Thursday, September 30, 2021

Masjid lama kampung Berchang

Selepas solat di Masjid Kampung Berchang.
Kami dibawa ustaz Namlur ke Masjid lama Kampung Berchang. Sekarang telah dijadikan sebagai bilik mesyuarat dan bilik persinggahan.

#masjidlama #solat #JabatanAgamaIslamPahang #Jaip #Muip #Jakim #PermaiMenulis #Lipis #Pahang #Mosque

https://youtu.be/47sSRbOKZB4

Wednesday, September 29, 2021

Dakwah Media Baru

Menghadiri Siri Kursus Modul Latihan Dakwah Media Baru anjuran Bahagian Pengurusan Masjid (BPMS) JAIP. Program khusus buat para pegawai masjid, Penolong Qadhi Bahagian Masjid, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau (PPMD) JAKIM serta sahabat warga JAIP yang berminat untuk turut sama.

Perserta dibimbing oleh Dr Faisal Ashaari dan Dr Hasanah AK dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM.
Sebelum bersurai, kami berkesempatan mendengar kalam taujihat daripada YH Dato' Dr Zulkifle Ali al-Hafiz, Pengarah JAIP.

Kita adalah pendakwah.








#Dakwah #JabatanAgamaIslamPahang #KeluargaMalaysia #PermaiMenulis #Jaip #MediaBaru

Penulisan Dakwah Kreatif









Berkesempatan mengikuti kursus dakwah kreatif anjuran ILIM. Terima kasih kepada Ustazah Mariam Harun yang mempelawa. Itupun tugasan homework krik-krik.

Perjalanan gerakan dakwah tetap perlu dirancakkan walaupun dunia berdepan dengan wabak pandemik.
Antara wasilah untuk menyampaikan Islam adalah melalui penulisan.
Maka, jom menulis !

#Dakwah #kreatif #ilim #JabatanAgamaIslamPahang #Jaip #Pahang #Lipis #Masjid #Daie #PermaiMenulis

Tuesday, September 28, 2021

Masjid Negeri Pahang

Ziarah Masjid Negeri (Lama) Pahang. Juga dikenali dengan nama Masjid India, Masjid 1888, Madrasatul Firdaus. Tetapi Masjid Negeri yang rasminya.
Saya rasa negeri lain tiada Masjid Negeri lama dan baru di daerah berlainan yang sangat jauh jaraknya.

Kami bersua dengan Tuan Imam Abdul Rahman. Tradisi di masjid ini imamnya dibawa khas dari India. Biasanya mereka yang kali pertama bersolat di masjid ini akan berasa kelainan.
Nak tahu ?
Kenalah datang singgah bersolat jemaah di sini.





#Masjid #MasjidNegeri #lipis #pahang #JabatanAgamaIslamPahang #Jaip #Paid #Jakim #Muip #Imam #PermaiMenulis

Monday, September 27, 2021

Bagaimana nak selesaikan masalah

Kadang-kadang bila kita ada masalah.
Kita merujuk kepada kepimpinan atasan untuk langkah penyelesaian.
Mungkin kepimpinan atasan dengan hanya membuat satu panggilan sahaja, masalah tersebut selesai.
Tetapi kalau kita sendiri yang membuat kaedah yang sama, belum tentu selesai. Boleh jadi panggilan atau mesej kita langsung tak berbalas.

Disebabkan tiada plaftorm yang sesuai.
Akhirnya orang kebanyakan memilih untuk terus melontar secara terbuka di media sosial.
Dengan harapan masalah itu jadi viral. Bila viral ada harapan untuk diselesaikan dengan segera.

Lalu.
Pilihan apa yang ada untuk mereka di level kepimpinan dan mereka yang di tingkat anak buah ?

#PermaiMenulis #level #solusi

Saturday, September 25, 2021

Ibnu Battutah

Ustaz Abu Bakar Hamzah (1925-1993) pernah digelar dengan nama Ibnu Battutah Moden oleh sebahagian pelajar semasa berada di England.
Kerana beliau suka menjelajah atau melancong ke serata dunia.



#Tokoh #Sejarah #PermaiMenulis #tahukahanda #abubakarhamzah

Thursday, September 23, 2021

Sop terkini Masjid

Hari ni berlegar di wall dan group "wasap" orang share berkenaan SOP terkini aktiviti masjid dan pengurusan jenazah unruk negeri Pahang.

Menariknya yang lebih beria share bukannya di kalangan pegawai Jabatan Agama, atau pun pegawai masjid. Tetapi yang selain dari pada itu. Bahkan mereka yang luar daripada negeri Pahang turut sama berianya. Jangan nak "menganjing" JAKIM dan JAIN masing-masing dah la yek.

Persepsi positifnya, masyarakat sangat gembira dengan berita SOP tersebut.
Tapi harapannya jangan sekadar menjadi tukang share dan bising di sosmed sahaja ye.
Masa tutup dan penghadan aktiviti masjid depa la yang beria melenting.

Selaku pemerhatian saya sebagai imam Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis .

Kadar kehadiran para jemaah untuk solat berjemaah 5 waktu, biasa-biasa sahaja. Takde lah orang serbu macam minggu pertama Iphone edisi terkini keluar.

*Gambar suasana malam jumaat di masjid komeh. Semasa majlis bacaan Yasin dan tahlil. Andaian tempat kita.. biasanya malam jumaat lebih ramai berbanding malam-malam lain. Kan

Jom sama-sama kita bangkit.




#PermaiMenulis #masjid #sop #kitabelummenang #jaip #jakim

Wednesday, September 22, 2021

Guru Agama Kerajaan

Gambar ini disimpan di Maktabah Pejabat Agama Islam Daerah Lipis.
Tertulis di gambar : Peringatan Hari Kesyukuran Guru Agama Kerajaan Kumpulan Lipis.
Ditengah-tengah berkaca mata hitam Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
5-8-1392H 1963M.
YTM Tengku Mahkota Pahang Ketika itu Tengku Ahmad Shah (24 Oktober 1930-22 Mei 2019) Kemudiannya menjadi Sultan Pahang pada 8 Mei 1974.




#Guru #GuruAgama #Pahang #Lipis #Jaip #JabatanAgamaIslamPahang #SultanAhmadShah #nostalgia #Gambarlama #PermaiMenulis #PejabatAgamaIslamDaerahLipis

Tuesday, September 21, 2021

Burung Merpati

Di Tanah Suci Haramain banyak burung merpati di persekitaran Masjid.
Tak dapat ke Mekah Madinah, Jom beramah mesra dengan merpati di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis.



#merpati #hamam #masjid #lipis #jaip #jakim
#PermaiMenulis

Monday, September 20, 2021

Nenas MD2



Aktiviti lepas subuh.
Nenas MD2 dibawa dari kebun Desa Murni-Sanggang.
Stok terhad.
Rasa Manis tak boleh nak bawak bincang.
Yang bestnya, beli buah tapi dapat sekali anak pokok. Huhu.



#nanas #md2 #masjid #buah #pertanian #PermaiMenulis

Friday, September 17, 2021

Hari Keputeraan ke26 KDYMM Pemangku Raja Pahang

16 September (Khamis) selepas solat maghrib Kami mengadakan Majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena keputeraan yang ke 26, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kami doakan Tuanku dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dapat mentadbir negeri Pahang di bawah limpahan iman dan takwa.

Kami kongsikan kenangan semasa Tuanku Pemangku Raja Pahang berkunjung ke Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis .





Daulat Tuanku. Allahu Akbar.

#AllahLanjutkanUsiaTuanku #dirgahayutuanku
#RajaKita #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal
#pemangkurajapahang #pahang
#KerajaanNegeriPahang
#JabatanAgamaIslamPahang
#MasjidDaerahLipis
#PejabatAgamaIslamDaerahLipis
#PermaiMenulis

Wednesday, September 15, 2021

Mesyuarat Agong Angkasa

Dua-tiga hari ini saya banyak mendapat kiriman SMS dan Whatsapp daripada calon-calon yang bertanding sebagai jawatankuasa Angkasa Pahang barat.

Hari ini akan berlangsung Mesyuarat Agong Angkasa (MAN) Pahang Barat secara atas talian. Saya merupakan perwakilan tunggal Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad.

Angkasa adalah singkatan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad yang didaftarkan pada 12 Mei 1971.
Pada 23 Mei 1996, Angkasa telah diiktiraf sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia.

Semoga perjalanan MAN berjalan lancar dan mereka yang terpilih dapat menjalankan tugas sebaiknya dan dapat memajukan gerakan Koperasi dengan lebih aktif.
Orang kita kalau nak berniaga bersendirian mungkin kekurangan modal. Tetapi dengan koperasi masing-masing akan berkongsi modal bagi menjayakan perniagaan yang berskala lebih besar.

Sebenarnya, dunia perniagaan boleh diterapkan sejak awal lagi ketika di alam persekolahan. Hampir setiap sekolah mempunyai Koperasinya.
Koperasi sekolah merupakan medan praktikal terbaik buat pelajar untuk mendalami dunia perniagaan. Rugi kalau para guru dan pelajar tidak mengambil manfaat dan ruang tersebut.



Presiden Angkasa yang terkini ialah Dato' Abdul Fattah Abdullah. Beliau juga bertanding mewakili Koperasi Kariah Masjid Lubuk Kulit Kuala Lipis.



Saya sertakan Gambar Kenangan bersama Prof Dato' Dr Mohd Ali Baharum (meninggal dunia 2016), semasa menjadi Presiden Angkasa (2009-2013) dalam program Persidangan Imam Besar Kebangsaan di negeri Perlis tahun 2012.

#Angkasa #koperasi #coop #Man #mesyuarat #masjid #koperasimasjid #lipis #pahang #PermaiMenulis

Tuesday, September 14, 2021

Sarapan di mana ?

Setakat hari ini baru jumpa dua buah Kedai makan sekitar bandar Lipis yang boleh "dine in" untuk sarapan sebelum jam 7 pagi.


Kedai Di Desa Perwira terkenal dengan pulut dan rendang.



Manakala kedai di simpang masuk SK Clifford menunya pelbagai. Selain roti canai nak makan nasi goreng dan mee goreng panas pun boleh.

Mengikut makluman, 17 buah kedai makan dalam daerah Lipis sudah diberi kebenaran untuk dine in.

Kedai mana lagi ye yang boleh dine in awal pagi ?

#Sarapan #dinein #PermaiMenulis

Monday, September 13, 2021

Pantun Yang DiPertuan Agong

Pantun yang dititah YDPA.

Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti,
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan lupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati,
Martabatkan negara kembali bermaruah.

Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.

*Kena pakat merasa Nasi Kebuli.
Makanan tradisi negeri Pahang.
Terutama Para YB dan generasi muda.
Singkatan dari Nasi Kebawah Duli.
Bersempena Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis.
Link kami Singgah makan nasi kebuli :

https://youtu.be/Qdu1gOJD5R8

#nasikebuli #pantun #ydpa #parlimen #lipis #makan #PermaiMenulis

Thursday, September 09, 2021

Banner cepat siap

Pagi tadi bergegas mencari tempat yang boleh siap dengan segera banner/ banting untuk program hari esok di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis . Terima kasih kepada Rizqi Printing yang dapat menyiapkan dengan segera.




#bmf #PermaiMenulis #rizqiprinting #masjid #lipis #smapt #jaip

Wednesday, September 08, 2021

Program Semarak Jawi


Menyertai program Semarak Jawi peringkat Negeri Pahang. Program dua hari secara atas talian untuk warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JAIP. Pembentang YBgh Dr Norahida binti Mohamed dan Ustaz Ainuddin bin Kamaruddin daripada KUIPSAS.

Cara untuk lancar membaca kena selalu baca. Kami para khatib akan membaca teks khutbah Jumaat dalam tulisan jawi. Maka secara tak langsung dapatlah ulangkaji.
Cara untuk mahir menulis kenalah sokmo menulis. Kan.

Tahniah pada Jaip terutama Bahagian Dakwah Jaip.

#Jaip #dakwah #pahang #lipis #kuipsas #masjid #paid #jawi #PermaiMenulis #Phei


Menyertai program Semarak Jawi peringkat Negeri Pahang. Program dua hari secara atas talian untuk warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang  yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JAIP. Pembentang YBgh Dr Norahida binti Mohamed dan Ustaz Ainuddin bin Kamaruddin daripada KUIPSAS.

Cara untuk lancar membaca kena selalu baca. Kami para khatib akan membaca teks khutbah Jumaat dalam tulisan jawi. Maka secara tak langsung dapatlah ulangkaji.
Cara untuk mahir menulis kenalah sokmo menulis. Kan.

Tahniah pada Jaip terutama Bahagian Dakwah Jaip.

#Jaip #dakwah #pahang #lipis #kuipsas #masjid #paid #jawi #PermaiMenulis #Phei

Dalam satu masa buat kerja pelbagai



Sarapan sambil berbincang untuk program bersama YADIM Pahang di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis nanti.
Zaman sekarang kena compactkan. Sambil sarapan sekalikan dengan perbincangan. Baru dapat jimat masa.

#PermaiMenulis #Yadim #Paid #Jaip #Yadim

Monday, September 06, 2021

Kamera DSLR jadikan Sebagai Webcam


Kamera DSLR Canon 550D dibeli 11 tahun yang lalu. Harganya semasa itu dalam RM2.5K.
Kebetulan baru sahaja mendapat elaun Imam Wibawa.
Belinya di Lowyat. Antara rombongan yang turut sama memeriahkan kedai kamera ialah Khairol Muhazam Mohamed dan Mohd Faizal Kudus

Sebelum membeli kamera tersebut, saya menangkap gambar menggunakan 'henpon' Nokia E90. Tentunya kamera handphone zaman itu jauh kualitinya jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang. Hanya 3.2 Megapixcel.

Apabila kami membuat Buletin Masjid Lipis dan Raub dengan Percetakan Selasih di Kuala Lumpur, gambar-gambar tak jelas dan tak cantik.
Macam tak berbaloi sebab Kos percetakan Buletin agak mahal, tetapi gambar tak cantik.

Pihak penerbitan juga mencadangkan kami menggunakan kamera yang "betul-betul" bukannya kamera dari "henpon nokia" .

Tahun 2021, harga kamera Canon 550D kalau di Kuantan dalam RM800.00. Kedai yang saya tanya kalau nak Trade In dalam RM 400-500.
Di IG ada saya jumpa harga jualan hanya RM350 sahaja (betul ke?)

Kini, Kebanyakan kita tak perlu pun memiliki sebuah Kamera yang khusus. Boleh dikatakan hampir setiap orang memiliki gajet yang lengkap dengan pakej kamera yang berkualiti. Harga gajet pun mampu milik, dan lebih menjimatkan.

Musim sekarang, kebanyakan program dan urusan dilakukan secara atas talian termasuklah mesyuarat, kursus, perhimpunan hatta perkhemahan pun.

Maka, Kamera Canon yang telah berusia 11 tahun itu dijadikan sebagai Webcam. Kalau nak guna menangkap gambar dan video pun masih ok.

*gambar membuat perbandingan webcam antara kamera Canon 550D dan webcam Fantech 2k.

#Webcam #canon #dslr #PermaiMenulis

Sunday, September 05, 2021

Burger sedap dan legend di Temerloh

Tempat "legen" lagi dikenang.
Sejak tahun 90an "port" rasmi pelajar sekolah menjamu selera ketika outing ke bandar.
Sesuai dengan kedudukannya yang berdekatan dengan stesen bas dan kedai buku Pustaka Saujana.
Khabarnya Mazuan Hassan sanggup beli untuk dibawa ke Jengka.
Kini Lurah Semantan semakin muram, pasaraya Pelangi pun dah lama tutup, Stesen bas lengang dari pengunjung.
Moga Ajie's Burger terus sukses dan semakin maju.



#PermaiMenulis #burger #legen