Wednesday, June 10, 2020

Bila masjid nak buka ?

Bila masjid nak buka ?
Antara rungutan yang berlegar di kalangan netizen.
Kenapa tempat lain dah buka ?
Respon mudah saya selaku staf masjid, Staf di masjid kebiasaannya tak ramai. Melainkan masjid-masjid besar di peringkat negara mahupun negeri.
Bila tak ramai, persediaan untuk menjalankan operasi solat mengikut SOP walaupun nampak mudah tetapi agak teknikal dan cerewet.
Mungkin pihak berwajib dah boleh mempertimbangkan untuk membuka dan menambah lagi perjawatan di Masjid. Dapat juga membuka peluang pekerjaan pada orang-orang muslim kita.


*gambar kenangan semasa berziarah ke Masjid Sultan Hassan. Nak masuk masjid ini kena ada tiket. Tiada tiket tak boleh masuk. Lebih kurang samalah situasi dengan fasa PKPB-PKPP, nak solat di masjid kena bertempah, berjemput. Tiada tu semua, tiadalah rezeki untuk solat di masjid.
....Nantikan Vlog kami di Masjid Sultan Hassan.
#PermaiMenulis #GengPermai #Mtis #Akis #Istiqamah #Travel #Mesir #Egypt #Masjid #Imam #Solat #PKPP

Kubu Salahuddin Al Ayubi di Mesir

Monday, June 08, 2020

Sarapan Tokmiah di Arabiata Mesir


Kenangan dibawa bersarapan ke kedai makan Arabiata. Menu roti, Tokmiah, kentang, terung, kacang foul.
Masa belajar dulu tak pernah merasa masuk kedai macam ini, huhu.
Makan kedai beshe-beshe je, tapi menu sama je, haha. 
Dekat Malaysia terutamanya di Pahang payah nak dapat menu tokmiah ni. Kalau kat Mekah pun ada. Siapa-siapa berkesempatan buat haji dan umrah bolehlah pekena menu rare Mesir ni.


#PermaiMenulis #Mesir #kembara #makan 

Iktibar dari Smart Phone

Bila kuat dan stabil jangan pernah rasa selesa. Pengalaman kompeni telefon antara contoh yang sesuai.

Era zaman Nokia, jenama yang sangat tersohor. Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada yang pakai Nokia, ataupun semuanya menggunakan jenama Nokia.

Paling Syok, Cas " henpon" Nokia boleh kongsi ramai. Pergi travel mana-mana, tiada masalah kalau terlupa nak bawa Charger, boleh tumpang charger member. Bateri pula boleh tahan sampai seminggu.

Saya juga tidak terkecuali, kesemua HP saya semuanya jenama Nokia. Ibaratnya ketika servey nak beli yang baru, tak pernah terlintas nak pilih jenama yang lain.

Tahun 2016 saya pernah menulis berkaitan HP yang saya gunakan, linknya : http://syababgr.blogspot.com/2016/01/cerita-handphone.html?m=1

Agak-agak masa itu kesemua syarikat pengeluar telefon yang lain " bengkek" dengan pencapaian Nokia.


Siapa sangka jenama Nokia boleh merudum dengan dahsyat. Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian ketika itu akhirnya tewas dengan IOS dan Android.

Nokia kemudiannya menggantikan Symbian dengan Microsoft, tetapi masih tidak mampu menarik pengguna untuk " comeback" kepada Nokia.

Akhirnya Nokia terpaksa mengalah dan mengikut arus. Siri Nokia yang terkini seperti Nokia 7.2 telah menggunakan sistem Android 10.


Sama juga dengan jenama Blackberry, tiba - tiba muncul dan dengan cepat meng"wow'kan orang ramai. Tetapi akhirnya Blackberry mengalami kejatuhan yang ibaratnya terus lumpuh walaupun telah menggunakan sistem Android.

Mungkinkah Siri Blackberry key² merupakan penutup bagi jenama Blackberry kerana Blackberry telah pun mengumumkan akan menghentikan pengeluaran smartphone pada bulan Ogos 2020 ini.


Semoga kisah gergasi smartphone boleh dijadikan iktibar dan pedoman buat kita. Kan


Kenangan semasa menggunakan Nokia E90


#PermaiMenulis #GengPermai #Kuat #Stabil #smartphone


Thursday, June 04, 2020

Nak Potong bekalan elektrik

Tutup sesebuah akaun biasanya ada masalah. Kalau molek dan berjalan lancar tiada sebab untuk tutup akaun.
Contohnya duit banyak, maka tiada keperluan untuk tutup akaun bank. Jadi masalah duit tiada. Tapi akaun macam-macam bank.
Saya baru ini menutup akaun telefon Telekom (TM,Streamix, Unifi). Mudah sahaja urusannya. Tak perlu isi sebarang borang. Cukup dengan pegawainya key in maklumat yang ditanyakan secara lisan. Kemudian thumb print cap jari. Selesai urusan.
Semalam, saya ke TNB pula untuk menutup akaun (potong bekalan elektrik). Rupanya tak sama, masih kena bawa balik berhelai-helai borang, tak boleh nak isi selalu sebab ada macam-macam lagi yang perlu disertakan.
Kena beli Setem hasil, materikan pula di Pejabat Daerah. Sudahlah musim Covid19 ni kena beratur panjang berjela kat halaman pejabat pos, fikir juga tu beratur berjam untuk sekeping setem sahaja.
Pergi pejabat Daerah belum tentu ADO ada untuk multikan setem tu.
Kemudian, kena karang pula surat mohon potong elektrik, padahal dah ada borang? Pening.
Dan sertakan pula salinan akaun bank.

Jauh beza antara sistem Tnb dan Telekom.
Mudahkan jangan rumitkan. Urusan yang sepatutnya boleh selesai 5 minit jangan disebabkan birokrasi jadi berbulan.

Sekadar cerita untuk siapa-siapa yang nak potong line telefon atau elektrik.

#PermaiMenulis #Sistem #akaun

Tuesday, June 02, 2020

Aplikasi Pahang Go yang Cannot Go ?

Apps Pahang Go yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Saya semangat download masa mula2 launch lagi, tetapi macam kalau tak download pun takpe.

Bila timbul arahan untuk booking solat jumaat menggunakan Move on / Pahang Go, kami diberi taklimat sangat last minit, hari ini taklimat esok lusa terus guna untuk jumaat.
Alhamdulillah kami (baca Di Lipis) guna sepenuhnya cara tersebut.
Walaupun sehingga sekarang, hampir setiap hari dan masa group wasap para imam dan Admin bersama team Pahang Go hangat dan kadangkala tegang, tetapi still follow.
Tapi saya pelik, setelah beberapa bulan berlalu, untuk bayar parking kereta menggunakan Pahang Go masih tak menyeluruh, hanya Kuantan, Cameron dan Bentong.
Tak kan pihak berkuasa daerah tak follow projek kerajaan negeri. Ataupun ke arah free parking, alhamdulillah kalau free.

Kalau saya gred S yang pergerakan naik pangkat dan tangga gaji yang paling rendah dan lambat (baca macam tiada harapan) berbanding gred lain terutama M dan N, boleh laksanakan arahan ini dengan pantas.
Tak kan M dan N slow buat kerja ?

Atau pun pihak berkuasa hanya beria beri arahan pada kome orang S ni, tapi yang set lain terutama sama geng depa M dan N buat boleh lebih kurang je.

#PahangGo #Masjid #moveon #PermaiMenulis #ImamKecil #kelasakhir

https://youtu.be/w9WBiVc1wrk