Tuesday, June 20, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 29) Cuti Belajar Agama?

Kisah Ramadan (KIRAM 29) Cuti Belajar Agama?
Fatrah penghujung Ramadan. Hati-hati, kelas dan kuliah pengajian agama banyak yang telah ditangguhkan. Atas alasan sibuk untuk persiapan hari raya. Tempat kami juga tidak terkecuali. Minggu sudah, kehadiran ke Kelas tafaqquh di Masjid Daerah anjuran bersama Yayasan Pahang hanya tinggal 10 orang. Sewaktu pelancaran kelas seramai hampir 100 orang. Fuh!.
Kebiasaan tempoh kuliah agama bercuti akan lajak sehingga tamat syawal. Lepas sibuk beraya. Nak puasa 6 pula. Lepas tu raya puasa 6 pula. Huhu. Begitulah realitinya. 
Adakah nak buat perubahan atau terus kekal seperti sekarang. Ada cadangan?, Kongsikan.

Kisah Ramadan (KIRAM 28) Gaduh Raya?

Kisah Ramadan (KIRAM 28) Gaduh Raya?
Maafkan kerana dah start cerita pasal raya.
--
Bila hampir raya ada yang sampai bergaduh.
Pasal berebut nak raya ke mana.
Nak balik kampung yang mana.
Last sekali terus tak balik kampung.
Mungkin protes atau simbol kemenangan.

Bagi kerja yang beroperasi setiap hari.
Seperti jurutol, atendan pam minyak,
Dj radio, tak terkecuali imam dan bilal.
Berebut juga giliran untuk bercuti.
Kita akan dapat perhatikan,
Memang ada yang penting diri sendiri.
Lepas dia, dia, selamanya dia je lah.
Maka adalah yang makan hati dan stress.

Asbab hari raya adalah untuk bergembira.
Tetapi dah jadi bergaduh.
Ada yang tak puas hati dan tensen.
Kerana hari raya.

‘Raya’ kalau boleh bercakap bagi pihaknya. Mesti akan bersedih dengan situasi ini. Kewujudan ‘Raya’ untuk mengembirakan orang. Bukan orang bergaduh disebabkannya. Mungkinkah disebabkan kecewa, ‘Raya’ merasa ‘dia’ tidak perlu lagi wujud.  Huhu..

Semoga kita semua bergembira. Di samping saling memahami dan meraikan sahabat handai kita.
Jangan terlampau fikir pasal hari raya. Kerja Memburu Ramadan masih belum selesai. Setelkan molek-molek dulu.
Jangan akhirnya ‘Ramadan’ marah kita. ‘Raya’ pun marah kita. Tak dapat apa pun kita. Melepas belaka bak kata orang kampung kome.

#PermaiMenulis
#raya
#ramadan

           







Sunday, June 18, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 27) Jom Iktikaf !

Kisah Ramadan (KIRAM 27) Jom Iktikaf !

Iktikaf antara amalan yang boleh kita praktikkan menjelang penghujung Ramadan. Budaya iktikaf semakin menggalakkan terutama di masjid bandar-bandar. Faktor kesedaran dan ilmu yang semakin berkembang menyebabkan masyarakat semakin berlumba melaksanakan amalan iktikaf.
Berbanding zaman dahulu, saya sendiri semasa di bangku sekolah tidak terdedah dengan amalan ini.
Kita mungkin pernah terdengar, ada yang sampai ambil cuti kerja 10 hari di penghujung Ramadan semata-mata kerana ingin beriktikaf di masjid.

Beberapa pandangan  saya yang  kerdil berkaitan iktikaf :
1.     Pihak pentadbiran masjid perlu mempromosi dan memberi pencerahan amalan iktikaf.  Kaedahnya seperti melalui kuliah, risalah dan perbualan bersama dengan ahli jemaah.
2.     Pihak pentadbiran masjid membuka seluasnya pintu masjid terutama 10 malam terakhir di bulan Ramadan. Tidak dinafikan atas faktor dan isu keselamatan masa kini, banyak masjid yang terpaksa dikunci pada waktu malam.
3.     Pentadbiran masjid berkerjasama dengan pelbagai agensi lain menganjurkan program Iktikaf terutama pelajar sekolah dan golongan belia supaya mereka terdedah dan hampir dengan masjid.

Untuk program Qiamullail :

1.     Pihak pentadbiran dari masa ke semasa memberi pendedahan kepada para jemaah berkaitan solat-solat sunat yang lebih utama didirikan secara bersendirian.
2.     Ini kerana, ada jemaah yang sudah puluhan tahun berqiamullail dengan hanya mengharapkan program Qiamullail yang dianjurkan di masjid secara berjemaah.
3.     Bagi yang menjalankan qiamullail secara berjemaah seperti solat tahajjud dan tasbih secara berjemaah, disarankan imam tidak memasang kuat sistem pembesar suara. Memadai volume yang minima dan speaker dalam sahaja.
4.     Jika boleh dengan tidak memasang sistem pembesar suara, lagi baik. Ini kerana dibimbangi akan mengganggu penduduk sekitar.
5.     Mungkin ada di kalangan jamaah yang lebih selesa untuk berqiam secara bersendirian. Jika speaker dipasang lantang di masjid sudah pasti akan mengganggu mereka.
6.     Sehinggakan ada ahli jemaah yang asalnya beriktikaf di masjid sekian, berpindah ke masjid yang lain disebabkan isu ini.
7.     Berkaitan hal  ini, pentadbir masjid perlu memahami fiqh waqi’ dan keutamaan.

Sekian dahulu. Jom beriktikaf !

#PermaiMenulis
#iktikaf
#ramadan

             

Kuih Cara Warisan kita



Kuih Cara antara kuih warisan tradisi turun temurun. Sekali sekala menjamahnya memang fuh..kecur air liur teman sebelah melihatnya. 
Menariknya ada kuih Cara manis dan kuih Cara berlauk.
Jangat ingat ada nasi berlauk sahaja. Kuih pun ada lauk. 
Siapa yang tak pernah lagi merasa kuih tradisi ni boleh cari di bazar.
Mana tahu ada yang fanatik makan kek, sampai tak berkesempatan makan kuih Cara. 

Saturday, June 17, 2017

Kamu ingin beritahu saya sesuatu ?

Saya beritahu kamu. Jika kamu tak tahu. Supaya kamu menjadi tahu juga. Sama macam saya. Saya juga pernah tidak tahu. Setelah ada yang memberitahu langsung saya menjadi tahu. Ilmu itu perlu dipesan-pesan. Ayoh berpesan-pesan ke arah kebaikan.

NUZUL AL-QURAN DI SMA AL-BASARIAH, JERANTUT

Hari ini, saya bersama warga SMA Al-Basariah, Tembeling Jerantut dalam program sempena nuzul al-Quran. 
Seronok bila dapat bersua dengan generasi pelapis masa hadapan. 
Terima kasih kepada pentadbiran Sma Al-Basariah kerana menjemput saya.
Pesanan saya : Memang kita kena belajar berguru untuk baca al-Quran. Jangan rasa dah ok bila dah masuk sekolah agama. Sangat tak ok kalau kita tak ikuti mana-mana kelas mengaji. 

Friday, June 16, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 26) Mencari pokok sujud?


Masa sekolah rendah memang rancak bercerita pasal tajuk ni. Siap ada yang mendatangkan beberapa bukti untuk menguatkan ceritanya.
Antaranya air sungai keras membeku. Air dalam kolah jadi ais. Semua pokok turun sujud. 
Saya pun terpengaruh juga. Tengah-tengah malam keluar rumah tengok pokok. Mana tahu dapat tengok depan mata.
Majalah Mastika pun turut sama hidangkan cerita-cerita seperti itu. Mesti ramai juga lah yang macam saya agaknya. Nak tengok pokok sujud. 
Itulah antara cerita ajaib berkaitan Lailatul Qadar.
Saya rasa cerita sebegini jika betul pun berlaku tak perlu disebar luas. 
Kalau tak banyak Sabda Rasulullah dan kisah sahabat RA dah bercerita tentang kisah seperti di atas.
Lailatul Qadar yang sangat istimewa. Lebih istimewa dalam mana-mana cabutan bertuah.
Hanya Satu hari sahaja dalam setahun. 
Maka sewajarnya kita berusaha gigih untuk mendapatkannya. 
Sama macam student yang tak nak repeat paper. Maka depa akan berusaha bersungguh-sunguh supaya bukan hanya tak perlu repeat tapi nak skor 4 plate.
Begitu juga seorang yang sesok sebab masih tak dapat beli tiket untuk balik kampung. Atau diberitakan tiket telah habis. Sanggup berusaha untuk dapatkan tiket atau cara untuk balik. Biarpun kena bayar lebih.
Dari sekolah lagi kita dah biasa dengan kalam Usaha tangga kejayaan.
Maka untuk mendapatkan Lailatul Qadar sudah tentu perlu ada usaha untuk meraihnya.
Jom kita berusaha.

Kisah Ramadan (KIRAM 25) Cepat Sungguh !



Cepat sungguh masa berlalu.
Rasa macam baru je beberapa hari start puasa.
Tetiba dah nak habis Ramadan dah.
Lagu raya dah dimainkan di kedai baju.
Saf di masjid dah semakin berkurangan.
Pasaraya dah semakin sesak.
Dah setting tarikh untuk gotong royong mencantikkan rumah.
Baru start sekolah dah nak cuti semula.
Tiket bas pun gamaknya dah habis.

Betullah Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Daripada Anas bin Malik RA, Sabda Rasulullah SAW : " Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam, dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api (Tirmizi)

Masya Allah !

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#AnimePermai
#Kiram


Kisah Ramadan (KIRAM 24) IFTAR KELAB MOTOR

Hari ini majlis Iftar di Masjid Sultan Mahmud  anjuran Kelab Motor Lipis. Menariknya ada beberapa kelab bergabung sekali. Hasilnya ada Motor besar, vespa, kereta mini cooper, kereta honda dan viva.

Kelab motor Lipis merupakan yang paling awal booking tarikh untuk tajaan iftar di masjid. Sebulan sebelum puasa lagi. Punyalah bersemangat waja. Selain iftar sesama ahli group dan jemaah masjid, depa turut meraikan dan memberikan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim.

Kami cukup bergembira dengan program kemasyarakatan yang melibatkan institusi masjid. Pihak kami sentiasa bersedia memberikan kerjasama.

Alhamdulillah dalam program iftar ini, kami selaraskan supaya pelajar tahfiz dan anak yatim mendapat tempat (kira macam Vip la). Kerana mereka yang diraikan dan menjadi jemputan. Maka sewajarnya mereka mendapat layanan yang istimewa.

Pernah menjadi isu (bukan di tempat kami), nama program majlis iftar bersama anak yatim tetapi anak yatim terpinggir. Penganjur lebih menjaga dif kehormat. Depa pula yang mendapat meja vip, sedangkan anak yatim makanlah bersila atau mencangkung di merata-rata tempat.

Saya percaya tak jatuhnya standart dif kehormat bila mereka makan di tempat biasa  dan bagi peluang kepada anak yatim merasa duduk di tempat vip. Bahkan saham mereka lebih naik lagi sebenarnya.

Saya pernah terdengar orang bercerita yang pernah dalam suatu program bersama rakyat.  KDYMM Sultan Pahang tidak berkenan bila baginda mendapati ada rakyatnya (penerima bantuan) yang masih tak dapat makanan, tetapi set orang-orang besar selesa mendapat meja vip.

Sekarang saya perhatikan bila majlis iftar dan pemberian bantuan oleh KDYTM, baginda sendiri yang turun berjalan memberi sumbangan bantuan ke meja-meja penerima. Tak perlulah pakcik dan makcik yang uzur berjalan naik ke pentas.
Indahnya kehidupan bila menyaksikan betapa girangnya mereka (anak yatim, fakir miskin, Oku) merasa dihargai.

#PermaiMenulis
#catatanimamkecil
#kiram
#ramadan



 YDH Supt Azry Akmar bin Dato' Hj Ayob selaku Ketua Polis Daerah Lipis (berbaju putih bersebelahan saya), turut sama memeriahkan majlis. 


 Pelajar tahfiz dan anak yatim diraikan


 Kelihatan YDH Supt Azry Akmar bin Dato' Hj Ayob (Ketua Polis Daerah Lipis)  YDH Dsp Abdul Rashid bin Mat Daud Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis  dan Dr Fendi (Klinik Sulaiman ) 


Ustaz Adib (guru hafiz masjid daerah, yang juga ahli kelab), Saya dan Imam Faizal meraikan majlis Iftar.