Friday, May 04, 2018

Jejak Kaki ke Pesta Buku Antarabangsa tahun 2018


 Suatu masa nanti, mungkin saya akan beli koleksi buku ini.

Saya mengenali PBAKL semenjak sekolah rendah. Mengikuti ayah memborong buku di sana.
Sejak dewasa, saban tahun saya tidak melepaskan peluang ke PBAKL.

Tahun ini, saya pergi pada  hari kedua PBAKL beroperasi.
Kebiasaan apabila di PBAKL, saya akan mencari pustaka buku yang agak jarang dijumpai di kedai-kedai buku biasa. Seperti terbitan ITBM (Institut Terjemahan Bahasa), DBP (Dewan Bahasa Pustaka), SIRD.

Saya juga tidak melepaskan peluang mencari buku lelong, seperti RM 10 dapat 5 buah buku. Biasanya mesti ada buku lelong di PBAKL.
Saya dapat paling banyak potongan harga buku sebanyak 80 % di ITBM. Kemudian di DBP sebanyak 70 %. Kebanyakan pustaka lain antara 10-20 %. Tetapi di Booth Komik Misi tak dapat diskaun. "Hukhuk"


Singgah di sebuah gerai di PBAKL, ada kaunter bersama penulis buku Biniku Ninja. Sementara ahli rombongan  mengambil autograf dan bergambar dengan 'ninja' tersebut.
Saya bersua dengan  Faris, tokey Syarikat tersebut. Kebetulan saya kenal beliau.
Pelawanya  : “Ustaz tak nak tulis buku”?
Jawabku : “Bak sini bisnes Kad” haha.

Tahun lepas saya tak menulis pasal  pesta buku. Akibat suka menangguh. 
PBAKL tahun 2017, saya telah membeli sebanyak 42 buah buku. Tahun 2018 hanya 27 buah buku berjaya dibawa balik.
27 buah buku untuk PBAKL 2018

Antara buku yang berjaya menarik perhatian saya untuk dibawa pulang :

 Komik Badai karya Abeben. BADAI adalah singkatan nama Badan Dakwah Sekolah Alif (watak utama komik) 
Kami pernah memanggil AbeBen memberikan kursus asas menulis komik.


Komik Imanimex dan Badai keluaran DKV (Daie Kreatif). Kami juga pernah berkunjung ke rumah salah seorang kartunis DKV iaitu Nazr. 





3 buah Novel terbitan ITBM. 
Menariknya penulis Hasanuddin Md Isa merupakan Pengetua SMA Batu Talam, Raub.


Saya tertarik dengan tokoh ini, merupakan pengasas Kelas Tahfiz di Malaysia.

 Buku Biografi Dato' Hj Mohd Nor Ibrahim dan Hikayat Pahang dari DBP

 Karya Legend tidak dilupakan

Susah nak dapat buku Qiraat. Kali ni jumpa di Rak Unisza di Booth MAPIM. 

Buku yang menceritakan IRC, JIM dan IKRAM. 

Beli buku ini untuk lengkapkan  3 buah buku baru dapat 50 %



 Ambil "je" sebab bagi percuma. Di Booth Arab Saudi. Siap dapat kuih berintikan kurma.

Beli di gerai SPM (Syarikat Permainan Malaysia) yang merupakan pengeluar original  permainan Saidina, Sahibba dan macam-macam lagi. Tertarik sebab tulisan jawi.




Tulisan yang lepas  berkaitan PBAKL :





 #PBAKL #PWTC #Buku #Baca #Pestabuku #hobi #reading #book #2018 #PermaiMenulis #CatatanImamKecil 






No comments: