Akhirnya
kedai buku yang ‘besar’ dibuka di Lipis. Lebih menarik kedai buku tersebut
kepunyaan orang Islam.
Di hadapan SMO Bookstores Cawangan Lipis
Kedai
buku yang dikenali dengan nama SMO Bookstores kepunyaan Syarikat Muda Osman.
Kini SMO Bookstores mempunyai 25 buah cawangan. Di Pahang selain di Lipis yang
baru beberapa hari dibuka, SMO Bookstores turut ada di East Coast Mall Kuantan.
Syarikat
Muda Osman diasaskan pada tahun 1939
oleh Haji Muda Osman, bermula di daerah Pasir Mas, Kelantan. Kemudiannya
diteruskan oleh anak-anak beliau Tuan Haji Hassan,
Tuan Haji Othman dan Tuan Haji Yusoff.
Legasi perjalanan
syarikat diteruskan oleh generasi
ketiga cucu-cucu Haji Muda Osman iaitu
Tuan Haji Ahmed Azim Othman, Tuan Haji Noor Hisham Yusoff dan Tuan Haji Ahmed
Azman Othman.
Saya berkesempatan dan bertuah dapat berjumpa dengan Pengarah Urusan SMO, Tuan
Haji Ahmed Azim Othman.
Bersama Tuan Haji Azim, Pengarah Urusan SMO.
Selepas
ini, orang ramai terutamanya para pelajar
boleh mengisi masa "outing" ke bandar Lipis dengan berkunjung ke SMO Bookstores.
Pasti mengujakan terutama bagi mereka yang minat membaca.
Sebelum
ini saya tidak pasti bagaimana para pelajar terutamanya pelajar asrama keluar “outing” ke
mana. Saya membayangkan zaman persekolahan saya dahulu dengan selalu berkunjung di kedai buku Pustaka
Saujana di Temerloh dan Kuantan.
"Bisnes Card" Pengarah Urusan SMO Bookstores dan Kad Ahli SMO Bookstores.
Kad Ahli SMO Bookstores seumur hidup. Berbeza dengan kad ahli Popular yang ada expired date.
Semoga,
SMO Bookstores khususnya di Lipis mendapat tempat di kalangan masyarakat dan
terus maju jaya.
Jom berkunjung ke SMO Bookstores !
fb.me/azraie.permai
https://twitter.com/AzraiePermai
http://syababgr.blogspot.com/
https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis
#SMOBookstores #buku #baca
No comments:
Post a Comment