Wednesday, September 01, 2021

Hari Kebangsaan ke 64



Hari Kebangsaan kali ke 64 diraikan sekadarnya. Tiada perarakan besar-besaran seperti tahun-tahun sebelum kita menerima ancaman wabak covid-19.

Bagaimana kita mengisi kehidupan kita sebagai anak merdeka ?
Bukannya sekadar melaungkan slogan Merdeka sambil mengibarkan bendera. Lalu dengan puas kita klaim bahawa telah selesai tanggungjawab meraikan hari kemerdekaan.
Lalu bagaimana ?

Antaranya :
1. Daulatkan bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan dan persuratan yang rasmi. Sebabnya masih banyak borang-borang dan surat yang menggunakan bahasa Inggeris. Masih ada rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan tetapi selesa menggunakan bahasa inggeris.
Bagi saya, kalau bab bahasa melayu ni kantoi, tak payahlah nak dewa sangat kononnya jadi rakyat Malaysia yang patriotik. Baik pindah sahaja ke negara Inggeris.

2.Tulisan warisan negara kita adalah tulisan Jawi.
Jadikan mata pelajaran jawi sebagai teras yang semua rakyat perlu pelajari dan kuasai. Kita bimbang generasi hadapan hanya berjumpa tulisan ini di muzium sahaja. Tidak sepayutnya apabila timbul cadangan hendak dimasukkan tulisan jawi hanya beberapa muka surat sahaja ramai pihak yang melenting sehinggakan Menteri Pendidikan ketika itu terpaksa meletakkan jawatan.

3. Agama rasmi di Malaysia adalah Islam, tanpa mengenepikan hak agama lain. Tetapi semua pihak perlu jelas dan tidak mempertikaikannya. Di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi, mata pelajaran Pendidikan Islam perlu menjadi teras yang wajib diambil dan lulus dengan kepujian bagi orang Islam.
Kerana mereka yang faham agama Islam pasti akan jelas dan bersungguh-sungguh mempertahankan kelangsungan kemerdekaan negara kita.

Jika selesai 3 isu ini, barulah Merdeka.kan.

Mengenang hari kemerdekaan yang disambut pada setiap 31 Ogos, kami ulang siar video semasa berziarah ke kubur pahlawan yang pernah suatu masa dahulu berjuang melawan penjajah.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama.

Kubur Tok Peramu @ Dato' Bahaman
https://youtu.be/LrM_z0SI45k

Kubur Mat Kilau
https://youtu.be/kpf0e6ZXm1o

Semoga roh para pejuang dicucuri rahmat.

Laungan Merdeka pasca pandemik
https://youtu.be/CjFs1c_5KK4

#MalaysiaPrihatin #Merdeka #PermaiMerdeka #PermaiMenulis #matkilau #bahaman #pejuang #tokoh

No comments: