendah. Mengikuti ayah memborong buku di sana.
Sejak dewasa, saban tahun saya tidak melepaskan peluang ke PBAKL.

Tahun ini, saya pergi pada  hari kedua PBAKL beroperasi.
Kebiasaan apabila di PBAKL, saya akan mencari pustaka buku yang agak jarang dijumpai di kedai-kedai buku biasa. Seperti terbitan ITBM (Institut Terjemahan Bahasa), DBP (Dewan Bahasa Pustaka), SIRD.

Saya juga tidak melepaskan peluang mencari buku lelong, seperti RM 10 dapat 5 buah buku. Biasanya mesti ada buku lelong di PBAKL.
Saya dapat paling banyak potongan harga buku sebanyak 80 % di ITBM. Kemudian di DBP sebanyak 70 %. Kebanyakan pustaka lain antara 10-20 %. Tetapi di Booth Komik Misi tak dapat diskaun. "Hukhuk"


Singgah di sebuah gerai di PBAKL, ada kaunter bersama penulis buku Biniku Ninja. Sementara ahli rombongan  mengambil autograf dan bergambar dengan 'ninja' tersebut.
Saya bersua dengan  Faris, tokey Syarikat tersebut. Kebetulan saya kenal beliau.
Pelawanya  : “Ustaz tak nak tulis buku”?
Jawabku : “Bak sini bisnes Kad” haha.

Tahun lepas saya tak menulis pasal  pesta buku. Akibat suka menangguh. 
PBAKL tahun 2017, saya telah membeli sebanyak 42 buah buku. Tahun 2018 hanya 27 buah buku berjaya dibawa balik.
27 buah buku untuk PBAKL 2018

Antara buku yang berjaya menarik perhatian saya untuk dibawa pulang :

 Komik Badai karya Abeben. BADAI adalah singkatan nama Badan Dakwah Sekolah Alif (watak utama komik) 
Kami pernah memanggil AbeBen memberikan kursus asas menulis komik.


Komik Imanimex dan Badai keluaran DKV (Daie Kreatif). Kami juga pernah berkunjung ke rumah salah seorang kartunis DKV iaitu Nazr. 





3 buah Novel terbitan ITBM. 
Menariknya penulis Hasanuddin Md Isa merupakan Pengetua SMA Batu Talam, Raub.


Saya tertarik dengan tokoh ini, merupakan pengasas Kelas Tahfiz di Malaysia.

 Buku Biografi Dato' Hj Mohd Nor Ibrahim dan Hikayat Pahang dari DBP

 Karya Legend tidak dilupakan

Susah nak dapat buku Qiraat. Kali ni jumpa di Rak Unisza di Booth MAPIM. 

Buku yang menceritakan IRC, JIM dan IKRAM. 

Beli buku ini untuk lengkapkan  3 buah buku baru dapat 50 %



 Ambil "je" sebab bagi percuma. Di Booth Arab Saudi. Siap dapat kuih berintikan kurma.

Beli di gerai SPM (Syarikat Permainan Malaysia) yang merupakan pengeluar original  permainan Saidina, Sahibba dan macam-macam lagi. Tertarik sebab tulisan jawi.




Tulisan yang lepas  berkaitan PBAKL :





 #PBAKL #PWTC #Buku #Baca #Pestabuku #hobi #reading #book #2018 #PermaiMenulis #CatatanImamKecil 






Wednesday, May 02, 2018

Saya tulis buku

Alhamdulillah, Saya berkesempatan menulis buku bersama dengan rakan.
Buku yang diberi Judul JEJAK KAKI KAMI menceritakan pengalaman sebenar, tip dan secara tidak langsung memperkenalkan sekolah aliran agama khususnya di negeri Pahang.
Buku PERMAI MENULIS pula merupakan himpunan kata-kata hikmah dan catatan pendek yang dibukukan.

Walaupun kini, kebanyakan orang tidak menjadikan membeli buku sebagai keutamaan berbanding membeli barang lain seperti  kosmetik dan pakaian.
Namun, masih terdapat mereka yang sangat berminat  dan akrab dengan buku. Itulah mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.
Sebagaimana kata hikmah : membaca tiang ilmu.
Jom membaca buku.
Mari beli buku dengan saya.

Buku : JEJAK KAKI KAMI –RM 20
           PERMAI MENULIS – RM 20

BELI 2 Naskah, extra Majalah SUPER