Friday, June 24, 2022

Syeikh Jamil Melhi di SMA Maran

Meneman bos, Ustaz Fadzli Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP ke SMA Maran.
Program Daurah Syeikh Jamil Melhi, Ulama Tarim bersama pelajar SMA Maran.
SMA Maran sekolah yang tenang. Sunyi dari hiruk pikuk kenderaan.
Sesuai untuk tarbiyah remaja ibu kota.






#Smamaran
#jaip
#maran
#MajuTerusPahang
#PermaiMenulis

Thursday, June 23, 2022

Gerbang Akhirat




Perbincangan untuk menganjurkan program Muhadharah Kitab Gerbang Akhirat bersama Ustaz Abdullah Kasim, dari Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Pekan dan Ustaz Hairol Anuar, Imam 1 Masjid Daerah Pekan.

Ada sesiapa nak sumbang dana ?
PM terus Imam Hairol. :)

#MuhadarahKitab
#GerbangAkhirat
#Dakwah
#Penerbitan
#Jaip
#Pekan
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Friday, June 10, 2022

Pelajar Tahfiz

Berkongsi sedikit pengalaman bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri Al- Mahmudiyah.
Semoga mereka terus bersemangat dan istiqamah.
Terima kasih kepada Tuan guru ustaz Roslan Harun Al-Gildy dan Ustaz Mahayuddin atas jemputan.





#tahfiz #pelajar #pengalman #belajar #PermaiMenulis #DakwahAnakMuda

Penting Komunikasi Berkesan

Pagi ini semasa bersarapan dengan Tuan Qadhi Zainudin Zakaria Abu Aisyah dan Imam Mohd Faizal Kudus.

Pusat servis kereta call, remind jadual servis kereta saya pagi ini. Kalau ikut masa, saya dah lewat setengah jam.
Saya maklumkan, semalam semasa saya mendengar taklimat dari Ustazah Mariam Harun , staf pusat servis ada call, memaklumkan terpaksa kiv servis kerana mekanik deme bercuti. Jadi deme minta anjak ke hari Isnin.
Pendek cerita, terpaksa saya lewat untuk bertemu Sis Yana di Paid Lipis.
Ketika ini saya sedang menaip di ruang menunggu sementara menanti kereta servis.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kelancaran sesuatu gerak kerja.
Kadangkala berlaku masalah kerja dan perhubungan dalam pergaulan disebabkan salah faham dalam komunikasi.

Zaman kini, perlunya komunikasi yang bersifat jelas, tepat, ringkas dan cepat.

Bukan lagi era kirim surat dengan burung merpati sebagai posmennya.



#kerja #sistem #skill #komunikasi #budaya #smart #PermaiMenulis

Tuesday, June 07, 2022

Majlis Perpisahan Imam

Maksud sabda Rasulullah SAW : Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terharu dengan penganjuran majlis sempena pertukaran saya. Dari hulu kita menghilir.
Jika dahulu perjalanan dari Pekan ke Kuala Lipis mengambil masa 45 hari untuk mudik. (W.Linehan, pengembara Inggeris) kurun 18.

Sekarang hanya beberapa jam sahaja. Insya-Allah ada peluang ruang kita masih boleh bersembang sambil minum-minum.

Terima kasih kepada al-Fadhil Qadhi dan mantan Qadhi Daerah Lipis, sahabat warga kerja Masjid Sultan Mahmud dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan.

Budi yang baik sentiasa dikenang.

#PermaiMenulis #mudik #jalansungai #risalah #dakwah #jaip #masjid #majlis #lipis #PahangTerusMaju













Saturday, June 04, 2022

Imam Masjid Daerah Lipis

Tugasan akhir sebagai Imam Masjid Daerah Lipis. Mewakili Al-Fadhil Qadhi membaca khutbah jumaat dan imam solat jumaat di Masjid Bukit Kota dan menghadiri program Majlis hari guru peringkat daerah Lipis di SMK Koyan bersama YAB DS MB.

Saya telah bertukar ke Unit Penerbitan Bahagian Dakwah JAIP.
Terima kasih kepada YH Dato’ Pengarah JAIP, YH Dato' Imam Besar dan Tuan KPP serta pasukan pegawai masjid dan BPMS JAIP atas segala tunjuk ajar dan peluang yang diberikan.










#MasjidTerusMaju
#SelamanyaJiwaMasjid
#PermaiMenulis
#MasjidDaerah
#MasjidSultanMahmud

Thursday, June 02, 2022

KPP Dakwah tazkirah di Masjid Lipis

Tuan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang, Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzli Mat Saman menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di Masjid Sultan Mahmud.
Beliau sebelum ini pernah menjadi Tuan Qadhi Daerah Lipis dan juga Imam Besar Masjid Negeri Pahang.





#kppdakwah #jaip #masjid #masjiddaerah #pahang #JabatanAgamaIslamPahang #MasjidSultanMahmud #lipis #pahang

Monday, May 23, 2022

Mesyuarat Agung Angkasa

Hari ini simulasi Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa. Supaya bila berlangsung mesyuarat yang betulnya dapat berjalan lancar.
Walaupun hanya simulasi, Ahli Lembaga (ALK) dan perwakilan dapat memberikan komitmen sebaiknya. Dato' Sri Fattah siap buat ucapan pra perasmian lagi.

Mesyuarat Agung akan dijalankan secara dalam talian. Walaupun negara telah fasa endemik, namun tiada salahnya sesetengah program seperti mesyuarat dijalankan secara online. Kadang lebih praktikal. Jimat masa, tenaga dan tentunya kewangan.
Tapi nak buat jamuan raya online tak bolehlah. Kena lah sesuaikan.

Buat simulasi adalah tip untuk memastikan sesebuah program berjalan lancar terutama program grand dan rasmi.




#PermaiMenulis #simulasi #koperasi #Angkasa #koop #lipis #mesyuarat #online #zoom #mapa2022

Saturday, May 21, 2022

Jamuan Surau

Jamuan raya Surau Darul Muttaqin. Masih banyak projek dan program di tempat ini. Antaranya ialah rumah orang tua. Tahniah kepada Ustaz Borhan dan pasukannya.



#Surau #jamuanraya #syawal #PermaiMenulis

Thursday, May 19, 2022

Tiru idea



Aktiviti Lepas subuh.
Mencari idea yang boleh dicedok.
Meniru apa yang orang dah buat. Antara kaedah yang boleh kita gunakan.
Tapi ketika exam jangan guna formula ni.

#Formula #meniru #idea #PermaiMenulis

Monday, May 16, 2022

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera



Selamat hari guru kepada semua guru kami. Tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman.
Jauh sekali dari Kami menjumudkan hanya sekian-sekian sahaja yang dilabelkan sebagai guru. Bahkan semuanya adalah guru yang berjasa kepada kami. Terima kasih.
Didoakan moga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

#guru #selamathariguru #murabbi #pendidik #terimakasih #PermaiMenulis #gurutunjangsekolahsejahtera

Friday, May 13, 2022

Masjid Sebagai tempat perlindungan.

 Masjid Sebagai tempat perlindungan.


Semalam berlaku banjir kilat di Janda Baik Bentong. Mutakhir bencana banjir semakin kerap berlaku di tempat kita.
Sewajarnya semua pihak perlu memikirkan solusi terbaik untuk jangka panjang dan pendek.
Bila banjir, mangsa akan dipindahkan ke tempat perlindungan. Biasanya di sekolah, balai raya dan tak terkecuali di Masjid.

Ketika banjir besar tahun 1970 di Temerloh, antara Masjid yang saya jumpa gambar di google menjadi tempat perlindungan, Masjid Abu Bakar Temerloh dan Masjid Kampung Bukit Kepayang.

              Masjid Abu Bakar Temerloh
                                                                Masjid Bukit Kepayang

#Masjid #sejarah #pusatperlindungan #Jaip #PermaiMenulis #Temerloh #Jakim


Banjir

Zaman berubah.
Dulu masa belajar geografi kat sekolah, musim hujan ketika angin monsun timur laut. Pantai timur biasanya akan dilanda banjir. Penduduk dan agensi yang berkaitan dah "stnby" siap-siap.
Tetapi sekarang semakin berbeza. Dalam setahun berkali-kali banjir.
Tempat yang dahulunya tak pernah kena banjir kini ada yang jadi tempat yang kerap dinaiki air.
Cikgu yang mengajar alam manusia pun boleh jadi "konfius" dengan sukatan.
Semuanya dengan Kehendak Yang Maha Esa. 



#zaman #berubah #PermaiMenulis 

Wednesday, May 11, 2022

Meriah Raya di kampung

Suasana Hari Raya di kampung cukup meriah.
Nak pula tahun ini, lain macam penangan qadha' raya 2 tahun punya.
Tetapi mungkin dua tiga hari, letaklah paling lama seminggu.
Selepas itu kebanyakan rumah di kampung kembali sunyi dan ada yang berkunci terus.
Jumlah Masjid di kampung tradisi yang tak cukup bilangan 40 orang untuk mendirikan solat jumaat semakin bertambah.
Ada Masjid yang sekian lama telah dapat fatwa khas tamam 12. Tetapi parahnya nak dapat 12 orang pun susah.
Begitulah realitinya.
Bukannya orang muda tak nak duduk di kampung. Tetapi berkait dengan ruang dan peluang kerjaya.
Saya cadangkan kepada mereka yang mempunyai ruang dan peluang, usahalah untuk meriahkan kampung.

*Gambar beraya di rumah Ustaz Hasan yang dari bandar kembali ke kampung.



#PermaiMenulis #raya #syawal #aidilfitri #kampung #pahang #bandar

Thursday, May 05, 2022

Mencari kedai makan di musim raya

Catatan Raya.
Musim raya kenderaan memang penuh di jalanan.
Hari ini raya ke-4 pun masih penuh lagi.
Maknanya orang lebih ramai di jalanan berbanding di rumah. Cerita فاطن نتشا سليمان , pergi ziarah rumah sahabat setengah jam sahaja, 8 jam lagi di jalanan sebelum tiba di rumah sendiri.
Kedai makan pun masih belum dibuka sepenuhnya. Sama ada tokey masih dalam mood raya atau pun untung niaga bazar Ramadan lumayan, itu yang berasa malas lagi nak buka.
Hasilnya, mana-mana kedai makan yang bukak, terlampau lah ramai sehinggakan tokey tak menang tangan dan tutup awal sebab stok bahan mentah dah habis.
Realitinya start hari ke 3 dan paling awal hari kedua lagi orang dah cari nasik. Mana tahan perut memanjang nak makan kuih raya je.
Lemang ketupat pun sehari dua bolehlah. Huhu.
Dah nama orang Malaysia. Nak nasik jugaklah.

Mana-mana yang nak buat bisnes part time, saya cadangkan jual nasi berlauk tima pasca raya. Insya-Allah ramai pelanggan.



*Gambar kenangan beraya di rumah mak saudara Masmuna Samah

#PermaiMenulis #raya #syawal #jalanan

Wednesday, April 27, 2022

Mengaji Al-Quran Qiraat Syu’bah ‘an Asim Surah Al-Naba'

 Moh Mengaji Al-Quran Qiraat Syu’bah ‘an Asim




Imam 'Asim mempunyai dua perawi yang masyhur iaitu Syu’bah dan Hafs.
Kata Imam 'Asim : Qiraat yang aku bacakan pada Hafs berdasarkan apa yang aku ambil daripada Abi Abdul Rahman al-Sulami daripada Ali bin Abi Talib.
Manakala qiraat yang aku bacakan kepada Syu’bah ialah apa yang aku ambil daripada Zirr bin Hubaisy daripada Abdullah bin Mas'ud.

Insya-Allah pada ruangan ini sama-sama kita mengaji Al-Quran dengan Riwayat Imam Syu’bah.


#AlQuran #Qiraat #Syukbah #MasjidDaerahLipis #DakwahAnakMuda #PermaiMengaji #Jaip

https://youtu.be/BxR0xWnDvGM

Tuesday, April 26, 2022

Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) melalui aplikasi zoom.

Antara perniagaan yang dijalankan ialah :

-Perkhidmatan bekalan lembu kurban secara online melalui laman www.coopqurban.com
-Pengedar kurma jenama Al-Helmy.
-Pengedar Ayam jenama SIHAT.
-Produk ubat gigi Al-Shifa.
-Pengedar produk Madu Honey Stick.
-Pengedar produk sejuk beku daging.

Perancangan perniagaan masa hadapan :
* Projek Dobi layan diri.
* Projek pelancongan.

Moga Konsortium ini berjalan lancar.
Maju ekonomi ummah.



#koperasi #masjid #KoperasiMasjid #ekonomi #bisnes #PermaiMenulis

Monday, April 25, 2022

Berbuka puasa Timbalan Menteri Luar Bandar

25 April 2022 Bersamaan 23 Ramadan 1443H,
Majlis Berbuka puasa anjuran Parlimen Lipis/ Umno Bahagian Lipis bersama YB Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis di Masjid Sultan Mahmud.
Hadir sama dalam majlis YH Dato Abu Jimi Samat.




#iftar #parlimenLipis #Dsarm #masjid #lipis #pahang

Saturday, April 23, 2022

Urus Sumber tenaga dengan bijak

Perlunya bijaksana dalam menguruskan sumber tenaga. Urusnya dengan berhemah.
Bukanlah dianggap hebat dan APC setiap tahun jika berterusan menggunakan semua sumber tenaga yang ada secara maksima.
Contoh popular di masjid, pasang pendingin hawa ("ekon" ) dan kipas secara serentak.
Kononnya sebab nak lebih sejuk.
Ke macam mana ?



#PermaiMenulis #sumber #tenaga #bijaksana

Monday, April 18, 2022

Masjid terima sumbangan Perbadanan Kemajuan Pertanian PKPP Pahang

Masjid Sultan Mahmud (Masjid Daerah Lipis) menerima sumbangan kewangan berjumlah seribu ringgit daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang disampaikan oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang merangkap pengerusi PKPP.

Semoga PKPP terus maju jaya.
Terima Kasih.





#Ramadan #Aidilfitri #sumbangan #Masjid #Jaip #MasjidDaerah #Pkpp