Ikan dagingnya lembut berbanding daging yang kalau tidak diurus dengan baik ketika sembelih lagi, ketika melapah dan memasak boleh jadi sangat liat.
Disebabkan saya sering sakit gigi tentu menu ikan menjadi pilihan.
Ada ikan laut, ikan sungai dan ikan 'darat' (paya).
Alhamdulillah saya boleh makan belaka.
Saya perhatikan ada orang yang hanya makan ikan laut sahaja tetapi seperti allergic makan ikan sungai dan paya. Betul-betul rugi. Kan ?
Padahal sama-sama kategori ikan yang tidak perlu disembelih.
Cuma, kalau nak makan ikan sungai kena servey dulu. Sebab memang ikan tersebut asal sungai, tetapi yang orang jual hidangkan, rupanya ikan yang dipelihara di kolam. Yang ni saya pun tak selera nak makan. Huhu.
#PermaiMenulis #GengPermai #ikan
No comments:
Post a Comment