Sunday, March 11, 2018

Adat Resam Menjayakan Program

Bila sesuatu program hendak dilangsungkan. Sudah tentu perlu kepada persiapan untuk menjayakan program tersebut.
Mesti ada AJK  yang menyusun gerak kerja secara bersistem.
Bermula dengan perlantikan AJK, Mesyuarat, pengagihan kerja secara berfokus sehinggalah berlangsungnya program.
Jangan anggap selesai program  segalanya telah beres. Masih ada gerak kerja yang dilakukan seperti mesyuarat postmortem.

Namun, ada masanya walaupun telah berkali-kali mesyuarat, lawat tapak program, follow up bagai… tetapi sewaktu program berlangsung masih berlaku insiden yang ‘mencacatkan’  kelancaran dan kecantikan program tersebut.
Maka ketika itu, tindakan segera perlu dilakukan tanpa sempat nak buat mesyuarat atau perbincangan tergempar.
Paling penting ketika itu, nak selesaikan masalah tersebut.

Kalau program di Masjid, seperti pembesar suara berdesing, bekalan elektrik terputus, penceramah jemputan tak hadir, makanan tak cukup… dan lain-lain lagi.

Akhirnya, walaupun kita dah rancang dan susun program dengan sangat kemas, teliti dan hebat. Jangan lupa berdoa memohon bantuan dan keberkatan Allah SWT.



#PermaiMenulis #program   


No comments: