Sunday, March 28, 2021

Pentingnya Pengurusan di Kedai Makan. Kedai Makan tak best

Hari ini bersama sahabat empat orang bersarapan di sebuah kedai yang agak terkenal juga di sini.

Ketika kami sampai, pelanggan sedang-sedang sahaja, dan kami tak perlu beria “mengushar” mencari meja kerana banyaknya meja yang kosong.
Hanya dua sahaja yang memesan makanan manakala saya dan seorang lagi hanya memesan minuman dek kerana kami baru sahaja pulang dari kedai makan yang lain.
Tunggu punya tunggu, air pun sampai. Makanan menyusul selepas itu, tetapi boleh tahan lamanya menunggu.
Sampai sepinggan dahulu, makan punya makan. Habislah sahabat ni makan makanannya, yang seorang lagi belum pun sampai. Dahlah sahabat ini dari jauh, figura jugak la sikit-sikit. Tetapi staf kedai semua macam tak kenal je.
Tak kenal saya tak peliklah, walaupun jarak kedai dekat jugalah dengan masjid tempat kome jadi Imam tuh.
Sebab lama sangat, kami pun pergilah menyusul ke waiter, ke tempat masak. Tetapi masih lama lagi menunggunya.
Sampaikan Mood nak makan pun dah tak berapa best. Sampai timbul cadangan nak batalkan je pesanan.
Akhirnya, sampai juga la makanan yang dipesan. Waiter pula takde menyatakan kekesalan, seperti ucap minta maaf lambat ke..
Kami pun memberi pandangan dan teguran kepada dia. Tetapi menjawab pulak tu. Sahabat kami siap kata lagi ke waiter : “awok bukannya tebar yang baru, saya nampak ambil dalam freezer je dan panaskan. Kenapa boleh lambat” Minta maaf lah nak cakap, kalau macam ni cara pengurusan kedai ini, pelanggan akhirnya akan lari dari sini.
Begitulah kisah sarapan hari ini.
Pentingnya belajar ilmu pengurusan. Kompeni jangan ambil mudah, kena kursuskan staf terutama yang masih muda trang tang tang tu. Masukkan juga silibus belajar untuk kenal orang dan beramah dengan pelanggan.
Sebabnya, jenama yang
hebat
tiada jaminan akan terus
hebat
. Banyak contoh jenama yang megah akhirnya terpaksa gulung tikar. Seperti Jenama roti High 5. Jadinya, kenalah sentiasa berusaha kekalkan prestasi dan jangan kekal merasa selesa.



No comments: