Songkok merupakan pakaian penutup kepala warisan tradisi melayu yang dipakai di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Secara tak langsung songkok menjadi simbol identiti Islam.
Bagi sesetengah upacara dan program rasmi di negara kita, pemakaian songkok menjadi protokol yang perlu dipatuhi khususnya program yang melibatkan DYMM Agong dan Sultan.
Saya bersekolah menengah agama yang songkok termasuk dalam pakaian seragamnya. Saya masih ingat, ketika membuat persiapan kelengkapan untuk memasuki tingkatan 1, songkok saya dibeli di kedai Al-Hidayah Temerloh.
Selepas setahun berlalu, songkok saya berubah warna menjadi warna kehijauan. Mana taknya, hampir setiap hari berhujan ketika pulang ke rumah.
Selepas zaman sekolah menengah, Saya tidak mempunyai dan tidak memakai songkok, baik ketika di Maahad Tahfiz Masjid Negeri Pahang dan ketika di Mesir.
Saya kembali memiliki songkok apabila mula berkerjaya. Walaupun kini saya tidak memakainya setiap hari, namun selaku pegawai agama Jabatan Agama Islam Pahang tentunya songkok termasuk antara pakaian rasmi saya.
Kini, Saya mempunyai sebuah Songkok Gundal yang terkenal di Kuantan. Harganya pun boleh tahan. Tak lah murah. Saya membelinya ketika berkerja sebagai tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).
Ketika kami para imam masjid daerah menghadiri Persidangan Imam Besar Peringkat Kebangsaan anjuran JAKIM yang diadakan di Kedah, ketika bersiar di Pulau Pinang, kami terjumpa sebuah kedai songkok legend yang beroperasi sejak tahun 1936. Kedai Songkok OSM Mohd Shariff yang beralamat di 157 Lebuh King. Menurut sumber, terdapat pembesar negeri yang menempah di situ. Menariknya semua imam masjid daerah dari Pahang yang menghadiri persidangan tersebut menempah songkok lipat di kedai tersebut. Paling terkejut, harganya sangat murah. Tak sampai RM 30 untuk sebuah songkok termasuk harga pos.
Kenapa saya bersemangat bercerita pasal songkok ?
Kerana hari ini, saya menerima hadiah dua buah songkok dari Indonesia. Terima kasih tidak terhingga buat Tengku Aisyah.
Sebuah songkok yang belah depannya bulat, dan sebuah songkok lipat.
Songkok lipat
Kata Sukarno
Channel : https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #syawal #raya #songkok
No comments:
Post a Comment