Tuesday, December 26, 2017

Cari Kedai Makan ketika cuti Krismas

Cuti umum sempena krismas. Kebanyakannya bercuti termasuklah peniaga kedai makan.
Kebiasaan bila cuti, jalan raya lebih sesak kerana manusia mengisi cutinya di luar rumah. Walaupun ada je yang memilih untuk lepak di rumah.
Isunya, manusia yang bersesak di jalan raya sudah tentu memerlukan makanan dan mereka perlu mencari kedai makan.
Persoalannya kedai makan banyak yang tutup.
Hasilnya kedai-kedai makan yang dibuka agak laku. Itulah rezeki berniaga di kala orang bercuti.
Saya doakan semoga mereka semakin maju dan buka kedai sentiasa.

#PermaiMenulis
#cuti
#makan



Kalian suka makan kek ?
Khususnya Warga Kuantan
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER


Monday, December 25, 2017

Lampu Isyarat yang membosankan ?

Lewat malam yang sepi.
Kamu sampai di lampu isyarat.
Lampu isyarat yang ada pamerkan saat menunggu.
Warna lampu merah. Nombor saat yang dipamer pula 99 saat. Kereta lain langsung tiada.
Kamu nak buat apa ?
Jalan terus atau menunggu dua minit sambil berla la la.
Hmm..Masih banyak lampu isyarat yang tak di set auto. Jika yang auto tempoh masa menunggu tak la lama sangat. Nak pula bila lewat malam.
Mohon pihak yang dipertanggungjawabkan berkenaan hal ehwal lampu isyarat memodenkan sistem sesuai dengan peredaran zaman.
Mohon pihak yang dipertanggungjawabkan berkenaan hal ehwal lampu isyarat memodenkan sistem sesuai dengan peredaran zaman.
Orang tak patuh lampu isyarat nanti awak marah pula. Kalau awak ? Sanggup berhenti sorang-sorang dua minit tanpa ada sebarang kenderaan lain di situ ?

 
Jangan syok sendiri berasa dah sangat maju dan hebat.

Sunday, December 24, 2017

Hirup Sup Tulang di Temerloh


Selepas saya pulang ke Malaysia hampir 10 tahun yang lalu. Kali pertama saya menghirup sup tulang adalah di kedai makan dekat jejantas kampung Batu Satu, Temerloh. 
Ketika itu saya mengikut Ustaz Jauhari Ishak dan Ustaz Fairuz. Keduanya memilih sup tulang sebagai juadah makan malam. Saya pun ikut sekali dengan menu tersebut. 
Musim hujan ni sedap hirup sup.

Kedai Hardware buka hari ahad




Mencari kedai hardware pada hari ahad di Temerloh. Banyak yang tutup. Tapi kedai Teguh Maju Hardware buka. Buka Sampai pukul 6.30 petang.
Buat kekawan yang jem krem cari kedai hardware terutama pada hari ahad. Saya syorkan ke sini. Sederet dengan KFC Temerloh.

Gelanggang tenis di Temerloh


Gelanggang tenis di bandar Temerloh. Sejak saya kecil gelanggang ni dah ada di situ. Cuma di era moden, gelanggang ini telah terbiar dan setiap kali saya lalu di situ, tak pernah nampak orang bermain di situ. 
Mungkin orang sekarang tidak berminat bermain tenis atau semakin sibuk sehingga tidak sempat beriadah. 
Saya hanya bermain tenis di game boy sahaja ketika zaman sekolah.

#tenis

Friday, December 22, 2017

Urus Masa dengan Betul

Semua orang dikurniakan Masa yang sama. Cuma ada orang pandai menguruskan masa. Dan ada orang sentiasa tertipu dengan 'tak cukup masa'
Semoga masa kita semua diberkati.

Thursday, December 21, 2017

Membaca Wasilah Ilmu

Membaca antara wasilah untuk menimba ilmu. Menjadi pelik dan jelik bila para pelajar dan guru tidak gemar membaca.
Cuba edar borang soal selidik. Berapa buah buku yang telah dibaca sepanjang tahun 2017.
Saya membelek tiga buah buku yang berlainan. Tetapi isinya sama.huhu.

Wednesday, December 20, 2017

Bercuti sekolah dengan Menghafal Al-Quran

Rasa macam cepat betul bulan Disember. Cuti sekolah dah nak habis ? 
Saya percaya para pelajar  mengisi cuti mereka dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi yang aktiviti hanya tidur je masih belum terlambat untuk menyusun cuti yang masih berbaki. 
Kali ini  saya ingin mencadangkan untuk menghafaz surah-surah atau ayat-ayat pilihan dari Al-Quran. Boleh menghafaz di rumah sahaja. Tetapi kalau ada program yang dianjurkan berdekatan dengan tempat kalian, jangan lepaskan peluang untuk sertai.
Alhamdulillah pada 11-14 Disember yang lalu seramai 154 orang pelajar telah menyertai program Jom Bercuti Di Masjid (CUTI-CUTI MASJID 2017) yang diadakan di Masjid Daerah Lipis.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah slot hafazan. Para peserta dibimbing untuk menghafaz surah al-Kahfi dan Surah Al-A'la. 
Insya-Allah menghafaz Al-Quran tidak merugikan bahkan akan mencergaskan lagi minda di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Saya sertakan link persembahan bacaan hafazan para peserta :

https://youtu.be/bpuoiTA57IU


https://youtu.be/ETw92_56DD0


Jom Join 
Channel Telegram : https://t.me/joinchat/ArivqgvDWERAMSkK9PPWng
Group FB : https://www.facebook.com/groups/permaicare.mengaji/


#PermaiMenulis
#PermaiMengaji
#CutiCutiMasjid



Tuesday, December 19, 2017

Mat Kilau pejuang atau penderhaka


Pahlawan Mat Kilau. Sekarang kita gelarkan beliau sebagai tokoh pejuang. Dahulu di sisi penjajah gelarnya pengkhianat dan penderhaka. 
Namun orang kita kurang menghargai. 
Bukan sahaja Mat Kilau ramai lagi tokoh yang tidak didendangkan. 
Istilah رجال شوارع (pejuang jalanan) yang jasanya besar namun tidak dikenali.
Cadangan saya, supaya kita terutamanya pihak yang mempunyai keupayaan mencari dan mengesan tokoh-tokoh yang tidak didendangkan ini. 
Iktiraf dan hargai pengorbanan serta jasa mereka dengan selayaknya. 
Mungkin mereka ini adalah yang lebih layak mendapat darjah pingat kebesaran. 

OneXox dapat bonus setiap bulan


Saya pengguna Onexox. Setiap bulan dapat Hibah bulanan dari Onexox, gaya lebih menarik dari dividen bank je.
Pakai digi dengan Webe tak dapat gini. Sebelum ni puluh tahun pakai Celcom, bukan dapat hibah, siap kena derma tanpa rela lagi.

Siapa nak pakai onexox boleh PM saya.


Sunday, December 17, 2017

Bila tak ikut Arahan


Bila ada manusia yang tak ikut arahan dan peraturan. Dah sedia ruang parking tapi degil nak juga masuk celah tu. Biasanya yang nak pergi ke tandas muslimat. Konon nak parking betul-betul depan tandas.
Dah langgar lari pula tuh. Macamana nak berkat hidup. 'Merosakkan' rumah Allah.
Ibrah: ikut arahan dan peraturan.

Saturday, December 16, 2017

Belanja Makan besar ganjarannya


Memberi makan sangat besar ganjarannya di sisi Islam. Jika nampak cerewet nak kena masak bagai. Paling mudah belanja je makan di kedai makan.
Jangan rasa rugi, insya-Allah panjang umur dan murah rezeki.
Kek yang dihantar oleh penjaga untuk peserta program Cuti-Cuti Masjid. Terima kasih kami ucapkan. 

Friday, December 15, 2017

Pewangi terbaru Nurraysa




Nak pergi masjid untuk solat jumaat. Sunnah berwangi-wangian. Jom sembur minyak wangi terbaru keluaran Nurraysa.
Boleh beli dengan kami.

Bersua dengan Sahabat Lama



Ukhwah yang diikat dengan Akidah Islamiyah akan kekal utuh mengalahkan ikatan yang semata-mata dibina atas faktor kaum keluarga dan kerabat. 
Bersua dengan Ustaz Wan Abu Bakar, beliau selaku penyelaras program kem tahfiz di Masjid al-Muhajirin Sungai Koyan. Sama-sama di Shoubra Mesir. Kini beliau mengajar di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan.

Wednesday, December 13, 2017

Jom Memanah

Pelbagai aktiviti boleh dibuat sepanjang cuti sekolah. Antaranya ialah memanah.
Memanah antara sukan sunnah yang semakin mendapat tempat. Kalau dahulu aktiviti memanah dianggap riadah golongan elit sahaja. Ini kerana kos peralatan untuk memanah sangat mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.
Kini terdapat peralatan memanah yang dapat dibeli dengan harga yang lebih murah.

Terdapat beberapa jenis busur. Busur yang agak mahal harganya  jenis Compound. Mahu cecah ribuan ringgit. Jenis ni biasanya pemanah level profesional yang menggunakannya.

Compound Archery  bow

Busur jenis Recurve biasa digunakan di sukan sekolah-sekolah. Pusat-pusat memanah seperti di Mall-mall biasanya menggunakan busur jenis recurve. 


Recurve archery bow


Busur yang semakin popular dan semakin diminati dikenali dengan busur tradisional. Harganya lebih murah dan body nya yang lebih simple. Mereka yang berminat dengan aktiviti memanah, saya cadangkan untuk memiliki busur tradisional.



Busur Tradisional


Pelengkap kepada aktiviti memanah selain busur sudah tentu anak panah. Anak panah yang biasa digunakan memang agak merbahaya jika tidak dikawal. Tetapi jika langkah-langkah keselamatan diambil, Insya-Allah tiada apa akan berlaku.
Namun, saya ingin mencadangkan anak panah yang matanya diperbuat dari getah. Walaupun nampak macam mainan tetapi sangat sesuai dan selamat untuk peringkat permulaan. Biasa dulu masa kecik-kecik kita main pistol mainan, panah mainan yang pelurunya bermata getah.

 Anak panah Mata getah

 Set busur untuk kanak-kanak






Aktiviti memanah sempena program Cuti-Cuti Masjid di Masjid Daerah Lipis.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#panah
#busur
#aktiviti
#cuti
#sunnah

Tuesday, December 12, 2017

Cuti-Cuti Masjid


Sempena cuti sekolah Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis tidak terkecuali menganjurkan program sempena cuti sekolah. Program anjuran bersama Permai diadakan selama 4 hari bermula 11.12.2017 sehingga 14.12.2017.
Antara aktiviti yang diadakan ialah slot Kuliah, LDK, Hafazan, Permainan dan makan.
Alhamdulillah seramai 142 orang peserta telah menyertai program ini.
Lebih menarik para peserta tidak dikenakan sebarang yuran. 

Anda berminat nak anjur di tempat anda ?

Insya-Allah kami sedia membantu.

#PermaiMenulis
#CutiCutiMasjid
#cutisekolah
#program
#aktiviti




Saturday, December 09, 2017

Game lawan orang Yahudi

Ketika di Mesir, saya pernah beli CD game yang dijual di pesta buku di sana. Game yang simple sahaja. Tembak orang Yahudi, tapi yang tak bestnya bila kalah bendera Israel berkibar. Dan itulah satu-satunya CD game yang saya beli.

Pemahaman dan kesedaran mengenai Zionis Israel perlu ditanamkan secara mendalam dan serius kepada semua lapisan masyarakat.

Jika pelajar di Israel sana, diterapkan dari tadika lagi dan dimasukkan dalam silibus pembelajaran mereka supaya mereka benci kepada Islam.
Kita bagaimana ?


#PermaiMenulis

#ALQuds4Palestine


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER