Sunday, November 29, 2020

Kompleks Teruntum Tahun 2020




Kompleks Teruntum terus berdiri megah di bandar Kuantan. Sebagai mercu tanda, bila mula-mula masuk dan sampai bandar Kuantan akan terlihat Kompleks ini.
Tahun 80-90an era kegemilangan Kompleks Teruntum, kebanyakan pelajar dan orang muda akan berkunjung dan melepak di sini.
Kali pertama saya merasai pengalaman menaiki tangga eskalator adalah di sini. Ketika itu bandar Temerloh-Mentakab tak wujud lagi tangga eskalator.
Semasa saya bersekolah Menengah, Kompleks Teruntum tempat mencari Sandal Lee Cooper, buat baju Tshirt Kelas (yang tulis nama semua rakan sekelas kat baju) dan membeli alat tulis di kedai tingkat 3.
Zaman saya di Maahad Tahfiz dan kemudiannya Pasca nak ke Mesir, berkunjung ke Kompleks Teruntum untuk ke pejabat Yayasan Pahang untuk urusan biasiswa dan pinjaman.
Kali pertama dan terakhir saya masuk dan makan di restoran A&W juga di kompleks Teruntum. Sekarang dah tiada restoran A&W di sini.
Siapa ada kenangan di Kompleks Teruntum ?

https://youtu.be/TFcnaQxHfJg

#PermaiMenulis #GengPermai #KompleksTeruntum #kuantan #lknp #memori #legen

No comments: