Friday, October 20, 2017

Berlalu Muharam 1439

Jumaat tadi, Masjid kami membuat kutipan derma untuk pembinaan surau Sekolah Methodist Raub. Semoga usaha pihak sekolah untuk membina surau dipermudahkan. Mana tahu ada hartawan dan bangsawan yang bermurah hati untuk membiayai pembinaan surau tersebut. Kosnya pun lebih murah berbanding harga sebuah kereta mewah seperti  Royle Royce dan Ferrari.

Menjelang Ramadan 1438H, Masjid kami mendapat permaidani (karpet) baru. Maka Karpet lama diberi kepada surau-surau yang meminta. Kami bahagikan kepada beberapa buah surau, dan masih ada surau yang meminta tetapi karpet telah habis dibahagikan.
Baru-baru ini, pihak kami menghadiri suatu program larian. Terkejut kami kerana karpet yang dibagi atas tiket surau tidak berada di tempat yang sepatutnya. Sedangkan terdapat beberapa buah surau lagi yang memohon tidak dapat kami penuhi hajat mereka disebabkan kami telah memberi kepada pihak surau yang terlebih awal meminta. Ingatan dan pengajaran buat pihak kami dan mereka. Juga kepada mana-mana pentadbir masjid dan surau yang lain.

Akhirnya bulan Muharam bagi tahun 1439H telah berlalu dengan jayanya.  
Bubur Asyura  dah buat.  Ceramah Maal Hijrah dah anjur. Diskusi buku berjudul Hijrah juga telah diadakan. Tanpa sedar hari berlalu dengan pantas. Esok bulan baru menjelma. Semoga  membawa sinar yang lebih gemilang untuk Islam.


30 Muharam 1439H


#CatatanImamKecil
#PermaiMenulis

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 
Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER




No comments: