Seorang panglima yang hebat masih
memerlukan suatu pasukan yang tersusun rapi. Contohnya : Khalid Al-Walid RA, merupakan
sahabat Rasulullah SAW, beliau merupakan seorang panglima agung yang tiada
tolok bandingannya. Strategi perang beliau yang bijak memungkinkan pasukan
Islam mencapai kemenangan di medan perang. Namun Khalid Al-Walid RAtidak bergerak sendirian, beliau sangat
memerlukan ‘team’untuk menjayakan pelan
strateginya.
Situasi yang sangat berbeza dengan cerita
Super Hero. Biasanya dunia kanak-kanak tidak dapat lari dengan ‘ketaksuban’
terhadap Super Hero yang tertentu. Misalnya Super Man, Super Boy, Bat Man,
Kluang Man, dll. Seorang sahaja boleh menyelamatkan satu dunia. Walaupun
terdapat juga Super Hero dalam berkumpulan tetapi tidak lah berapa popular..huhu.
Maka, realiti untuk jadi hebat memerlukan suatu
pasukan yang hebat. Super Hero yang One Man Show biasanya tidak tahan lama..
Percayalah…
Saya bersama jemaah muslimah Masjid berkesempatan Ziarah anak bongsu Kak Rohima, di kuarters IPD Lipis. Mengalami kemalangan motorsikal. Nak jadi cerita Abangnya pun kemalangan di kuantan, seminggu selepas adik kemalangan, Sekarang En Azmi (Ayah mereka) menjaga si abang di hospital Kuantan. Semoga abang dan adik cepat sembuh, dipermudahkan urusan dan mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian.
Kelihatan seorang pemuda segak keluar dari apartmennya menuju ke kereta sport. Menderum dan mendesup laju keretanya menuju ke pejabat.
Sampai di pejabat yang dihias cantik, pemuda tadi bersuit lengkap melangkah gagah ke biliknya. Tertera CEO di pintunya. Rupanya beliau merupakan bos di pejabatnya.
Sedang molek duduk di kerusi empuknya, telefon genggamnya memainkan irama menandakan ada pemanggil yang ingin bercakap dengannya. Dengar sahaja nada deringan tersebut si pemuda telah cam bahawa panggilan tersebut dari si gadis anak seorang Dato’ yang baru pulang bercuti dari luar negeri. Tanpa berbasa basi si gadis anak Dato’ terus mengajak keluar bersarapan di café sebuah hotel yang banyak bintangnya.
Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya, menerpa ganas ke atap zink yang sudah berkarat dan berlubang di sana sini. Tanpa segan silu beberapa titis air berjaya menembusi lubang pada zink dan terus menimpa tikar getah di lantai.
Kelihatan si gadis montel dengan penuh terpaksa bangun ke dapur mencari periuk usang untuk dibuat penadah air hujan yang menitis dari atap bocor. Masih sempat matanya memandang ke layar tv melihat cemburu pemuda segak yang sedang bersarapan dengan si gadis anak Dato’.
Cerita tamat ? (baru nak syok)
Ibaratkan awak (sang pembaca) sambil berbaju hujan dan berpayung lengkap memerhati (seperti mengintip) di luar rumah si gadis montel , kebetulan pintu rumah terbuka. Awak pun turut menumpang melihat seorang pemuda kacak bersarapan dengan si gadis anak Dato’ dalam drama TV yang ditonton oleh si gadis montel.
Kemudian awak lihat si gadis montel mencari periuk untuk dibuat penadah air hujan.
Selaku driver tegar, saya sering berhadapan dengan situasi kenderaan di depan dipandu dengan perlahan, tetapi bila jalan lurus yang sesuai untuk potong tetiba laju pulak. Habis jalan lurus, perlahan semula. Memang tak nak bagi potong ke apa?, atau jenis yang berani pandu laju ketika jalan lurus sahaja. Harapnya siapa yang drive style macam ni, prihatin la pemandu-pemandu lain juga. Jalan tu bukan awak sorang yang punya. Bagi la ruang untuk orang lain potong dengan aman. Drive smartly.
Selalu saya terserempak dengan pengguna tandas di masjid yang tersalah masuk. Perempuan masuk tandas lelaki, lelaki masuk ke tandas perempuan. Tip mudah yang boleh saya share, untuk cam posisi mana tandas lelaki dan mana tandas perempuan.
1. Dengan melihat struktur bangunan masjid/surau kita dah boleh agak di mana arah kiblat. Melainkan kita sangat jarang berdampingan dengan masjid/ surau.
2. Berdiri ke arah kiblat, belah kanan bangunan masjid/surau adalah kedudukan tandas lelaki, dan belah kiri bangunan masjid/surau adalah kedudukan tandas perempuan.
Ps : Tidak dinafikan ada juga sebilangan kecil masjid/ surau yang tidak mengikut standardize ini. Tetapi biasanya ada papan arah menunjukkan di mana tandas lelaki dan tandas perempuan. Paling penting kepekaan kita. Semoga dapat masuk tandas yang betul..huhu.
Buku juga memerlukan tempat yang selesa untuk disimpan. Selain mudah dikesan, juga untuk mengelakkan buku dari dimakan bubuk dan anai-anai. Faktor suasana yang lembab di dalam rumah juga boleh merosakkan buku. Inilah hasil selepas #pbakl bukan kena buat peruntukan kewangan untuk buku sahaja tetapi termasuk sekali tempat untuk menyimpannya.
Hari ni jururawat pulak, suka akak misi kita dapat kek.
Khutbah jumaat tadi pun dah masuk tajuk hari guru. Bersedialah sang guru untuk dapat hadiah-hadiah dari para pelajar.
Banyak hari rupanya yang diperuntukkan pada golongan yang tertentu.
Tapi hari imam takde pula. Mujur ada hari buruh, kome menumpang hari buruh je la..huhu.
Kenapa wujudnya hari-hari tertentu ini? Adakah tokey kedai kek dan penjual kad ucapan melobi untuk kewujudan hari-hari berkenaan supaya depa dapat untung.haha..
Sudah tentu kerana untuk menghargai golongan terbabit. Hargai lah orang di sekeliling anda. Walaupun ada masa kita tak puas hati dengan polis sebab buat roadblock. Kita tak puas hati dengan misi sebab bila pergi hospital kena tunggu giliran sampai setengah hari..huuu..
Tanpa mereka semua yang berkhidmat dengan dedikasi (walaupun ada juga yang buat kerja kucar lanar) Kita hargai dan ucapkan Terima Kasih. Semoga kalian terus bertugas dengan Ikhlas.
Ketika sesi praktikal imam di Mrsm, ada pelajar yang lancar membaca surah Kahfi sebagai bacaan yang dibaca dalam solat. Ingatkan dah memang surah hafazan yang pelajar kena hafal. Rupanya bukan. Ayat hafazan tidak termasuk surah Kahfi.
Rahsianya di Mrsm Tgs, perhimpunan pagi pada hari jumaat digantikan dengan membaca surah Kahfi. Disebabkan selalu ulang baca, akhirnya ada yang terhafal surah tersebut.
Antara tip untuk mengingat ialah sentiasa `murajaah` (mengulang).
Makan kismis berkilo pun tapi tak rajin 'mengulang' takdenya nak excelent.. ke gone..
Alhamdulillah program Konpip sudah kali yang ke 15. Maksudnya dah 15 tahun usianya. Walaupun bertukar tahun namun saya masih berbaju sama..huhu. Semoga program ini semakin berkembang insya-Allah.
بسمالله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين، ولا عدوان
الا على الظالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وخاتم النبيين
وعلى اله واصحابه اجمعين .
Di
majlis yang mulia ini, kami merafa’kan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, Tuhan
Pencipta Alam ,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang
Engkau kurniakan kepada kami, dapat kami berkumpul di Dataran Orang Kaya Haji
untuk menjayakan Majlis Perasmian Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017 yang
dirasmikan oleh : Yang
Berhormat, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Kami
memohon pada–Mu Ya Allah,agar
kami semua, menjadi warga yang sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu
sepanjang masa.Denganrahmat-MuYaAllah,Engkaupeliharalah tradisi warisan kami
turun temurun, yang sangat bernilai dari hilang dan hanya menjadi kenangan dan
catatan sejarah.
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحومما ،
وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما.
Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan kami ini sebagaiperhimpunan
yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami sebagai perpisahan yang terpelihara
dari sebarang bala bencana dan kemaksiatan.
ربنا اتنا في الدنيا حسنة، وفي الاخرة حسنة، وقنا عذاب النار. وصلى الله
على سيدنا محمد، وعلى اله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
Ustaz ada laptop? Berulang kali soalan itu
ditanya kepada saya.
Saya hanya membalas dengan anggukan kepala.
Rasanya tak perlu untuk saya syarah panjang kepada si penanya. Saya faham dari
maksud si penanya yang menyangka saya (baca digelar Ustaz @ Imam kampong) yang
buta it.
Pada kesempatan ini ingin saya kisahkan
sedikit kehidupan saya bersama alam komputer. Sekadar bercerita dan rujukan
buat kenangan saya di masa hadapan.
Saya mula dekat dengan komputer ketika ayah
saya membeli sebuah PC (Personal Computer) sekitar tahun 1992-1993. Saya masih
ingat game yang popular ketika itu Prince of Persia (rujuk : https://youtu.be/_zyQ_OVyhNE ). Antara
perisian yang ada Profesional Write (PW) dan Lotus 123. Disket yang digunakan
bersaiz besar dan tiada lagi pemacu CD.
Game Prince Of Persia yang popular ketika tahun 90an
Saya mula mengikuti kelas komputer ketika
tingkatan 1 dan 2 di SMA Al-Khairiah. Memang pelajar tingkatan 1 dan 2 wajib
mengikuti kelas tersebut. Semasa tingkatan 1 silibusnya Profesional Write (PW)
dan tingkatan 2 Lotus 123. Ketika itu Sekolah kami masih menggunakan komputer
lama, hanya terdapatsebuah dua komputer
baru yang ada windows 3.1 . Hujung tahun semasa di tingkatan 2barulah sekolah mempunyai beberapa unit
komputer yang mempunyai Windows 95 (windows terbaru ketika itu) . Komputer
tersebut diletakkan di bilik IT (saya dah lupa namanya yang khas). Ketika itu
hanya pelajar tingkatan 6 yang menguasai
bilik IT tersebut. Kami yang kecil-kecil hanya melihat dengan berdiri di
belakang meraka. Huhu.
Ketika itu, ayah saya telah membeli
sebuahkomputer yang menggunakan Windows
95. Komputer tersebut ada tempat untuk memainkan CD, cuma internet belum ada
lagi. Game solitaire sangat popular.
Fasa berikutnya menceritakan saya mula
memiliki komputer sendiri..yeah..
Kurang dari 4 bulan ketika saya tiba di
Mesir saya telah membeli sebuah komputer terpakai dari senior yang dijualnya
dengan harga$200 Dollar. Ketika itu
menggunakan perisian Windows XP. Tak sampai setahun, saya menjual komputer
tersebut kepada rakan yang lain dengan harga $150 Dolar. Saya pula telah
membeli komputer yang lain. Style ketika itu beli komponen di kedai-kedai yang
berlainan setelah servey kedai mana yang jual paling murah. Motherboard kedai lain,
ram kedai lain, processor kedai lain, begitulah.. balik rumah pasang sendiri.
Ketika di Mesir juga saya pernah menggunakan processor jenama Intel Celeron,
Pentium 4, dan akhirnya berhijrah ke AMD.
Ketika tahun akhir saya telah membeli
laptop pertama saya, beli di Madinah Nasr. Jenama Fujitsu Siemens, intel core 2
duo paling latest ketika itu.
Ketika di Malaysia, laptop tersebut
mengalami kerosakan. Saya dimaklumkan oleh yang pakar dalam bidang tersebut
(kedai jual dan baiki komputer) untuk baikijenama tersebut kena oder dari Singapura dan kosnya tinggi. Maksudnya
tak berbaloi untuk dibaiki. Jadi jasad laptop tersebut saya simpan je di rumah.
Tak lama selepas itu, saya bagi laptop tersebut kepada sahabat saya di
Terengganu yang juga menggunakan jenama yang sama untuk diambil mana-mana
aksesori dan komponen yang masih elok.
Seterusnya saya memakai netbook (laptop
kecil) jenama Lenovo. Saya minta sahabat saya Ustaz Zainuddin carikan sebuah
laptop yang bersaiz kecil dan ringan kerana sebelum ini laptop Fujitsu saya
agak berat. Harga ketika itu masih mahal jika hendak dibandingkan dengan
sekarang. Boleh dikatakan saya antara generasi awal yang menggunakan Netbook
kerana bila pergi ke mana-mana orang akan tertarik dengan Netbook saya.
Kebanyakannya tertarik dengan saiznya dan tidak pernah jumpa selain saya yang
menggunakannya. Ketika menggunakan Netbook tersebut, saya pernah menukar papan
kekunci dan screen kerana mengalami kerosakan. Setelah beberapa tahun
menggunakannya akhirnya Netbook tersebut rosak teruk, orang di kedai servis
kata tak berbaloi untuk baiki dan disyorkan untuk saya membeli yang baru.
Selepas itu saya memilihlaptop jenama Macbook Air yang bersaiz nipis
dan jika dipikul masih ringan. Pernah mengalami kerosakan motherboard akibat
secawan air kopi tumpah di atas keyboard dan saya telah menggantikannya. Kini
saya telah menggunakannya selama 5 tahun.
Begitulah secebis kisah saya bersama
komputer dan laptop sebagai jawapan kepada soalan Ustaz ada laptop?
Alhamdulillah, hari ini berlangsung upacara pra penyerahan dari pihak kontraktor-JKR kepada pihak Pejabat Agama dan Masjid Daerah. Memang mencabar kerja baik pulih masjid ini. Beberapa orang Project Manager silih bertukar, bila tukar manager bertukar juga la para pekerjanya. Akhirnya siap juga. Walaupun masih belum siap sepenuhnya, tetapi kini masjid telah dapat beroperasi semula seperti sediakala.
Masa masjid tutup, ramai yang sibok bertanya bila masjid buka. sekarang masjid dah buka. Jom ramai-ramai mengimarahkan masjid.
#catatanimamkecil
#PermaiDiHati
#MasjidDaerah
#MasjidSultanMahmud
Kelihatan Najwa, Datin Norma, TA Afzan, TA Juwariah, AF Qadhi, JB Hanif
Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid
Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual
nasik lemak seringgit. Tapikawasan
tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.
Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak
lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.
Selepas bersarapan yang dibelanja oleh
seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke
tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun
ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi
gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah akhirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.
Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak
dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak
seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan
bilis goreng pun ada weh. Tabik la padaBrader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga
rezeki mereka melimpah ruah.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik
lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai
MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi.
Lewat..tak merasa lah demeh.
‘Jangan Monyet’ – antara dialog dalam kartun Sang Kancil terbitan Lembaga Filem Negara. Siri kartun pendek era tahun 80-90an. Saya biasa tengok masa zaman sekolah rendah dahulu. Semua dijemput tengok kartun tersebut di YouTube.
Berkaitan larangan Sang kancil pada monyet. Konsep Arahan, Dengar dan taat perlu diaplikasikan. Biasanya apa yang dilarang yang itu kita nak buat.
Hikayat Sang Kancil yang cuba hendak menyatukan pelbagai jenis haiwan yang berbeza. Singa dan harimau boleh berkawan dengan kambing. Akhirnya beberapa ketika Sang kancil berjaya menyatukan semua haiwan. Point Ukhwah dan kesatuan boleh kita tekankan di sini.
Menurut kisah hikayat tersebut, haiwan hidup dalam keadaan aman damai dan sesama haiwan yang lain wujud perasaan kasih sayang dan ‘kebinatangan’ (baca kemanusiaan).
Inikan pula manusia yang dikurniakan akal dan agama. Tentulah sepatutnya lebih hebat dari haiwan.