Thursday, May 17, 2018

Kisah Ramadan (KIRAM 33) Terawih dalam Aircond





Petang tadi kami jamu pelajar kelas SAR KAFA Masjid Sultan Mahmud nasi arab. Kali ini makan dalam talam. Tentunya pengalaman pertama bagi para pelajar makan dalam talam.
Begitu juga dengan beberapa ahli jemaah masjid yang belum pernah merasa makan dalam talam.
Beria ambil gambar. Selepas solat maghrib bercerita pada rakan jemaah lain yang tidak berkesempatan.
Lepas ini kita try buat untuk group dewasa pula.
Saya banyak kenangan makan dalam talam terutama ketika di Mesir dulu. Pernah satu rombongan pelancong dari Malaysia, terdiri dari datin-datin dan puan hajah melawat tempat kami.
Kami jamu mereka nasi arab yang dihidang dalam talam.
Kenapa talam ?
Selain nak bagi kelainan, sebab lain lagi kerana tempat kami memang tiada pinggan. Stok talam yang banyak. “huhu”

Malam ini, alhamdulillah solat terawih untuk malam pertama telah selesai. Imam terawih jemputan Masjid kami ialah “Abe Yu” yang merupakan anak kepada Hj Che Soh, ahli jemaah masjid. Beliau sudah banyak tahun menjadi imam terawih di sini.  Abe Yu sekarang tahun akhir di IAIN Medan. Dalam proses menulis tesis katanya.
Seorang lagi imam terawih jemputan merupakan rakannya di IAIN. Saudara Zaki Sulis yang berasal dari Acheh. Baru kali pertama sampai ke Malaysia untuk menjadi imam terawih di masjid kami. Semoga sukses di sini.

Sebelum masuk waktu Isyak, Ada jemaah mengadu yang aircond sejuk, minta perlahankan. Tetapi kami (pegawai masjid) tak perlahan kan. Kenapa ?
Sebab ketika itu jemaah tak ramai lagi datang. Proses nak sejukkan dewan solat pun memakan masa.
Akhirnya, ketika solat Isyak, ruang solat telah dipenuhi oleh ahli jemaah. Biasalah malam pertama berterawih, memang penuh la. Seronok imam tengok.
Bila dah ramai, nak kata sejuk tak sangat, nak kata panas tak juga.

Pernah sebelum ini, ketika sebelum solat jumaat, ada jemaah yang kompelin aircond tak sejuk, panas. Sebab waktu tersebut baru sahaja buka aircond  dan dewan solat dalam proses untuk sejuk.  Macam tak biasa guna aircond pula.

#PermaiMenulis #makandalamtalam #ramadan #terawih #kiram


No comments: