Saya bacakan Hadis riwayat Imam Tirmizi dari kitab Bahrul Mazi yang disusun oleh Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi dalam kuliah mingguan.
Hasratnya nak sampai khatam, walaupun akan memakan masa yang sangat lama. Mana taknya, sekali kuliah hanya baca satu hadis sahaja.
Kitab Bahrul Mazi yang berjilid-jilid ini saya beli di Mesir. Cetak dan terbitnya di Mesir dan dijual di kedai buku di Mesir. Sungguh menarik kerana kitab dalam bahasa melayu bertulisan jawi ini dijual di kedai buku orang arab dan diletakkan bersama-sama kitab lain yang berbahasa arab.
Jami' At Tirmizi ini kepunyaan ayah saya. Semasa hayatnya beliau bersungguh mempelajari Hadis. Daurah Hadis bersama Ustaz Khairul Azmi yang diadakan di Darul Fikri atau di Restoran Abu Aish, Kuantan selalu dihadirinya. Disebabkan daurah berakhir agak malam dan kesihatan tak seberapa, biasanya beliau akan tidur di mana-mana surau, pagi esoknya baru balik ke Temerloh. Sehinggalah beliau sudah semakin uzur dan tidak larat untuk memandu jauh, maka daurah tersebut tidak dapat dihadirinya lagi.
Saya bacakan sekali, Semoga Ayah saya mendapat manfaatnya. Amin.
Kini Daurah Hadis telah diadakan di Maahad Tahfiz Al-Istiqmah Temerloh. Orang Temerloh jangan lepaskan peluang.
#PermaiMenulis #DaurahHadis #BahrulMazi #buku #baca
No comments:
Post a Comment