Monday, February 07, 2022

Peperiksaan Sijil Menengah Agama

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) buat pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang.
Peperiksaan yang dijadualkan bermula 7.2.2022 sehingga 14.2.2022.
Namun ada sekolah yang terpaksa ditangguhkan peperiksaan disebabkan isu Covid iaitu SMA Al-Khairiah, SMA Batu Talam, SMA Tarbiah Islamiah dan SMA Pelangai.
Peperiksaan SMA adalah mengikut silibus Buuth Al-Azhar Mesir untuk pelajar tingkatan 4.
Zaman dulu-dulu pelajar tingkatan 3 perlu menduduki 2 peperiksaan sijil dalam tahun yang sama iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Rendah Agama (SRA) kemudiannya SRA dihazafkan.
Kalau gagal SMA, tak lepas lah naik ke tingkatan 5. Ada yang mengulang semula tingkatan 4 atau berpindah ke sekolah menengah kebangsaan.

Disebabkan semua mata pelajaran SMA dalam bahasa arab dan jawapan dalam bentuk karangan bukannya pilihan A,B,C,D. Tentunya bukan mudah untuk mengarang bahkan menggoreng ayat sendiri.
Pelajar biasanya akan menghafal ayat dari teks kitab.
Mantap weh pelajar Sekolah Agama. Bukan setakat menghafal al-Quran. Buku teks pun hafal. Haha.

Antara kenangan kami semasa menjelang hari peperiksaan. Akan kelihatan calon-calon peperiksaan di segenap pelusuk bangunan sekolah hatta di kaki lima, tepi tembok.
Masing-masing mencari tempat yang serasi dan selesa untuk mengulangkaji dan tentunya untuk menghafal.
Untuk menghafal, ada pelajar yang boleh duduk dalam suasana riuh. Tetapi ada yang kena tempat yang sunyi. Setiap orang berbeza.
Sampai penat otak kami menghafal. Lastnya tertidur. Bangun-bangun sambung semula menghafal.
Bagaimana dengan kenangan kalian ?



*Gambar kenangan selepas seminar SMA bersama Ustaz Borhan dan Ustazah Rashidah.

#PermaiMenulis #SijilMenengahAgama #Sma #smu #jaip #jakim #agama #sijil #peperiksaan #pahang #malaysia #agama #islam #pelajar #exam

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Admin🤗.. Terima kasih kerana berkongsi kenangan dengan saya, yg bakal menduduki peperiksaan SMA... Risau juga nak ujian nanti sebab jenis lambat menghafal😔