Wednesday, March 06, 2019

Doa Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar

Allahumma Ya Allah..

Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Allahumma ya Allah.

Dengan limpah rahmat dan kurnia-Mu, Kami memohon agar Majlis Ramah Mesra bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ini sentiasa mendapat petunjuk ke jalan yang diredhai, berjalan lancar, beroleh kejayaan, mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusannya.

Allahumma ya Allah,

 اللهم اجعل جمعنا هذا جمعاً مرحوماً، وتفرقنا من بعده تفرقاً معصوماً

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau Rahmati. Dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada sebarang bala bencana dan kemaksiatan


No comments: