Wednesday, November 04, 2020

Roti canai sedap di Lipis

Sarapan di Restoran Syed Roti Canai yang baru sahaja beroperasi di Lipis. Depa terkenal di bandar lama Jerantut dan ada cawangan di bandar Temerloh.
Macam biasa, bila terkenal dan baru buka tentulah ramai pelanggannya. Saya juga tidak terkecuali, huhu. Ambil gambar buat kenangan, terus sahabat berdua tu posing sekali. Haha. En. Faiz dan isterinya Pn. Astra. Dan macam depa je yang belanja tadi 🤔
Kedai ni dua penebar sekali jalan, cuma waiter je macam kelam kabut lagi. Biasalah kedai baru. Semoga terus sukses.



#PermaiMenulis #sarapan #makankatmana #lipis #roticanai

No comments: