Monday, October 23, 2017

Jom Hirup Sup Tulang Ori di Seberang Temerloh

Antara yang sering menjadi isu bila  ke kedai makan ialah nak makan apa? 
Punyalah banyak menu kadang-kadang boleh  menyukarkan untuk kita membuat pilihan.
Kali ini saya memilih dan melayan strategi yang dimainkan oleh pekedai ini. 
Kedai Makan BOBO berlokasi berhampiran simpang ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAS) bagi sesiapa yang ingin mencuba.


 Perhatikan senarai menu. Hanya satu menu sahaja yang diasingkan. 
Berbanding menu lain yang disenaraikan bersekali. Lalu saya memilih menu yang diasingkan.  
Sup tulang di kedai BOBO. Siap ada info yang dipamerkan menyatakan  tidak menggunakan tulang daging import.


Mudah..kan nak pilih menu. Huhu. 

#PermaiMenulis
#SupTulang


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Jom Berkuliah di Masjid dan Surau


Hari ini giliran Kuliah Saya di Surau Ar-Rahman, Bandar Baru Kuala Lipis. Berkuliah bukanlah sebab kita pandai dan hebat. Alim jauh sekali. 
Tetapi ia merupakan suatu proses belajar sama ada untuk pendengar mahupun penyampai. Di samping tuntutan menyebarkan Amar makruf Nahi Munkar. 
Seruan saya kepada golongan muda terutama lepasan pengajian Islam yang baru grad dari Universiti supaya menceburkan diri dalam dunia kuliah masjid dan surau.
Alasan tidak cukup ilmu atau tidak pandai perlu dikesampingkan. Jika kita tidak mengajar seperti di kuliah masjid dan surau  nescaya ilmu yang telah kita pelajari akan semakin menyusut. 
Pengalaman mengajar di kuliah masjid dan surau tidak sama seperti mengajar di sekolah. Auranya berbeza dan antara medium latihan untuk melatih menjadi daie yang lebih berpengalaman dan berkesan.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Saturday, October 21, 2017

Makan Daging Berlengas

Mengambil kesempatan makan malam bersama bakal cikgu sekolah menengah. Menu pilihan saya nasi goreng daging belengas. haha. Tak pernah lagi jumpa menu ini. Baru dekat kedai ini saya jumpa menu tersebut.

Berlengas kalau merujuk pada maksudnya ialah berair atau lembab. Boleh  tahan rasanya. 
Makanan yang hendak dimakan pun perlu inovasi dan perubahan. Inikan pula amal ibadah. Lagi kena anjakan dan perubahan. ke arah yang lebih baik dan berkualiti berbanding sebelumnya.





Channel : https://t.me/AzraiePermai

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis

Maahad Tahfiz di Daerah Lipis, Pahang.

Negara dikejutkan dengan Insiden Kebakaran di Darul Quran Ittifaqiah. Kemudian disusuli dengan kebakaran pusat Tahfiz Nur al-Quran, Rantau Panjang Klang.

Pelbagai andaian dan spekulasi telah diutarakan oleh pelbagai pihak sama ada pimpinan dan ramainya dari kelompok netizen.
Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang membantu dan ada yang menghentam.

Ada yang suruh buka dengan penambahbaikan dan bantuan dari agensi berwajib  dan ada yang suruh tutup.

Saya merupakan alumni pelajar Maahad Tahfiz. Saya juga pernah berkerja selaku tenaga pengajar di Maahad Tahfiz. Sudah tentu Institusi Tahfiz sangat akrab dalam diri saya.

Daerah Lipis tempat saya berkhidmat, mempunyai 4 buah Maahad Tahfiz persendirian, 1 buah sekolah (SABK) aliran tahfiz (KBT), dan beberapa kelas pra tahfiz.
Memang tidak banyak jika hendak dibandingkan dengan daerah yang lain. Cuma  perkembangannya semakin memberansangkan.

Saya kongsikan Maahad Tahfiz yang berada di Daerah Lipis. 

1. Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah
Alamat : No 128 Jalan Cheneras, Kampung Tempoyang, 27200 Kuala Lipis.
Tahun Penubuhan : 2016
Pengetua : Ustaz Mohd Mahyuddin Bin Ghazali @ Razali
Telefon : 019- 9360823


 Bangunan Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah

 Program di Kuala Lumpur bersama dengan Maahad Tahfiz dari seluruh negara.


Bersama Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah.


2. Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran
Alamat : Kampung Chat, 27310 Benta, Kuala Lipis
Telefon : 09-3121079
Tahun Penubuhan : 2004
Pengetua : Maulana Zawawie Al-Hafiz
Telefon : 019- 9151224

Bangunan Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran.




Beramah mesra bersama pentadbir  Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran.

Kenangan di pejabat  Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran.

3. Madrasah Darul Uloom Al Islamiah.
Mudir: Ustaz Mohd Islahuddin Ahmad
Tel: 010 4186193
Tahun penubuhan : 2013



Bersama Mudir Madrasah Darul Uloom Al Islamiah.

Kenangan bersama pelajar Madrasah Darul Uloom Al Islamiah.

4.Maahad Tahfiz al-Quran wa Al-Tarbiah Al-Diniah Kg. Relong, Kuala Lipis.
Nama mudir : Hj. Zulquarnain Bin Ali
No tel : 019-9324801

 Bersama pelajar lelaki Maahad Tahfiz al-Quran wa Al-Tarbiah Al-Diniah Kg. Relong, Kuala Lipis.

 Sesi kelas hafazan pelajar perempuan Maahad Tahfiz al-Quran wa Al-Tarbiah Al-Diniah



Bangunan sementara untuk kelas hafazan pelajar perempuan di Surau Kampung Batu.


Sebuah Sekolah bawah kementerian Pelajaran yang menggunakan sistem Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) ialah  Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit, 27200 Kuala Lipis, Pahang.
Mengikut sukatan KBT, Insya-Allah pelajar akan menamatkan hafazan 30 juz al-Quran dan mengambil SPM.
Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

 Tenaga Pengajar Kelas Tahfiz

 Sesi kelas tahfiz di Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit.



Untuk makluman, Sekolah ini dahulunya dikenal sebagai Madrasah Al-Ittihadiah yang merupakan Maahad tahfiz tertua di negeri Pahang.
Rujuk :

Sekolah yang menjalankan kelas Tahfiz ialah :
i)Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis.
Untuk tahun ini 4 buah kelas tahfiz telah dibuka dengan seramai 83 orang pelajar. Kelas berjalan sebanyak 6 kali seminggu. Sesinya bermula jam 6.50 pagi sehingga 7.30 pagi dan 8.00 malam sehingga 9.15 malam.
Sukatan hafazan bagi tahun 1 : Juzuk 30, 1 dan 2.
Tahun 2 : Juzuk 3,4 dan 5.
Tahun 3 : Juzuk 6 dan 7.

Cerita yang berkaitan : 



ii) Kelas Mini Ulul Albab, MRSM Tun Ghazali Kuala Lipis.
Sukatannya tingkatan 1 sehingga 3 : Juzuk 30.
Tingkatan 4 dan 5 : Surah-surah pilihan.


iii) Kelas Tunas Ulul Albab, SK Kuala Lanar, Lipis.
Seramai 7 orang yang terpilih untuk Kelas  perintis tahun 2017. Sukatan : Juzuk 30.
 Di Majlis pelancaran Kelas Tunas Ulul Albab SK Kuala Lanar






Insya-Allah kita doakan semoga pusat pengajian al-Quran semakin berkembang di tempat kita.
Berilah sokongan, dokongan dan bantuan. Mohon sama-sama kita memberi sumbangan derma secara tetap (infaq bulanan)  ke mana-mana pusat tahfiz. Kalau tak nak bagi duit, nak bagi barang makanan pun sangat dialukan.
Nak bagi sumbangan perkhidmatan seperti kelas tuisyen, gunting rambut, dekorasi halaman (ibarat tukang kebun seperti mesin rumput, tanam pokok) pun boleh.
Insya-Allah besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#Tahfiz
#PermaiMengaji


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER


Friday, October 20, 2017

Berlalu Muharam 1439

Jumaat tadi, Masjid kami membuat kutipan derma untuk pembinaan surau Sekolah Methodist Raub. Semoga usaha pihak sekolah untuk membina surau dipermudahkan. Mana tahu ada hartawan dan bangsawan yang bermurah hati untuk membiayai pembinaan surau tersebut. Kosnya pun lebih murah berbanding harga sebuah kereta mewah seperti  Royle Royce dan Ferrari.

Menjelang Ramadan 1438H, Masjid kami mendapat permaidani (karpet) baru. Maka Karpet lama diberi kepada surau-surau yang meminta. Kami bahagikan kepada beberapa buah surau, dan masih ada surau yang meminta tetapi karpet telah habis dibahagikan.
Baru-baru ini, pihak kami menghadiri suatu program larian. Terkejut kami kerana karpet yang dibagi atas tiket surau tidak berada di tempat yang sepatutnya. Sedangkan terdapat beberapa buah surau lagi yang memohon tidak dapat kami penuhi hajat mereka disebabkan kami telah memberi kepada pihak surau yang terlebih awal meminta. Ingatan dan pengajaran buat pihak kami dan mereka. Juga kepada mana-mana pentadbir masjid dan surau yang lain.

Akhirnya bulan Muharam bagi tahun 1439H telah berlalu dengan jayanya.  
Bubur Asyura  dah buat.  Ceramah Maal Hijrah dah anjur. Diskusi buku berjudul Hijrah juga telah diadakan. Tanpa sedar hari berlalu dengan pantas. Esok bulan baru menjelma. Semoga  membawa sinar yang lebih gemilang untuk Islam.


30 Muharam 1439H


#CatatanImamKecil
#PermaiMenulis

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 
Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER