Thursday, October 19, 2017

Masak Bubur Asyura

Adat di tempat kita, pada bulan Muharam, masyarakat akan bergotong royong membuat bubur Asyura.
Tahun ini, Kami tidak merancang nak buat besar-besar. Cukup sekadar bagi nak merasa atau pelepas bagi yang gian  nak mengacau bubur Asyura.
Projek ini pun kami tidak jalankan pada hari ke 10 dalam bulan Muharam. Kerana pada hari tersebut disunatkan untuk berpuasa. Kalau dah anjur program memasak. Mencabarlah nak suruh berpuasa.

Satu lagi yang sering menjadi kepercayaan turun temurun adalah kaitan antara bubur asyura dan kisah Nabi Nuh AS. Ramai yang berkata bahkan para Ustaz pun tidak terkecuali  menceritakan yang kita buat bubur Asyura ni bersempena dengan kisah Nabi Nuh AS bersama para pengikutnya. 
Mereka tiada makanan disebabkan banjir besar. Lalu mereka pun buatlah bubur Asyura.

Walhal, resepi bubur Asyura kita ni ikut resepi Nabi Nuh AS ke? 

Bagi saya, Jika ada sesiapa yang hendak membuat bubur Asyura, tiada masalah. Buat gotong royong bersama-sama dapat mengeratkan silaturahim. 
Cuma kena betulkan kefahaman masyarakat. Sebab apa kita buat bubur Asyura. Kita buat tiada kaitan pun dengan Nabi Nuh AS. Dan tiada kaitan juga dengan sambutan orang Syiah.
Bagi yang tak setuju, tiada masalah. Bila ada orang bagi bubur Asyura yang telah siap dimasak. Jangan makan. Tapi bagi dekat saya. huhu.


#PermaiMenulis
#Asyura
#CatatanImamKecil




 Pinjam kawah di surau Taman Pertama. Kawah di Masjid kami sudah pecah dan retak. Walaupun masih baru. Sebelum ini ramai sangat peminjamnya. Biasalah bila guna bukan harta sendiri, macam-macamlah jadinya.


 Imam Masjid 


 Tempoh memasaknya yang panjang. Pendapat saya,  mereka yang tiada aktiviti lain boleh ceburi aktiviti ini. Tetapi bagi mereka yang mempunyai jadual yang padat, seperti para ulama dan pimpinan mungkin tidak sesuai untuk menjadi chef utama. 



Channel : https://t.me/AzraiePermai

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 
Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Wednesday, October 18, 2017

Semoga dikurniakan ingatan yang mantap

Lupa, suatu sifat yang ada pada manusia. Jika manusia tidak dapat melupakan. Mungkin dalam situasi tertentu akan menjadi parah dan musibah. Seperti sentiasa ingat tragedi atau tidak boleh melupakan peristiwa sedih. Akhirnya kekal dalam kesedihan dan tidak ceria.
Persengketaan atau perselisihan, jika tidak bokeh melupakan. Sampai bila akan berbaik dan memaafkan.
Cuma ada juga lupa yang merupakan musibah.
Lupa ilmu yang dipelajari. Lupa ayat al-Quran yang telah dihafaz. Lupa dalil-dalil.
Lupa jenis ini sangat membebankan. Semoga kita dikurniakan ingatan yang kuat. Sebagaimana para ulama silam. Bukan sekadar menghafaz al-Quran dan hadis dengan baik dan lancar. Tetapi lengkap boleh ingat perawi dan sanadnya sekali.

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis

Kamu Begitu, Saya Begini

Kamu makan,
saya lapar.

Kamu berbaju baru,
Saya berpakaian usang.

Kamu suka,
Saya sedih.

Kamu ketawa,
Saya menangis.

Kamu tidur,
Saya jaga.

Kamu berlari,
Saya jalan.

Kamu berdiri,
Saya duduk.

Kamukah?
Biarkan saya menyonsang.

#PermaiMenulis

Beginikah Sambutan Raya Deepavali

Bunyi letupan bersahutan di lewat malam. Mengganggu waktu tidur semua makhluk bumi.
Merayakan sesuatu hari perayaan pun ada adabnya. Bukan main ikut nafsu dan kepala otak sendiri.
Agama apa pun tiada yang mengajar penganutnya tidak beradab dan menggangu ketenteraman awam.
Beginikah akibat tidak beramal dengan ajaran agama ?

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis

Tuesday, October 17, 2017

Kerenah Pagi

Pandangan menghala ke atas.
Melihat cahaya fajar pagi.
Memang sangat mengujakan.

Burung  berkicauan ramah.
Ayam sibuk mencakar tanah.
Kais pagi makan pagi katakan.

Kelopak bunga mekar.
Daun basah menitis embun.
Sumber bekalan oksigen makhluk.

Manusia dengan pelbagai ragam.
Ada yang masih di pembaringan.
Ada yang telah turun ke tanah.

Adat makhluk bernyawa.
Hidup penuh kerenah.
Sebelum tiba ajal memasing.

Ikutlah nak jadi apa pun.
Biarlah kita dikenang dengan kebaikan.
Serta mencari redha Ilahi.

Channel : https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis


Monday, October 16, 2017

Akhirnya.

Akhirnya..
Sebuah sistem yang telah rapi.
Jika tidak update akhirnya ketinggalan.
Kalah dengan sistem baru yang semakin laju.

Sebuah kubu yang agam.
Jika terbiar tanpa dipulihara.
Akhirnya boleh rebah ke bumi.

Pasukan bola yang hebat digeruni.
Jika  tidak menjaga bersungguh gawang.
Akhirnya tertewas dengan memalukan.

Sebuah organisasi yang tersusun.
Kemudian mengambil sikap selesa.
Akhirnya syok sendiri dan menuju kepunahan.

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis


Catatan untuk kambingl

Awal kelahiran dia berdiri tegak.
Kadang terketar melangkah.
Kadang jatuh tersungkur.
Tapi masih mau berdiri.
Melihat dunia katanya.

Lusa dan tulat sudah rancak berlari.
Melompat ghairah bergurau senda.
Nakal ingin mencuba mengunyah daun.
Namun susu juga yang lebih menarik.
Tapi sudah tidak suka kena air.

Kelmarin dan semalam cerita berubah.
Sudah tidak ceria.
Nada suara semakin lemah.
Sudah tidak melangkah lagi.
Hanya tinggal kepala yang mendongak.

Hari ini sudah nazak.
Akhirnya sampai masanya.
Baring dengan aman.
Pergi meninggalkan dunia.
Tanpa sempat dibuat lambchop.

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis
#kambing

Saturday, October 14, 2017

Mesyuarat Agong Koperasi WI Lipis (KOWILIP)

Saya telah dijemput ke Majlis perasmian Mesyuarat agong tahunan Koperasi WI Lipis Berhad (KOWILIP). Hadir dan dijemput untuk membacakan doa. 

Koperasi biasanya menjalankan projek perniagaan yang dibiayai dan disokong oleh ahli koperasi bersama. Mungkin jika nak berniaga sorang-sorang tiada kemampuan, modal pun tak berapa ada. Maka jika berniaga dalam kumpulan dan ada organisasi yang tersusun untuk menguruskannya lebih gagah lagi perniagaan tersebut.

Lebih menarik, koperasi yang menjalankan perniagaan tidak akan dibiarkan terkapai begitu sahaja. Ada pelbagai agensi yang sedia membantu dan memberi bimbingan terutama dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad  (ANGKASA) dan Maktab Kerjasama Malaysia yang kini dikenali dengan Maktab Koperasi Malaysia. 

Bantuan yang diberikan seperti kewangan sama ada geran bantuan (tak perlu bayar semula) atau pinjaman. Kursus dan latihan kepada penggerak koperasi serta pelbagai lagi.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah menceritakan, ketika zaman mudanya beliau dan rakan-rakannya pernah membuka perniagaan secara bersama dalam kumpulan. Walaupun ketika itu beliau masih lagi mahasiswa dan belum mempunyai pekerjaan dan pendapatan. Namun beliau bersemangat dan tanpa ragu join projek perniagaan tersebut yang memerlukan beliau mengeluarkan modal secara bersama.

Cuma situasi kini, Saya perhatikan kebanyakan orang tidak suka terlibat dengan aktiviti berorganisasi. Terikat katanya. Kena hadir program, datang mesyuarat, bagi komitmen, bayar yuran dan lain lagi. Mereka mahu bebas dan tidak terikat. 
Sedangkan kekuatan kita khususnya umat Islam akan kuat jika bergerak dalam kumpulan yang dipandu oleh organisasi yang tersusun.


 Ucapan Aluan dari Pengerusi KOWILIP, Puan Wan Norizan binti Wan Badaruzzaman.
Ucapan perasmian oleh Encik Khalil bin Tik, Pegawai SKM Wilayah Raub / Lipis.

 Nyanyian lagu Koperasi


Channel : https://t.me/AzraiePermai

Berminat makan Kek ?

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 
Ambil phone dan wasap ke no :

#PermaiMenulis
#Koperasi

Wednesday, October 11, 2017

Menulis Sepanjang Zaman

Pernah tak  Kita mahu tulis sesuatu, tetapi kemudiannya bertangguh dan akhirnya terus tak buat.

Ketika di alam persekolahan, baik di peringkat rendah dan menengah kita semua diajar untuk menulis. Khususnya dalam mata pelajaran bahasa melayu penulisan.
Pelbagai jenis karangan telah kita pelajari. Hatta syair, puisi dan pantun pun kita didedahkan.
Untuk belajar pelajaran tersebut, tidak memadai dengan hanya berteori dan diajar format-format sahaja. Tetapi kita disuruh  mengarang. Sama ada sebagai tugasan yang perlu disiapkan  di rumah sebagai  kerja rumah (home work) atau perlu disiapkan ketika dalam waktu bahasa melayu penulisan.
Kita juga dibiasakan menulis 2-3 karangan dalam masa yang terhad. Khususnya ketika dalam peperiksaan.
Sudah tentu kita berjaya menyiapkan karangan tersebut. Jarang orang hantar kertas kajang yang kosong sahaja. Kebanyakan beberapa helai kertas kajang. Sampai kena angkat tangan meminta kertas tambahan.
Fuhh, menulis pasal ni, terimbau masa ikat benang dekat kertas kajang. 


Alam Universiti lagi  terdedah dengan menulis. Essei dan tesis yang sentiasa menghiasi hidup para siswa-siswi. Nak pula level sarjana dan doktor falsafah. Kadang-kadang bila kita bertanya kepada mereka, Dah habis belajar ? Ada yang menjawab “ tengah menulis”, “tinggal nak menulis” .
Nampak tak ?


Kadangkala menulis sesuatu tulisan akan memakan masa yang lama.
Bagi saya, bukan soal lama atau sekejap.
Bukanlah bermaksud yang cepat siap hebat dan yang lambat siap tidak hebat.
Paling penting kesungguhan dan komitmen sang penulis.

Contohnya karya Ulama silam.
Kitab hadis yang terkenal Al-Jami’ Al-Sahih susunan Imam Bukhari memakan masa 16 tahun untuk disiapkan.
Kitab Al-Jami' Al-Sahih edisi zaman kini

Kitab Fathul Bari susunan  Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani yang mensyarahkan Sahih Bukhari pula mengambil masa 25 tahun untuk disiapkan.

Kitab Fathul Bari

Lebih menarik, ada karya yang tidak sempat disiapkan oleh penyusunnya. Seperti penyusunnya meninggal dunia. Lalu disambung oleh penyusun yang lain sehingga siap karya tersebut.
Antaranya seperti Tafsir Al-Jalalain. Jalalain yang bermaksud dua Jalal. Ini kerana penyusun yang pertama Imam Jalaluddin al-Mahalli hanya sempat menyusun tafsir dari Surah Al-Kahfi sehingga An-Nas serta surah al-Fatihah sebelum beliau meninggal dunia.
Kemudian projek penfasiran ini disambung oleh anak muridnya iaitu Imam Jalaluddin As-Suyuthi dari surah al-Baqarah sehingga surah al-Isra’.

Tafsir Al-Jalalain

Kitab Majmu’ Syarah Muhazzab  merupakan kitab feqah Mazhab Syafie yang mulanya disusun oleh Imam Nawawi dari jilid satu sehingga sembilan. Setelah beliau meninggal dunia, penulisan kitab disambung dan diselesaikan oleh Imam Taqiuddin Al-Subki sehingga ke jilid 12.
Kitab Majmu'

Ada juga mereka yang menghabisi masa dengan  menulis ketika berada di dalam penjara. Antaranya seperti Al-Syahid Sayyid Qutb yang menulis Tafsir Fi Zilal Quran dan beberapa karya yang lain.
Tafsir Fi Zilal Quran


Begitu juga Prof. Dr Hamka yang  menyelesaikan  Tafsir Al-Azhar ketika beliau ditahan dalam penjara. 

 Tafsir Al-Azhar 

Saya yang lemah ini cuba juga untuk menulis secara biasa-biasa dan  amatur. Ibaratnya masih bertatih. Beberapa siri tulisan masih lagi tidak selesai seperti Nota Hijrah dan #MekahMadinahDiHati. Saya sengaja edisi dan judulkan tulisan tersebut supaya saya merasa terikat dan mempunyai komitmen untuk menulis. Semoga ianya menjadi medan latihan dan proses belajar untuk saya dan ada manfaatnya buat pembaca.

Akhirnya, izinkan saya iklankan buat penggemar Kek. Sangat sedap dimakan sambil membaca dan menulis.

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 
Ambil phone dan wasap ke no :


#PermaiMenulis
#motivasi
#MoistCake






Monday, October 09, 2017

Tulisan itu terus hidup

Penyampaian secara lisan hanya dapat didengari ketika itu sahaja. Melainkan jika dirakam. Zaman silam kemudahan alat perakam sangat terbatas dan sebelum itu belum ada lagi.
Kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu ialah melalui tulisan. Sehingga kini tulisan masih memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran sesuatu maklumat.
Tulisan dapat ditatap zaman berzaman. Walaupun penulisnya telah meninggal  ratusan tahun yang lalu. Namun tulisannya masih dapat ditatap.
Sampaikan pembaca abad kini, boleh berkhayal masuk ke zaman silam hanya berdasarkan tulisan yang dibaca.

Antaranya Sulalatus Salatin karya  Tun Sri Lanang yang siap ditulis pada tahun  1614.

Begitu juga tulisan Abdullah Munshi (1796-1854) yang dianggap bapa sastera melayu moden seperti Hikayat Abdullah dan Bahwa Ini Hikayat Binatang.




Saya petik dari Posting Ustaz Zainal di FB beliau : https://www.facebook.com/zainal.hassan.3
“Info sejarah Islam Pahang.
Sesi Persekolahan Pasca Pondok di Pahang 1956.

 ……….catitan ini di ambil dari buku log pengetua sek men agama al wosto.
Sessi persekolahan pada masa itu tidak sebagaiman sistem persekolahan sekarang sebaliknya mengikut kalender Islam. Sekolah mula dibuka setelah selesai menunaikan puasa ramadhan dan hari raya; cuti menyambut ramadhan agak lama sehingga hampir 2 bulan . Hari cuti umum adalah pada hari-hari kebesaran Islam sahaja. Biasanya cuti disambut selama 2 hingga 3 hari dengan di isi kan pelbagai aktiviti murid spt syarahan, musabaqah dan sukan.
Peperiksaan diadakan pada pertengahan dan di akhir tahun.
Bagi murid yang mendapat markah cemerlang mereka boleh melompat ke kelas yang lebih tinggi dari pada keputusan yang mereka dpati dipertengahan tahun,ini menyebabkan murid murid lama memberontak.Murid-murid mempunyai kebebasan untuk mengambil peperiksaan atau tidak,jika mereka tidak mampu,mereka bolah melapurkan kepada pihak sekolah mengenai perkara tersebut.
Sebelum merdeka,sekolah tidak mempunyai uniform khas,selepas merdeka pihak sekolah menetapkan bahawa pelajar lelaki mesti memakai seluar panjang hitam, baju putih lengan panjang& bersongkok hitam. Langkah ini di sukai oleh Sultan Pahang sehingga baginda mengarahkan semua pegawai kerajaan berpakaian seperti itu.
Setiap awal percutian;jamuan akan diadakan sama ada besar atau kecil mengikut kemampuan semasa,biasa wang jamuan dikutip dari murid-murid,orang kampung dan para dermawan. Murid-murid dan orang kampung diwajibkan menderma.
Disamping yuran sekolah sangat mengharapkan bantuan kerajaan, oleh di sebabkan pengetua pada masa itu menyokong pembangkang, maka wang bantuan kerajaan pernah ditarik balik menyebabkan sekolah kekurangan sumber sokongan.Pihak sekolah terpaksa membuat kutipan derma ke seluruh negeri Pahang dengan menghantar wakil pelajar di setiap kampong dan bandar. Para pelajar disuruh menunjukkan kebolehan memberi ceramah agar masyarakat tertarik untuk menderma.

CATATAN PENGETUA:
1.Sekolah dibuka semula setelah cuti selama 48 hari kerana berpuasa pada 19 Mei 1956.
2.Sekolah cuti dua hari kerana menyambut Asyura pada 15 & 16 Ogos 1956.
3.Peperiksaan Setengah Tahun bermula 8 Oct 1956
4.Cuti penggal pertama persekolahan dari 16 Oct hingga 2 Nov 1956. Hari tutup sekolah dengan jamuan pulut sempena hari Maulud, 35 gantang beras dan 04 dozen sardin.
5.Sambutan hari akhir tahun pada 22 Mac dengan menjemput Raja, jamuan 2 ekor kerbau
6.Peperiksaan akhir tahun pada 28 Mac 1957
7. Sekolah dibuka semul a pada awal mei 1957
8.Sekolah cuti lapan hari kerana hari raya haji
9. 31.8.1957, sekolah bercuti selama 3 hari sempena Malaya merdeka, dua hari sambutan di sekolah dengan mengibarkan Bendera persekutuan tanah Melayu,Bendera Pahang ,Bendera Pas dan Bendera Sekolah..”

Nampak ‘simple’ sahaja tulisan pengetua di buku log pada tahun 50an dahulu. Namun kini menjadi catatan sejarah yang sangat bernilai.


Sekolah Menengah Agama Al-Wosto

Marilah kita menulis. Tulis apa  sahaja. Semoga bermanfaat buat kita dan para pembaca. Zaman kita ruang dan peluang untuk menulis  lebih senang.  Boleh menulis di Media Sosial seperti di blog dan Facebook. Mana tahu tulisan kita yang biasa-biasa  ini menjadi bernilai ratusan tahun akan datang. Kan?.. huhu.


#PermaiMenulis