Tayar yang pancit dah koyak dan bengkak. Nak tukar yang baru kedai yang saya pergi ni takde stok tayar yang sesuai dengan rim. Tapi depa deal dengan rangkaian kawan-kawan kedai tayar depa, kenalah tunggu sekejap sementara depa ambil tayar di tempat lain.
Sementara menunggu tayar siap diganti, saya ingin bercerita pengalaman menukar tayar. Tahun 2019 antara tahun yang beberapa kali saya terpaksa ke kedai tayar.
Antaranya pada hari pertama berpuasa. Tayar pancit di Temerloh, saya singgah berhenti di sebuah kedai tayar orang melayu. Sebenarnya sebelum ini saya pernah tukar 4 biji tayar baru sekali dengan servis minyak hitam di kedai tersebut.
Staf kedai maklumkan yang rim kereta bengkok, siap tunjuk rim tersebut yang bergerak tak sama. Depa cadangkan untuk tukar 4 biji sport rim seken yang ada di kedai tersebut. Sebab rim tersebut tak cantik saya tak nak, saya tanya boleh ketuk tak rim bengkok tersebut, depa kata tak sempat sebab hari dah petang dan depa pun nak balik awal untuk berbuka puasa.
Akhirnya saya hanya tukar tayar baru sahaja tanpa tukar rim. Saya balik ke Lipis dengan tayar baru tapi dengan stering senget, kononnya rim bengkok.
Esoknya saya ke kedai tayar di Lipis, buat alligment dan takde pula kedai di sini beritahu yang rim tersebut bengkok, dan sehingga sekarang saya masih pakai rim tu.
Persoalannya adakah kedai tayar melayu tersebut stafnya tak pakar atau depa sengaja nak menipu saya ?
Sekarang saya tak pergi dah kedai tersebut.
#PermaiMenulis #GengPermai #tayar
No comments:
Post a Comment