Dua-tiga hari ini saya banyak mendapat kiriman SMS dan Whatsapp daripada calon-calon yang bertanding sebagai jawatankuasa Angkasa Pahang barat.
Hari ini akan berlangsung Mesyuarat Agong Angkasa (MAN) Pahang Barat secara atas talian. Saya merupakan perwakilan tunggal Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad.
Angkasa adalah singkatan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad yang didaftarkan pada 12 Mei 1971.
Pada 23 Mei 1996, Angkasa telah diiktiraf sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia.
Semoga perjalanan MAN berjalan lancar dan mereka yang terpilih dapat menjalankan tugas sebaiknya dan dapat memajukan gerakan Koperasi dengan lebih aktif.
Orang kita kalau nak berniaga bersendirian mungkin kekurangan modal. Tetapi dengan koperasi masing-masing akan berkongsi modal bagi menjayakan perniagaan yang berskala lebih besar.
Sebenarnya, dunia perniagaan boleh diterapkan sejak awal lagi ketika di alam persekolahan. Hampir setiap sekolah mempunyai Koperasinya.
Koperasi sekolah merupakan medan praktikal terbaik buat pelajar untuk mendalami dunia perniagaan. Rugi kalau para guru dan pelajar tidak mengambil manfaat dan ruang tersebut.
Presiden Angkasa yang terkini ialah Dato' Abdul Fattah Abdullah. Beliau juga bertanding mewakili Koperasi Kariah Masjid Lubuk Kulit Kuala Lipis.
Saya sertakan Gambar Kenangan bersama Prof Dato' Dr Mohd Ali Baharum (meninggal dunia 2016), semasa menjadi Presiden Angkasa (2009-2013) dalam program Persidangan Imam Besar Kebangsaan di negeri Perlis tahun 2012.
#Angkasa #koperasi #coop #Man #mesyuarat #masjid #koperasimasjid #lipis #pahang #PermaiMenulis
No comments:
Post a Comment