Selesai kelas
mengaji petang ini, saya bergegas ke kampung Binjai. ‘Melawat’ kambing
biri-biri di situ. Kami bercadang untuk membeli kambing biri-biri pula.
Saiznya yang
lebih besar dari kambing kampung cukup mengujakan. Umur matangnya pun lebih
singkat. Bolehlah siapa-siapa nak buat korban dengan kami nanti.
Insya-Allah
sedikit masa lagi, kami akan mengembala kambing biri-biri pula.
Kambing bebiri di kampung Binjai, Lipis
Pernah dengar tak
?
Permainan atau pun kaedah Mengira kambing biri-biri
untuk tidur dengan baik. Suatu permainan tidur untuk Kanak-kanak yang
dipopularkan oleh geng ‘Mat Saleh’.
Siapa yang payah
nak tidur, bolehlah bertandang ke tempat kami untuk mengira kambing biri-biri. Huhu.
Rasulullah SAW juga pernah mengembala kambing. Antara hikmahnya ialah sebagai latihan kepimpinan kepada Rasulullah SAW.
Menguruskan binatang lebih mudah dari manusia yang lebih banyak ragamnya. Allah SWT mendidik Rasulullah SAW menguruskan haiwan dahulu sebelum berdepan dengan manusia.
Saya rasa modul kepimpinan boleh masukkan training mengembala haiwan seperti kambing dan lembu. Rasanya tiada lagi 'kosalten' yang buat modul macam ini.
Doakan semoga
urusan kami untuk membela kambing biri-biri dipermudahkan. Insya-Allah.
Channel : https://t.me/AzraiePermai
Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami
"Kek Moist Choc "
🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima
🔛 FREE COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan Rm 1 -Rm 3 sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓
Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER
#Permaimenulis
#pengembala
No comments:
Post a Comment