Dahulu, pen merupakan antara barang yang menjadi pilihan untuk diberi hadiah. Mungkin sekarang pun masih lagi tetapi bukan dalam komuniti persekitaran saya. Huhu.
Sekitar tahun 2007/08 Saya pernah menerima hadiah pen Parker Vintage yang bertemakan warna merah, kena sangat dengan tema tahun baru cina.
Sehingga sekarang masih dalam keadaan yang sangat baik. Semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada pemberinya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Qalam :
ن ۚ وَالقَلَمِ وَما يَسطُرونَ
"Nuun. Demi Qalam (pen) dan apa yang mereka tulis." (Surah al-Qalam, ayat 1)
Surah ini diberi nama al-Qalam yang bermaksud qalam (pen / alat tulis) sebagai satu isyarat kepentingan qalam (pen / alat tulis) terhadap umat Islam. Supaya menjadi umat yang berpengetahuan dan bermaklumat.
Umat yang cinta kepada ilmu perlu akrab dengan Pen atau alatan menulis yang terkini. Lazimi diri untuk sentiasa menulis.
Namun awas ! Tulislah perkara yang berfaedah dan kebaikan. Bukannya tulisan yang membawa kepada perpecahan atau kekeliruan.
Jangan kerana hendak mendapat perhatian, maka sanggup menulis perkara yang tidak benar.
Zaman kini, tafsiran kepada qalam boleh diluaskan kepada alat tulis yang lebih canggih seperti komputer, laptop, tablet, ipad dan telefon pintar.
Mungkinkah ada yang sudi memberi hadiah qalam kepada kami.
#pen #qalam #gadjet #tulis #PermaiMenulis #hadiah #tahunbarucina #dakwahanakmuda #DakwahJaip
No comments:
Post a Comment